Saturday, September 10, 2011

Majlis Permaufakatan Ibubapa pelajar..

Sebahagian para ibubapa yang hadir pada Majlis Permaufakatan Ibubapa Pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan Zainal Abidin (STEMZA)

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 8hb September 2011- "Selaku Agensi yang sentiasa peka kepada rakyat,kita akan sentiasa membantu setiap permasaallaha yang berlaku terutama didalam hal pelajara untuk kejayaan anak-anak kita" demikian ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Tuan Haji Roshali Taha didalam Majlis Permaufakatan Ibubapa Pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan Zainal Abidin (STEMZA) hari ini.

Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail Yuseri (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Roshali Taha (kanan).

Dalam majlis berlangsung selama dua jam itu,hampir 200 orang ibubapa telah hadir menjayakan program ini demi untuk kejayaan anak-anak mereka didalam peperiksaan nanti. Walaupun majlis ini bermula agak lewat kerana Pengarah APMT tiba agak lewat,namun ibubapa tetap menunggu dengan penuh sabar.

Tuan Haji Roshali sedang menyampaikan ucapan.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail Yuseri,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah APMT kerana sudi turun untuk bersama-sama dengan para ibubapa pelajar. Walaupun majlis ini merupakan yang pertama antara APMT dengan pihak sekolah tetapi ianya tetap mendapat sambutan yang menggalakkan dari seluruh ibubapa. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada APMT kerana sudi menaja 80 orang pelajar SPM STEMZA untuk mengadakan motivasi di Marang Spa n Village Resort pada bulan Oktober nanti.Beliau turut memaklumkan bahawa STEMZA merupakan antara yang mempunyai raking sekolah yang agak baik didalam sekolah seluruh Malaysia. Ianya merupakan antara 293 daripada 2204 buah sekolah didalam Malaysia.

Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah APMT Negeri Tuan Haji Roshali Taha pula,beliau terlebih dahulu memohon maaf diatas kelewatan yang tidak disengajakan. Beliau menyatakan bahawa sebagai sebuah agensi yang sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan,APMT akan turut sama terlibat didalam membantu pihak sekolah demi kejayaan para pelajar. "Ini bertetapan dengan saranan yang diingini oleh Menteri Besar untuk menjadikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri Anjung Ilmu"kata beliau. Konsep Anjung Ilmu yang ingin dicapai oleh kerajaan negeri ialah 201052. 20% adalah mereka yang berjaya mendapat 5A didalam peperiksaan UPSR. 10% adalah mereka yang cemerlang didalam peperiksaan PMR. Manakala 5% adalah pelajar yang berjaya didalam peperiksaan SPM dan 2% pula adalah mereka yang lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan STPM.

Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

"Dengan percapaian yang begitu,ianya akan dapat menjadikan Terengganu sebagai sebuah egeri yang akan terus berjaya didalam pelajaran dan dapat bersaing dengan negeri-negeri disebelah Pantai Barat Semenanjung" ujur beliau lagi.Beliau turut berharap agar para ibubapa akan sentiasa memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Ini akan memudahkan tugas guru-guru disekolah dan pihak ibubapa tidak mengharapkan segalanya kepada guru-guru."Sikap kerjasama ibubapa pasti akan berjaya melahirkan anak-anak yang berilmu dan boleh memimpin negara pada masa akan datang dan seterusnya bersaing dengan bangsa asing untuk memajukan negara" tambah beliau lagi.

Pancaragam sekolah melakukan persembahan menyambut ketibaan Pegarah APMT Negeri.

Dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk para pelajar samaada disekolah rendah atau menengah,ianya pasti sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak ibubapa.Jesteru itu beliau turut berharap agar ibubapa sentiasa memainkan peranan untuk kejayaan anak-anak mereka. Sokongan dari ibubapa juga turut ditagih oleh pihak sekolah demi menjadikan anak-anak mereka terus berjaya dan menjadi insan berguna dikemudian hari nanti. Diakhir ucapan beliau,Tuan Pengarah turut mengumunkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) STEMZA yang diwakili oleh Timbalan YDP Tuan Haji Mohd Ngah.

Cerita da Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment