Monday, September 19, 2011

Sukaneka JKKK Gong Lingai...

Sebahagian Jawatankuasa Pertandingan dan para penduduk Kampung Gong Lingai merakam kenangan bersama-sama Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hashim (tengah).

BATU RAKIT (GONG LINGAI) 17hb September 2011- Untuk mengeratkan perpaduan dikalangan masyarakat kampung,JKKK Gong Lingai telah mempunyai inesitif tersendiri untuk menjayakan hasrat tersebut.Bertempat di padang bola Kampung Gong Lingai,satu Sukaneka semperna Merdeka Raya telah dianjurkan oleh pihak JKKK bagi merealitikan hasrat perpaduan tersebut.Sukaneka tersebut telah berjaya menarik kehadiran seramai 150 orang penduduk untuk bersama-sama memeriahkannya.

Encik Khairul menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sebanyak 23 acara telah dipertandingkan pada sukaneka ini antaranya,kejar ayam,balingan kasih,ingat-ingat lupa,lastik botol dan pelbagai lagi. Sukaneka yang dikhususkan untuk semua golongan ini termasuk kanak-kanak telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada hampir 7.00 malam.

Ketua Umno Cawangan (kanan) turut menerima hadiah dari Encik Khairul Anuar.

Sementara itu majlis penyampaian hadiah pula telah dilakukan oleh wakil Ahli Parlimen Setiu Encik Bazlan Abdul Rahman dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hashim. Menurut Pengerusi JKKK Gong Lingai Encik Muhamad Mat Ali, tujuan utama sukaneka seperti ini diadakan ialah untuk mengeratkan tali persaudaraan dikalangan penduduk."Apabila masing-masing sibuk dengan tugasan harian,ruang untuk berkumpul dan saling mengenali menjadi sukar,dengan adanya anjuran sukaneka seperti ini,ianya memberi ruang untuk para penduduk bersalaman dan lebih mesra lagi" katanya.

Para pemenang bersama ayam yang telah ditangkap.

Beliau juga berharap agar ianya dapat merapatkan lagi ukhwah dikalangan para penduduk walaupun ianya berbeza idealogi parti. "Dengan sikap kerjasama dan bersatu padu,ianya dapat mengukuhkan lagi perpaduan dikalangan para penduduk Gong Lingai" kata beliau lagi. Beliau juga turut berharap agar pihak-pihak berkenaan dapat menyumbang bantuan untuk JKKK agar program-program seumpama ini dapat diteruskan lagi.

Kaum wanita tidak melepaskan peluang untuk menyertai sama pertandingan lastik botol.

Ini bukan perlawanan futsal tapi acara menangkap ayam.

Para peserta pertandingan lastik botol membidik sasaran.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment