Saturday, December 17, 2011

Solat Sunat Gerhana Bulan.

Solat sunat Gerhana Bulan dilakukan dan diimankan oleh Ustaz Abdul Halim Awang.

BATU RAKIT (DARAT BATU RAKIT) 10/12/2011- Sempena bulan gerhana penuh yang berlaku,solat sunat dan bacaan khutbah telah didakan di seluruh masjid-masjid didalam Dun Batu Rakit. Bertempat dimasjid Kampung Darat Batu Rakit,YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit telah turut bersama-sama hampir 50 jemaah untuk menunaikan solat sunat tersebut.

YB Haji Khazan (tiga dari kiri) turut bersama menunaikan solat sunat gerhana bulan.

Solat sunat ini telah diimankan oleh mantan Timbalan Mufti Terengganu Ustaz Abdul Halim Awang yang kini menjadi penceramah bebas.Dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau sebelum menunaikan solat tersebut,beliau mengajak agar para jemaah agar sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian yang berlaku pada alam ini. Tanda kebesaran Allah perlu dihayati dengan penuh tawakal dan keimanan kata beliau lagi.

Ustaz Abdul Halim Awang mantan Timbalan Mufti Terengganu.

Beliau juga mengajak agar para jemaah sentiasa bersatu padu didalam setiap perkara yang dilakukan demi untuk kebaikkan semua."Dengan bersatupadu kita akan menjadi bangsa yang kuat dan tidak mudah menyerah kalah serta tunduk kepada pihak lain" tambah beliau lagi.Solat sunat gerhana bulan ini juga turut dihadiri oleh para jawatankuasa pemuda Dun Batu Rakit dan juga anggota APMT Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment