Friday, September 23, 2011

JKKK dan RELA bersatu dalam Operasi...

Anggota RELA dan JKKK bergambar kenangan bersama wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman (berbaju putih belang) sebelum menjalankan operasi menembak tupai.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 23hb September 2011- Menyedari musuh tanaman semakin banyak mengancam buah-buahan didalam kebun,JKKK didalam Peti Undi Padang Kemunting telah sepakat untuk berkerjasama dengan pihak RELA dan pihak Balai Polis Batu Rakit untuk menjalankan Operasi Menembak Tupai. Hampir 50 orang terdiri daripada JKKK,RELA dan penduduk kampung telah keluar bersama menjalankan operasi tersebut.

Tupai-tupai yang telah mati ditembak.

Operasi yang melibatkan empat JKKK iaitu JKKK Padang Kemunting,JKKK Tanjung Kedepan,JKKK Gelong Gajah dan juga JKKK Panchur Kuin.Operasi yang bermula pada jam 8.30 pagi ini turut melibatkan wakil Balai Polis Batu Rakit Timbalan OCF Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman. Menurut Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman,operasi ini diadakan kerana banyak rungutan dari penduduk kampung berkenaan buah-buahn mereka telah dirosakkan oleh tupai. "Dan untuk mencegah dari berlarutan serta merugikan para perkebun,kami telah sepakat untuk berkerjasama dengan RELA menjalankan operasi ini". "Semoga berjalannya operasi seperti ini,musuh-musuh tanaman akan dapat dihapuskan dan mungkin ianya akan sentiasa diadakan demi untuk menjaga para perkebun dari kerugian" kata beliau.
Didalam operasi ini sebanyak 212 ekor tupai telah berjaya ditembak. Dan ianya merupakan satu kejayaan bagi pihak JKKK didalam membasmi musuh tanaman.

Mencari sasaran- salah seorang anggota RELA sedang mencari tupai untuk ditembak.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment