Saturday, September 24, 2011

PPNT UNTUNG RM2.2 JUTA

M.Agung PPNT 006
En. Osman Ibrahim wakil MAIDAM, (kebangsaan Biru) terima replika cek
oleh : Mohamad Abdullah
KUALA TERENGGANU, 24 September 2011 – Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT), Dato’ Haji Wan Zakaria Abd Rahman berkata, PPNT dan anak syarikat di bawah kendaliannya telah mecatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM2,202,209.00 berbanding dengan keuntungan tahun sebelumnya sebanyak RM2,170,711.00 mengikut tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
M.Agung PPNT 002
Dato' Hj Wan Zakaria Abd Rahman
      Beliau berkata ketika memberi ucapan di depan 178 orang perwakilan  Mesyuarat Agung kali ke 37, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu hari ini di Dewan Wawasan Peladang, Wisma Peladang Terengganu dekat sini. Kesemua perwakilan adalah mewakili 15 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam negeri. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Zainal Dahalan, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia.
   M.Agung PPNT 001   Keuntungan diperolehi adalah berdasarkan kepada hasil sumbangan perniagaan dalam perkhidmatan kejenteraan ladang, program pemasaran, projek korporat kelapa sawit dan aktiviti pelaburan.  Projek perladangan kelapa sawit seluas 193 hektar merupakan sumber utama perolehan PPNT.
      Selepas majlis perasmian, pihak MAIDAM telah menerima sumbangan zakat perniagaan NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) melalui pengerusi PPNT yang juga Ahli Jemaah Pengarah NAFAS berjumlah RM956 ribu lebih. Encik Osman Ibrahim telah menerima replika cek sebagai wakil MAIDAM.

M.Agung PPNT 005      Pada majlis yang sama PPK Jerangau telah diistiharkan sebagai PPK Prestasi Terbaik 2010 kerana berjaya menambah saham RM200 ribu hingga terkumpul   RM829,702.00 di PPNT. Manakala PPK Bukit Payong menerima sebagai langganan tertinggi dengan PPNT sehingga mencecah RM902 ribu pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment