Friday, October 29, 2010

Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Pantai Batu Rakit 2010

Ketua Cawangan Harun Mohamad (kiri) dan Pengerusi JKKK Mohamad Harun (tengah) ceria bersama ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah timbang bola bawah 12 tahun Mohamad Hafiz (dua dari kanan)

BATU RAKIT-29hb Oktober 2010 Sebanyak pasukan telah menyertai Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Pantai Batu Rakit anjuran Pemuda UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit yang diadakan di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit hari ini. Kejohanan yang berlangsung sehari ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 7.30 malam.

Bendahari Pemuda Cawangan Azahar Muda (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Cawangan Harun Mohamad.

Kejohanan ini telah menggunakan nama-nama dari negara Asean dan dijalankan secara liga dua kumpulan.Setiap kumpulan mengandungi empat pasukan.Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Malaysia.Manakala naib juara pula oleh pasukan Kemboja dan tempat ketiga dan keempat oleh pasukan Myamar dan Brunei.

Para perserta pertandingan gembira menerima hadiah.

Pada kejohanan ini juga diselitkan acara sampingan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun iaitu perlawanan untuk mereka dan acara timbang bola. Menurut Encik Azahar Muda selaku Pengerusi Kejohanan,acara ini diadakan bagi menggalakan kanak-kanak agar terus meminati sepaktakraw.Terlalu kurang aktiviti yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam Dun Batu Rakit untuk mengcukil bakat yang ada pada pemain-pemain sepaktakraw dikalangan kanak-kanak kini..tambahnya lagi.

Para pemain sedang melakukan libasan.

Beliau juga berharap agar banayak lagi kejohanan yang akan dilakukan selepas pada kejohanan ini demi menaikkan lagi nama sukan sepaktakraw ini dan juga melahirkan bakat-bakat baru dikalangan remaja.Hanya dengan permualaan dari peringkat bawah saja yang dapat melahirkan remaja-remaja yang menjadi pengganti kepada pemain-pemain yang sedia ada..ujurnya lagi.

Libasan dan hadangan menjadi salah satu elemen yang amat penting dalam permainan sepaktakraw.

Beliau juga menyeru agar pihak-pihak yang ingin melihat sukan sepaktakraw ini terus berkembang di Dun Batu Rakit ini agar bersama-sama membantu dalam mengadakan lebih banyak kejohanan yang kompetitif demi kepentingan bersama.Semoga dengan kejohanan seumpama ini yang diadakan tiap-tiap tahun dapat membuka mata pihak-pihak yang berkenaan untuk turut bersama membantu dimasa hadapan..tambahnya lagi.

Tekong bersiap melakukan servis permainan.


Aksi para pemain bawah 12 tahun ketika memulakan perlawanan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Majlis Khuliah Maghrib Perdana Dun Batu Rakit.

YB Ustaz Haji Khazan (dua dari kiri) dan Al-Shiekh Ahmad Isa (tiga dari kiri) bergambar bersama urusetia majlis.

BATU RAKIT-29hb Oktober 2010 Seramai 500 orang lebih telah menghadiri Majlis Khuliah Maghrib Perdana Dun Batu Rakit yang telah diadakan di Masjid Bukit Wan. Majlis selama dua jam setengah yang bermula pukul 7.00 malam selesai pada pukul 9.30 malam.
Penceramah undangan yang hadir pada majlis ini ialah Al-Shiekh Ahmad Isa al-Ma'sorowy iaitu tokoh ulama dari Negara Mesir.

YB Haji Khazan Che Mat (kiri) menyerahkan cenderahati kenangan kepada Al-Shiekh Ahmad (tengah)

Program yang dibawa oleh Pejabat Exco Agama dan Penerangan Negeri Terengganu ini juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit, JKKK Kampung Bukit Wan,Jawatankuasa Masjid Kmpung Bukit Wan dan juga APMT Batu Rakit.

Al-Shiekh Ahmad (kiri) sedang menyampaikan kuliah bersama dengan penterjemaah.

Majlis ini bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah yang diimankan oleh Al-Shiekh Ahmad.Selepas itu kuliah agama bermula dengan penjelasan betapa Al-Quran amat penting untuk umat islam sebagai panduan hidup yang sempurna.Al-Sheikh Ahmad juga menekankan betapa perpaduan umat islam kini semakin rapuh dan mudah diperkotak-katikkan oleh golongan-golongan yang mahu melihat kehancuran islam dimuka bumi ini.Beliau juga menyeru agar umat islam terus bersatu padu demi ke kekuatan islam kembali dipandang mulia oleh masyarakat dunia.Ceramah yang Al-Sheikh sampaikan telah diterjemahkan oleh penterjemah yang didatangkan dari Yayasan Terengganu.

YB Haji Khazan (berbaju gelap) bersama para jemaah khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan.

Kuliah selama satu jam ini juga turut menarik minat pelajar-pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.Para penduduk setempat dan kawasan sekitar juga tidak mahu ketinggal bersama mendengar kuliah ini.

Selesai khuliah YB Haji Khazan (kiri) bersama-sama Al-Shiekh Ahmad menikmati jamuan makan malam.

Turut bersama menghadiri khuliah agama ini ialah anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit,Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN dan jawatankuasanya,Ketua Balai Polis Batu Rakit dan anggotanya,Pengerusi-pengerusi JKKK dalam Dun Batu Rakit,Timbalan Setiausaha UMNO Bahagian Setiu,Setiusaha Pergerakan Pemuda UMNO Setiu,Pensyarah-pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin dan pemimpin-peminpin Umno Cawangan DUN Batu Rakit.

Para pemimpin setempat turut bersama menikmati jamuan makan malam.

Sebahgian jemaah yang hadir untuk mendengar khuliah yang disampaikan oleh Al-Shiekh Ahmad.

Sebahgian pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin berbual dengan YB Haji Khazan.

Para jemaah tidak mahu ketinggalan bersalaman dengan Al-Shiekh Ahmad al-Ma'sorowy.




Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, October 27, 2010

Bantuan Pakaian Anak Sekolah 2010.

Pegawai khas Adun Batu Rakit Ustaz Kamarudin Mohamad sedang berbincang dengan para pegawai dari Agro Bank.


BATU RAKIT-27 Oktober 2010 (Pulau Redang) Seramai 153 penjaga telah mendapat bantuan daripada kerajaan negeri yang disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Agro Bank untuk Bantuan Anak Sekolah di Pulau Redang hari ini.


Penyelia dan pembantu APMT Encik Azahar Jusoh (kiri) dan Sazali Yusof sedang menyemak nama-nama penerima bantuan.

Majlis yang berlangsung di Balai Raya Kampung Baru Pulau Redang ini bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.Turut bersama dalam program pembahagian ini ialah Pegawai -pegawai dari Agro Bank,Pegawai Khas Adun Batu Rakit Ustaz Kamarudin Mohamad,Setiausaha Pemuda Bahagian Setiu Encik Abdullah Ibrahim,Pegawai-pegawai Polis dari Balai Polis Batu Rakit dan Penyelia serta Pembantu APMT Dun Batu Rakit.

Para ibubapa sedang mendengar penerangan yang disampaikan oleh Cikgu Loh (Abdullah Ibrahim)


Abdullah Ibrahim sedang menyampaikan sedikit taklimat kepada para penerima bantuan.

Para penerima bantuan beratur menyemak nama masing-masing.>

Ustaz Kamarudin bersama anggota polis menikmati hidangan tengahari setelah selesai urusan pembahagian.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, October 17, 2010

20 ORANG MELAKAR SEJARAH KENANGAN

007
SILAT - MB dipersembahkan dengan pencak silat

Oleh – Mohamad bin Abdullah
BANDAR PERMAISURI, 17 Oktober – Seramai 20 orang veteran dalam parlimen Setiu telah diberi pengiktirafan di atas jasa pengorbanan mereka bergiat aktif dalam UMNO selama ini. Mereka telah dipilih oleh jawatankuasa khas di bawah Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu. Bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri telah ditetapkan seramai 5 orang.

berita penuh

Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Setiu Bersama Pemimpin Tahun 2010

Para pemimpin-pemimpin yang menghadiri majlis ini bersama dengan Menteri Besar (tengah).

SETIU-17hb Oktober 2010 (Permaisuri) Seramai 1,000 orang telah menghadiri Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Setiu Bersama Pemimpin yang dianjurkan bersama APMT Negeri dan Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu yang mendapat kerjasama Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Ahmad bin Said selaku Menteri Besar. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim,Bandar Permaisuri,Setiu.

Banner yang memaklumkan program ini.

Program yang bermula jam 9.30 ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Umno oleh semua hadirin yang datang.Selepas itu Bacaan Al-Quran telah diperdengarkan oleh Ustaz Ramli bin Awang Teh selaku bilal Masjid Sungai Tong.
Selesai bacaan itu Pengerusi Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu Tuan Haji Yusoff bin Haji Mat Amin telah memberi ucapan alu-aluan dan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar kerana dapat meluangkan masa hadir menyempurnakan perasmiaan majlis ini..Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada para jemputan,Dato'-dato',bekas-bekas YB,Kaetua-ketua Jabatan,para veteran dan seluruh para hadirin yang hadir.

Dato' Seri Menteri Besar (barisan depan kanan sekali) bersama-sama mengaminkan doa.

Selepas ucapan alu-aluan itu,Pengerusi Majlis Veteran UMNO Terengganu Y.Bhg.Dato'Haji Yahya bin Hashim turut sama memberi ucapan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato'Seri Menteri Besar kerana dapat melapangkan masa untuk bersama dalam majlis ini.Beliu juga berharap agar kepada semua yang hadir agar terus memberikan sokongan kepada UMNO untuk memperkukuhkan perpaduan yang akan menguatkan UMNO itu sendiri.Harapannya juga agar para veteran terus berjuang untuk agama,bangsa dan negara.

Dato'Seri Menteri Besar bersama dengan YB Ramlan Ali (berbaju melayu biru) menanti penerima bantuan khas kerusi roda.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan YB.Dato' Haji Mohd Jidin Shafie selaku Ketua UMNO Bahagian Setiu,beliau mengucapkan tahniah kepada Majlis Veteran UMNO Negeri dan Majlis Veteran Bahagian Setiu kerana berjaya mengadakan majlis ini.Bagi beliau amat besar peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan ahli-ahli veteran Umno ini kepada agama,bangsa dan negara.Tanpa mereka itu kita semua tidak dapat mengencapi apa yang negara dapat lakukan pada hari ini.
Beliau berharap dengan adanya majlis seumpama ini ianya dapat mengiktirafkan lagi jasa-jasa mereka yang telah banyak melalui pahit getir perjuangan demi memertabatkan bangsa melayu melalui parti UMNO.Diakhir ucapan beliau,beliau turut menyeru agar semua generasi dalam UMNO bersama-sama berganding bahu dalam perjuangan untuk bangsa,agama dan negara tercinta.

Dato Seri Menteri Besar bersama penerima anugerah jasamu dikenang Tuan Kechik bin Husain dari Dun Permaisuri.

Dalam ucapan YAB Dato'Seri Menteri Besar pula, beliau juga mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi dan Ahli-ahli jawatankuasa Perhubungan Veteran UMNO Negeri dan Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu diatasa kesungguhan dan semangat yang tidak pernah luntur untuk melihat UMNO terus berkuasa dan berjasa kepada seluruh rakyat di negeri Terengganu ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu (bertudung merah) turut bersama mengiringi Dato'Seri Menteri Besar bersalaman dengan penerima anugerah jasamu dikenang.

Beliau berharap agar perjuangan veteran UMNO tidak terhenti hanya setakat ini sahaja.Masih banyak lagi bakti dan jasa yang perlu disumbangkan kepada kerajaan dan rakyat bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan Negeri.Ini kerana menurut beliau,veteran adalah sebahagian daripada pendokong yang mampu menyemarakkan parti serta merupakan golongan yang berpengalaman dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada parti.

Dato'Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu menyampaikan ucapan.


Dato'Haji Mohd Jidin bin Shafie Ketua UMNO Bahagian Setiu sedang berucap.

Diakhir ucapan YAB Menteri Besar,beliau juga merakamkan perhargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh Jawatankuasa Veteran UMNO baik peringkat negeri mahupun dipringkat akar umbi,semoga terus berjuang memberikan sumbang baktii sehingga akhir hayat mereka.Sesungguhnya didalam diri mereka,terkandung semangat perjuangan yang kental dan penuh dengan pengalaman yang amat berguna tambah nya lagi..

Yang Berbahgia Dato' Haji Yahya bin Hashim berucap pada hadirin.

Sempena majlis ini juga telah diadakan Penyampaian anugerah jasamu dikenang dan juga sumbangan khas Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu yang berupakan 9 buah kerusi roda untuk mereka-mereka yang memerlukan.Bagi anugerah jasamu dikenang pula seramai 20 orang iaitu 5 orang setiap Dun telah dipilih.

Ustaz Ramli bin Awang Teh memperdengarkan bacaan Al-Quran.

YAB Dato' Seri Menteri Besar bersalaman dengan hadirin diiringi YB Dato'Mohd Jidin Shafie (belakang).

YAB Dato'Seri Menteri Besar ceria bersalaman dengan para veteran UMNO.

Berhenti seketika melihat persembahan silat.

Para pesilat menunjukkan kehebatan bersilat menyambut kedatangan YAB Dato'Menteri Besar.

Ketibaan Menteri Besar diiringi YB Ketua Bahagian.

Sebahagian dari penerima anugerah jasamu dikenang menanti dengan sabar.

Para pembantu APMT DUN Batu Rakit bersedia menjalankan tugas masing-masing.

Turut bersama-sama memeriahkan majlis ini Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu,Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu,Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiu.Seluruh anggota APMT Negeri Terengganu juga turut hadir bersama selaku penganjur bersama. Majlis ini telah ditutup oleh bacaan doa oleh Ustaz Othman bin Abdul Latiff Pegawai Penolong Pentadbir Masjid Daerah Setiu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.


SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, October 15, 2010

Program Santai Bersama Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Padang Polis.

Para pemuda bersama-sama membakar ayam.

BATU RAKIT-(PADANG POLIS) 15hb Oktober 2010. Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Padang Polis bersama dengan JKKK telah mengadakan satu program santai bersama pada hari ini. Program ini bermula jam 8.30 malam di Dataran Bestari Batu Rakit.Seramai 200 orang penduduk dan jawatankuasa wanita,cawangan dan JKKK turut bersama memeriahkan program ini.

Penyelia APMT Dun Batu Rakit Azhar Jusuh (berbaju biru) turut bersama mendaftar pengundi baru.

Menurut Encik Haji Shahir Mohd Noor selaku Pengerusi Program,tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah anatara pemuda,puteri dan para penduduk kampung.Pelbagai pengisian telah diadakan dalam program ini. Pada sebelah pagi telah diadakan pertandingan futsal yang berlangsung di gelanggang futsal Wakaf Chagak. Manakala pada sebelah malam diadakan BBQ,nyanyian karaoke,cabutan nama bertuah dan penyampaian hadiah pertandingan futsal.

Mereka yang hadir bersama-sama menikmati hidangan yang disediakan.

