Saturday, September 24, 2011

Sambutan Aidilfitri Puteri Setiu meriah..

Barisan pertugas Majlis Hari Raya Puteri Umno Bahagaian Setiu,Ketua Puteri Puan Rosnari Awang Ngah (duduk tengah) dan AJK Puteri Bahagian merakam kenangan bersama isteri Adun Batu Rakit Hajah Nik Aini Nik Soh (tiga dari kiri) isteri Adun Langkap Hajah Zaleha Awang Long (tiga dari kanan) dan Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong (dua dari kiri).

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 24hb September 2011- Hampir 1,000 orang telah 'menyerbu' Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Puteri Umno Bahagian Setiu yang diadakan di Dataran Bestari,Padang Polis hari ini. Majlis yang melibatkan seluruh Ajk Puteri Bahagian ini pertama kali diadakan di Dun Batu Rakit.

Puan Hajah Nik Aini Nik Soh (dua dari kanan), Hajah Wan Maznah Wan Nong (tengah) serta Hajah Zaleha Awang Long (kiri) sedang beramah mesra.

Pelbagai juadah disediakan oleh pihak Puteri Bahagian seperti tapai,ketupat,laksa penang,nasi dagang,nasi minyak,keropok dan juga kuaih-kuih moden. Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat didalam Dun Batu Rakit

Anggota APMT Dun turut bersama memeriahkan sambutan rumah terbuka aidilfitri Puteri Umno.

Turut bersama hadir memeriahkan majlis ini ialah isteri Adun Batu Rakit Hajah Nik Aini Nik Soh,isteri Adun Langkap Hajah Zaleha Awang Long,Ketua Wanita Umno Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong,bekas OCF Batu Rakit,Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan anggota Balai Polis Batu Rakit,APMT Dun Batu Rakit,Pengerusi-pengerusi JKKK Dun,wakil-wakil puteri Dun Jabi,Langkap dan Permaisuri,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Puteri Cawangan,Ketua-ketua Cawangan serta ketua-ketua Pemuda Cawangan.Majlis ini telah berakhir pada jam 3.00 petang.

Para tetamu VIP sedang menunggu masa untuk menjamah hidangan raya.

Barisan yang bertindak sebagai pengacara majlis sempat bergaya.

Kehadiran orang ramai dan penduduk kampung memeriahkan majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Puteri Umno Bahagian Setiu.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd (berbaju kuning) hadir memeriahkan majlis.

Barisan pertugas Puteri sibuk melayan para tetamu yang hadir.

Orang ramai sedang menikmati juadah hari raya.

Dua pertugas puteri sempat bergaya dihadapan lensa.

Tetamu VIP sedang menjamu selera.

Antara juadah tradisi yang disediakan oleh Puteri Umno Setiu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment