Wednesday, September 28, 2011

APMT Setiu beraya sakang ….

raya apmt setiu 008
Kakitangan APMT sedang menikmati makanan
Oleh : Mohamad Abdullah
SETIU, 28 Oktober 2011 – Semua petugas di bawah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di bawah parlimen Setiu telah meraikan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri hari ini bertempat di Rumah Rehat Setiu dekat sini. Mereka dari DUN Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit berkumpul seawal jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.30 petang.

raya apmt setiu 003
Hj Ismail Saamah (berdiri)
      Pegawai Penyelia Parlimen, Haji Ismail Saamah sebagai hos kepada penganjuran majlis berkenaan, berkata “dengan semangat perpaduan dan komitmen semua Ketua Penyelia DUN, Penyelia, Pembantu dan Skim Latihan Graduan pada hari ini, beliau amat terharu dan berterima kasih di atas kerjasama yang julung kali majlis ini diadakan. Program ini sepatutnya diadakan di pesisiran pantai, iaitu di Kem Bari sebagaimana perancangan awal, tetapi terpaksa berpindah tempat disebabkan pertembungan program agensi lain yang menempah terlebih awal lagi di situ.”
      raya apmt setiu 004Sebelum jamuan dijamah, satu perbincangan telah diadakan bagi mengenalpasti calon-calon peserta mewakili parlimen untuk program Sukan APMT negeri bagi kali kedua yang bakal diadakan di Universiti Malaysia Terengganu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada bulan depan. Majlis bersetuju bagi mengadakan sukan pra di kalangan peserta dalam menentukan wakil di peringkat parlimen kelak.
raya apmt setiu 007

      Manakala pada hari ini satu pertandingan karaoke telah diadakan bagi memilih peserta-peserta mengikut kategori pertandingan dengan dibantu 3 orang juri khas (orang luar). Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Penyelia Parlimen Setiu, Haji Ismail Saamah dalam bentuk hamper kepada Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori.


      Menu hidangan yang telah disediakan oleh pihak urusetia, tapai pulut, ketupat pulut, nasi himpit bersama sate, mee hoon sup, nasi putih, ais batu campur, jeli kelapa selain kuih muih tradisional tempatan.

No comments:

Post a Comment