Dalam program ini juga turut diselitkan daftar pemilih untuk para pemuda dan puteri yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan raya.Dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka-mereka yang belum mendaftar.Haji Shahrir juga berharap agar dimasa akan datang dapat diteruskan lagi program seumpama ini demi kebaikan dan silaturahim antara sesama mereka.

Masing-masing tidak sabar hendak merasa makanan yang disediakan.

Turut bersama hadir dalam program ini ialah beberapa anggota polis Batu Rakit,Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit dan beberapa pemimpin-pemimpin Umno Cawangan sekitar.Majlis ini berakhir jam 11.30 malam.


Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, October 14, 2010

Majlis Ramah Mesra YB Haji Khazan Che Mat dan isteri bersama bakal-bakal jemaah haji DUN Batu Rakit.

Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan sedang menyampaikan pesanan pada para jemaah.

BATU RAKIT-14hb Oktober 2010 Seramai 30 orang bakal tetamu Allah dari DUN Batu Rakit yang akan menunaikan fardu haji di Mekah telah diraikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat dan isteri dalam satu majlis di Restoran Seri Wangsa Seafood Garden Gong Badak pada jam 9.00 malam tadi.

Para jemaah sedang mendengar pesanan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan.

Majlis yang bermula dengan makan malam ini juga telah dihadiri oleh Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua APMT Dun Batu Rakit Hajjah Wan Maznah dan anggota APMT,Encik Zakaria Abdul Rahman selaku jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu dan Ustaz Haji Kamarudin Mohamad selaku pegawai khas Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit.

Bakal -bakal haji berehat selepas menjamu selera.

Dalam majlis ini juga Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan dan isteri Puan Nik Aini turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada semua para jemaah sebagai tanda cenderahati dari Pejabat DUN Batu Rakit.Bagi jemaah lelaki sehelai kain pelikat telah diberi,manakala bagi jemaah wanita pula ialah sepasang baju sembahyang.Sedikit sumbangan wang tunai juga telah dihulurkan sebagai perbelanjaan para jemaah ketika berada ditanah suci nanti.

YB Ustaz menyampaikan cenderahati kepada Encik Harun bakal jemaah haji dari Bukit Wan.


Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh menyampaikan sumbangan kepada bakal haji.

Dalam ucapan pesanan Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan kepada para jemaah,beliau menyeru agar para jemaah sentiasa banyakkan amal ibadat apabila sampai di tanah suci nanti.Beliau juga meminta agar para jemaah sentiasa bersikap terbuka dan menjaga segala perbuatan dan pertuturan ketika berada dirumah Allah nanti.Ini kerana banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku andai kita terlalu banyak kerenah semasa mengejakan ibadat haji nanti..Sesungguhnya disitu adalah tempat yang paling suci bagi seluruh umat islam dimuka bumi ini..tambahnya lagi.

YB Khazan sedang menjamu selera bersama-sama para bakal haji.

Beliau juga menyarankan agar para jemaah sentiasa memperbanyakkan sembahyang berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.Sesungguhnya kedua-dua masjid itu merupakan tempat ibadat yang amat diutamakan didalam Al-Quran.Dan inilah masa yang terbaik bagi para jemaah untuk bersama-sama mendapat menafaat yang amat tinggi disisi Allah.

Pegawai Pejabat DUN Batu Rakit Ustaz Kamarudin Mohamad (berjubah putih) turut bersama menjamu selera.


Hajjah Nik Aini (tengah) dan Hajjah Wan Maznah (kanan) turut sama menikmati hidagan makan malam.

Diakhir ucapan YB Ustaz Haji Khazan Che Mat,beliau mendoakan agar semua para bakal haji yang hadir pada majlis ini akan selamat menunaikan ibadat haji tanpa sebarang halangan dan semoga mendapat haji yang mabrur.Beliau juga berpesan agar para jemaah nanti tidak lupa mendoakan untuk para sahabat,ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia agar negara ini sentiasa aman dan damai.

Para bakal jemaah haji mengambil tempat untuk bersama-sama menikmati hidangan makan malam.


Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

berita penuh