Wednesday, December 14, 2011

Ceramah Isu-Isu Semasa..

Barisan Jawatankuasa Ceramah dan YB Haji Khazan (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama Dr Fairuz (tiga dari kiri) dan Dato'Alwie Mohd ( empat dari kiri) selepas selesai ceramah diadakan.



BATU RAKIT (9/12/2011) MARAS- Bagi menjawab segala tomahan dari pihak pembangkang berkenaan isu-isu semasa,pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit telah membawa Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr.Fairuz Khairuddin dan Dato' Haji Alwi Mohd yang juga bekas CEO MAIDAM.Ceramah yang diadakan bersebelahan pasar Maras ini telah berjaya menarik seramai 1,000 orang dari penduduk Dun Batu Rakit.


Sebahagian dari penduduk kampung yang hadir untuk mendengar ceramah isu-isu semasa yang disampaikan oleh Dr.Fairuz dan Dato'Alwie.

Ceramah yang diadakan pada jam 9.30 malam ini dimulakan dengan tayangan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berkenaan dengan perbahasan Hukum Hudud yang telah dihuraikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.


Kaum ibu turut bersama hadir mendengar ceramah isu-isu semasa.


Dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr.Fairuz,beliau banyak

menceritakan betapa dasar DAP yang memerintah Pulau Pinang

tidak selari dengan menisfesto yang disediakan sebelum pilihanraya. Banyak perkara yang dijanjikan oleh pihak DAP sebelum pilihanraya ke 12 tidak ditunaikan untuk rakyat. Begitu juga dengan sikap DAP kepada rakan politik mereka iaitu parti PAS. Ianya tidak pernah mengiktiraf ahli-ahli PAS untuk diangkat atau diserapkan ke dalam Jabatan Hal Ehwal Agama di Pulau Pinang.Konsep kerjasama yang dilakukan semasa pilihanraya ke 12 menurut Dr.Fairuz lagi hanyalah membawa keuntungan kepada pihak DAP sahaja berbanding PAS.Dalam ertikata PAS hanyalah kuda tunggangan bagi pihak DAP semasa kerja-kerja pilihabraya. Beliau turut memaklumkan bahawa DAP juga tidak pernah bersetuju untuk memberikan layanan yang adil kepada kaum melayu di Pulau Pinang.Banyak gerai-gerai orang Melayu dirobohkan.


Dari kiri ke kanan: Dato' Alwie Mohd,Dr.Fairuz Khairuddin dan YB Haji Khazan Che Mat.


Bagi Dato'Alwi (gambar kecil) pula.beliau banyak menceritakan tentang gaya kerja yang terpaksa dihadapi oleh beliau semasa parti PAS memerintah diTerengganu pada 1999 hingga 2004 dulu.Pelbagai kerenah yang beliau hadapi selaku Pegawai Daerah Dungun daripada pihak JSR yang dilantik oleh parti PAS selaku penjaga kampung.Banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pihak PAS semasa mengambil alih pemerintahan Terengganu dulu,tambah beliau lagi.Beliau juga menyeru agar orang melayu terus bersatu dan sentiasa berlindung dibawah agama Islam demi perpaduan masyrakat Melayu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA



SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment