Wednesday, December 29, 2010

Sorokan Kejayaan diPerkarangan Rumah YB Haji Khazan Che Mat.

Mereka yang hadir meraikan jaringan gol pemain Malaysia.

BATU RAKIT-29hb Disember 2010 Seramai 200 orang telah hadir diperkarangan rumah YB Haji Khazan Che Mat untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak Malaysia dalam perlawanan akhir AFF Suzuki Cup. Perlawanan secara langsung yang disiarkan melalui RTM TV1 ini telah ditayangkan menggunakan skrin besar untuk ditonton beramai-ramai.

Tayangan di skrin besar menunjukkan pemain-pemain Malaysia menjulang AFF Suzuki Cup.

Seawal jam 7.30 malam perkarangan rumah YB Haji Khazan Che Mat mula didatangi oleh pelbagai golongan usia semata-mata mahu menonton perlawanan akhir yang bersejarah ini.Dengan sokongan dan semangat sukan yang tinggi pasukan Malaysia telah berjaya memenangi perlawanan ini dengan aggregat 4-2.

Pengerusi JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor Haji Kamaruddin Hamed (berdiri) bersemangat memberikan sokongan.

Para pengerusi JKKK,Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah Yusof,Ketua Pengyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Azhar Mohd Noor,Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu Abdullah Ibrahim,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohamad,Pegawai Khas Jabatan Agama dan Penerangan Negeri Encik Hanif Abdullah,Ketua-ketua Umno Cawangan dan para anggota APMT Dun Batu Rakit telah turut sama memeriahkan perlawanan ini.

YB Haji Khazan (tenghah) bersama-sama menonton perlawanan bolasepak Malaysia lawan Indonesia.

Mereka yang hadir melihat perlawanan yang berlangsung di Indonesia ini juga turut disediakan makanan oleh YB Haji Khazan Che Mat.Perlawanan yang diadakan secara timbal balik ini juga kadang-kadang mengundang rasa berdebar dikalangan para penonton bila melihat pasukan Malaysia diserang bertalu-talu oleh pihak lawan.

Tidak kira usia tua atau muda,bersama-sama hadir menyokong pasukan Malaysia.

Sambil-sambil menonton bola sepak,mereka yang hadir juga turut menjamu selera.





Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, December 28, 2010

Kecemerlangan para pelajar UPSR 2010 Dun Batu Rakit dirai dan diberikan anugerah.

YB Haji Khazan menyampaikan anugerah dan sedikit sumbangan kepada para pelajar cemerlang.

BATU RAKIT-28hb Disember 2010 Seramai 64 orang para pelajar yang cemerlang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010 baru-baru ini telah dirai dan diberikan anugerah oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Majlis yang diadakan diDewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.

Pelajar terseyum bangga menerima penhargaan dari YB Haji Khazan.

Program yang bermula jam 9.30 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang termasuk para ibubapa pelajar yang akan menerima anugerah,para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua cawangan dan Apmt Dun Batu Rakit. Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Maras seramai 14 orang,Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka juga seramai 14 orang,Sekolah Kebangsaan Batu Rakit 10 orang,Sekolah Kebangsaan Pagar Besi 9 orang,Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit 7 orang, Sekolah Kebangsaan Bukit Wan 6 orang dan Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting 4 orang.
Setiap pelajar yang cemerlang telah diberikan wang tunai sebanyak RM50.00 dan sedikit cenderahati. Manakala untuk sekolah yang cemerlang pula iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka dan Sekolah Kebangsaan Maras telah diberikan wang tunai sebanyak RM1,OOO.OO bagi setiap sebuah sekolah.

Ceria menerima anugarah dari YB Haji Khazan Che Mat.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau amat berbangga kerana negeri Terengganu berjaya mencatatkan kerjayaan tempat pertama UPSR selama 10 tahun berturut-turut.Ini menunjukkan para ibubapa dinegeri Terengganu telah menunjukkan satu perubahan sikap terhadap pelajaran anak-anak mereka.Beliau juga berharap perubahan sikap yang positif demi kebaikkan dan masa depan yang cemerlang untuk anak-anak akan berterusan selamanya.Bertetapan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk agenda pelajaran.

Sebahagian para pelajar yang akan menerima anugaerah cemerlang.

Sikap yang ditunjukkan oleh para ibubapa ini juga diharapkan akan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak jati Terengganu berjaya menjadi orang-orang yang berilmu suatu hari nanti..tambah beliau lagi.Beliau juga mengharapkan agar keinginan kerajaan negeri menjadi negeri Anjung Ilmu akan menjadi keyataan dalam tempoh yang terdekat.Peningkatan mereka yang berjaya juga telah dalam UPSR ini juga telah menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri contoh dikalangan negeri-negeri lain di Malaysia.

YB Haji Khazan (dua dari kiri) bersama-sama dengan para jemputan vip.

Mengakhiri ucapan beliau,ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis anugerah ini,juga kepada ibubapa,guru-guru dan para pemimpin masyarakat setempat kerana sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program yang dilakukan pleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.Ucapan tahniah juga dihulurkan kepada para pelajar yang cemerlang dengan harapan mereka akan terus berjaya dengan sebaik mungkin suatu hari nanti.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.





Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, December 20, 2010

Program Malam Nur Hijrah 1432H.

Kumpulan Rabbani mengadakan persembahan nasyid.


BATU RAKIT-20hb Disember 2010 Bertempat di Hadapan Pasar Maras Batu Rakit,hampir 2,000 orang telah hadir pada Program Malam Nur Hijrah 1432H untuk menyaksikan persembahan Kumpulan nasyid terkenal diMalaysia iaitu Rabbani.Program yang dibawa oleh Jabatan Agama dan Penerangan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit ini telah berjaya mendapat sambutan dari penduduk Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan bergambar kenangan dengan Kumpulan Rabbani.

Terdapat pelbagai acara sampingan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama dan Penerangan Negeri untuk memeriahkan lagi program ini. Antaranya ilah persembahan dikir barat oleh kanak-kanak Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting,bacaan sajak bertajuk Nur Kasih oleh Puteri UMNO,Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah peringkat Dun Batu Rakit dan juga cabutan nombor bertuah.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian dan alu-aluan.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan dan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau amat berbangga dengan segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat demi untuk melihat program ini berjaya.Ucapan terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada seluruh jawatankuasa yang terbabit kerana dapat menlaksanakan tugas masing-masing dengan sempurna.Beliau juga berharap agar program seumpama ini akan dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang.Ucapan terimakasih juga beliau hulurkan kepada seluruh para penonton yang hadir kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap program yang bercorak keagamaan.

Seorang penonton menerima hadiah cabutan bertuah dari YB Haji Khazan Che Mat.

Sementara itu anugerah bagi Tokoh Ma'al Hijrah peringkat Dun Batu Rakit telah diberikan kepada Tuan Haji Mustapha bin Yusof.Beliau merupakan seorang guru mengajar mengaji al-quran dan berasal dari Kampung Tanjung Batu Rakit.Kegigihan dan ketabahan beliau dalam membesar serta mendidik anak-anak telah berjaya menjadikan beliau seorang yang disegani dikalangan penduduk setempat.Tambahan pula beliau telah membina sebuah surau dikampung tersebut.

Haji Mustapha Yusof menerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Dun Batu Rakit dari YB Haji Khazan Che Mat.

Program yang bermula jam 9.00 malam ini dimulakan dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani dan berakhir pada pukul 11.15 malam.Para pemimpin masyarakat seperti Ketua-ketua Umno Cawangan,Pengerusi-pengerusi JKKK,Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak serta Pemuda dan Puteri Dun turut bersama memeriahkan program ini.

Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah Yusof (kanan) sedang mencabut nombor bertuah.

Peserta sedang mendelamasi sajak Nur Kasih.

Pasukan dikir barat dari Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting mempersembahkan dikir barat.

Para penonton yang hadir menyaksikan persembahan Malam Nur Hijrah.

Para pembantu APMT DUN Batu Rakit sedang menyiapkan pentas untuk persembahan Malam Nur Hijrah.




Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, December 19, 2010

Program Seminar Sains Solat Menurut Persepektif Islam.

Dari kiri ke kanan: Hajjah Wan Maznah (Ketua Pergerakan Wanita UMNO Dun Batu Rakit),Profesar Madya Fatimah Ibrahim,YB Haji Khazan Che Mat dan Haji Zakaria Abd.Rahman.

BATU RAKIT-19hb Disember 2010 Islam dan sains merupakan satu perkara yang seiring dan mesti dipelajari untuk kita menilai setiap kejadian yang dijadikan Allah.Didalam solat sains juga memainkan peranan yang amat penting untuk dinilai demi kebaikan kesihatan mereka yang mengerjakan solat itu.Bagi menilai dan mengupas apakah keberkesanan sain dalam solat Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Dun Batu Rakit telah mengadakan satu seminar untuk menerangkan keberkesanan tersebut.

YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan cenderahati kepada Profesar Madya Fatimah Ibrahim.

Bertempat diDewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor,Program Seminar Sains Solat Menurut Persepektif Islam telah diadakan oleh Profesar Madya Fatimah Ibrahim.Dalam seminar tersebut beliau menerangkan betapa solat itu baik untuk kesihatan.Setiap pergerakan dalam solat telah dibuktikan dapat memulihkan fungsi otot-otot dan merawati sakit pinggang.Postur dan pergerakan solat yang digunakan sebagai salah satu rawatan pemulihan alternatif untuk menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang,bukan sahaja kepada penghidap kronik,tetapi juga disyorkan kepada wanita yang mengandung tanpa mengira bangsa dan agama..tambahnya lagi.

Hajjah Wan Maznah menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan.

Beliau yang bertugas di Universiti of Malaya (UM),berkata banyak penyelidikan melalui sains telah dilakukan terhadap pergerakan solat oleh pihak UM.Hasil dari kajian tersebut telah banyak membantu para pesakit untuk kembali pulih.Menurutnya lagi,pergerakan solat juga boleh dijadikan terapi untuk penyakit mati pucuk atau mengukur tahap otot kelakian dan wanita. Setiap pergerakan yang berbeza dapat memberikan kebaikan pada sistem perjalanan darah.

Jajarkan ke KiriHajjah Wan Maznah menyampaikan ucapan alu-aluan.
Bagi Hajjah Wan Maznah pula selaku Pengerusi Urusetia Seminar,beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada seluruh wanita,pengerusi jkkk dan APMT Dun Batu Rakit kerana dapat hadir pada program yang bercorak agama seperti ini.Beliau juga berkata seminar sains solat ini adalah yang pertama diadakan di Parlimen Setiu.Kehadiran seramai 200 orang lebih para peserta juga telah mengembirakan beliau sebagai urusetia program.Walaupun ianya julung-julung kali diadakan tapi mendapat sambutan yang amat baik.

Sebahagian Pengerusi-pengerusi JKKK yang hadir pada seminar ini.

Dalam ucapan YB Haji Khazan pula,beliau menerangkan agar para ibu dapat memainkan peranan yang penting dalam memberikan segala ajaran yang berguna untuk anak-anak.Semoga apa yang dipelajari pada seminar ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh para peserta yang hadir..tambahnya lagi.Beliau juga berharap agar program-program seumpama ini akan sentiasa mendapat sambutan dikalangan para peserta semua.

Para wanita yang menghadiri seminar Sains Solat.

Profesar Madya Fatimah Ibrahim menyampaikan ceramah Sains Solat.



Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Saturday, December 18, 2010

Himpunan Pemuda Parlimen Setiu (Dun Batu Rakit) 2010.

Berkumpul beramai-ramai untuk memulakan perjalanan.

BATU RAKIT-16hb Disember 2010.Hampir seribu orang pemuda dan puteri dalam Dun Batu Rakit telah berkumpul di Dataran Bestari Padang Polis untuk bersama-sama berarak ke majlis perasmian Kelab Motor Terengganu di Stadium Tertutup Komplek Sukan Gong Badak.

Bersedia untuk bergerak.

Menurut Setiausaha Pentelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit saudara Nazri bin Mamat, matlamat pemuda dan puteri ini berkumpul di Dataran Bestari adalah untuk mendaftar dan mengambil duit minyak yang disediakan oleh pihak penganjur.Ia juga untuk para pemuda dan puteri bergerak dalam satu kumpulan yang dikawal sepenuhnya oleh marsyall-marsyall yang dilantik serta para pegawai traffik lalu lintas.

Sabar menunggu isyarat untuk memulakan perjalanan.

Pendaftaran yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah diseliakan sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Setiu dengan mendapat kerjasama yang baik daripada Pergerakan Pemuda dan Puteri Dun Batu Rakit.Walaupun kadang-kadang ada sedikit kekeliruan pada nama pendaftaran tapi ianya tidak melemahkan semangat para pemuda dan puteri untuk menunggu sehingga pendaftaran selesai.Dalam masa yang sama hujan turun tapi itu bukan penghalang untuk mereka bersama-sama menyambut Perdana Menteri di Komplek Sukan Gong Badak.

Menanti arahan.

Setelah berhujan dan menunggu selama hampir empat jam,hampir pukul 12.00 tengahari,pemuda dan puteri memulakan perjalanan yang diiringi oleh polis traffik untuk menuju ke Gong Badak.

Berbaris menanti.

Pegawai Pejabat Daerah Setiu menjalankan tugas mendaftar.

Puteri-puteri tidak ketinggalan menyertai perarakan.

Sibuk mendaftar nama.

Berkumpul untuk mendaftar.










Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, December 16, 2010

Himpunan Mesra Pemuda dan Puteri Dun Batu Rakit.

Suasana meriah diperkarangan rumah YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.

BATU RAKIT-16hb Disember 2010. Bertempat diperkarangan rumah YB Ustaz Haji Khazan Che Mat di Kampung Alur Jambu,satu Himpunan Mesra Pemuda dan Puteri Dun Batu Rakit telah diadakan.Program yang bermula jam 8.30 malam ini dihadiri seramai 350 orang pemuda dan puteri.Tidak ketinggalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah Yusof,Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri Encik Haniff,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Ustaz Haji Kamarudin Mohamad,Ketua Umno Cawangan Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman dan anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan memperkatakan sesuatu kepada para tetamu.

Menurut Encik Nazri Mamat selaku Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit,tujuan himpunan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua pemuda dan puteri dalam Dun Batu Rakit.Bukan mudah untuk mengumpul para pemuda dan puteri jika tidak bersungguh meracang program dan aktiviti seperti ini..katanya.Kehadiran yang ramai ini menunjukkan sokongan pemuda dan puteri sentiasa ada dibelakang YB Haji Khazan Che Mat selaku Ketua Pemuda UMNO Setiu

Pegawai khas Pejabat Exco Agama dan Penerangan Negeri Encik Haniff (berbaju biru) turut hadir.

Dengan sokongan yang sentiasa padu dan utuh,beliau berharap pilihanraya yang ke 13 nanti akan menjamin kemenangan yang lebih baik buat Umno dan Barisan Nasional.Beliau juga berharap agar setiap program yang dilakukan oleh Umno akan sentiasa mendapat kerjasama yang baik dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua pemuda dan puteri.

Jajarkan ke KiriEncik Azahar Mohd Noor menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Dalam himpunan ini pemuda dan puteri bersama-sama menjamu selera secara bbq.Ayam dan daging kambing menjadi menu utama. Para hadirin juga berpeluang menang cabutan nama bertuah kerana sebanyak 20 hadiah itu telah disediakan oleh Penyelaras Pemuda Dun.

Puan Hajah Nik Aini (berdiri kanan) turut sama meraikan pemuda dan puteri.

Pemuda sedang membakar ayam untuk dimakan bersama-sama.

Sabar menanti ayam yang dibakar masak untuk dimakan.



Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh

Majlis Berbuka Puasa Sunat Hari Asyura (10 Muharram)

Mereka yang hadir sedang menikmati juadah berbuka.

BATU RAKIT-16hb Disember 2010. Seramai hampir seratus 150 orang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sunat 10 Muharram yang julung kali diadakan di Dun Batu Rakit.Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit ini telah diadakan di Masjid As-Salam Batu Rakit.

YB Ustaz Haji Khazan mengaminkan doa selepas solat maghrib.

Program yang bermula jam 6.00 petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.Beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada para jemaah yang sudi hadir untuk majlis ini.Ini kerana buat julung kali majlis berbuka puasa untuk puasa sunat diadakan.Dengan kehadiran yang ramai beliau tidak menjangkakan sambutan seperti ini. Beliau mengharapkan majlis-majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa-masa hadapan.

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Sementara itu dalam ceramah yang bertajuk Hikmah dan Kelebihan pada 10 Muharram yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Embong Awang,beliau banyak menceritakan kelebihan pahala yang didapati apabila kita berpuasa. Beliau yang juga Ahli Dewan Pemangkuan Diraja Negeri Terengganu turut teruja dengan sambutan yang diberikan oleh para penduduk setempat.Bagi beliau majlis ini dianggap berjaya kerana tiada lagi pihak yang mengadakan majlis seperti ini.

Berbuka bersama-sama sebelum mengerjakan solat maghrib.

Turut bersama hadir pada majlis ini ialah Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit,Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah bin Yusoff,Pengerusi-pengerusi Jkkk dan Ketua-ketua Cawangan.Bagi Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Ustaz Kamaruddin Mohamad beliau berbangga majlis seumpama ini mendapat sambutan dari masyarakat setempat.Anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit dan Ketua-ketua Wanita Cawangan juga hadir untuk memberi sokongan kepada majlis.

YB Ustaz Haji Khazan (kiri) turut sama mendengar ceramah yang disampaikan.

YB Ustaz Haji Khazan menyampaikan sedikit ucapan sebelum ceramah.

YB Dato' Haji Embong bin Awang menyampaikan ceramah.

Para jemaah yang hadir khusyuk mendengar ceramah.

Kaum wanita bersama-sama menjayakan majlis ini.

Bersama-sama menikmati jaudah berbuka.

Cerita dan Gambar:Mazlan Mustafa.

SETIU HARI INI

berita penuh