Thursday, September 22, 2011

JALINAN MESRA APMT BATU RAKIT

Bsama Pengarah APMT 009
PENGARAH APMT - mempengerusikan perjumpaan APMT
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 23 September 2011 – Hasil saranan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Haji Roshali Taha dalam perjumpaan khas dengan semua anggota di bawahnya dalam kawasan DUN Batu Rakit baru-baru ini di pejabat APMT Batu Rakit telah melahirkan satu persefahaman yang jitu di kalangan petugas sebagaimana kahendak dan hasrat beliau dan kerajaan negeri.

Bsama Pengarah APMT 008
DENGAR AMANAT - anggota APMT sedang mendengar amanat pengarah
Raya APMT 2011 117
Haji Md Ali Abdullah
      Ketua Penyelia DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah berkata, segala keperluan tugas yang diamanahkan oleh jabatan (APMT) semakin hari semakin dapat disegerakan tanpa sebarang kerenah di kalangan anggota di bawahnya. Beliau dapat mengadakan mesyuarat bersama secara bergilir-gilir tempat dengan penyediaan makan minum mengikut kesesuaian tempat dan masa.
Kurma 016
BERGANDING - Penyelia bersama Pembantu APMT mengangkat kotak kurma
      Tugas-tugas di bawah kelolaan Pejabat ADUN telah dapat disatukan tidak sebagaimana sebelum ini. Masing-masing bergerak dalam satu nada tanpa perbezaan.; seperti aktiviti kemasyarakatan berkaitan agihan Kurma dan Air Zam-zam serta Dana Raya sumbangan kerajaan baru-baru ini, tambahnya lagi.
APMT raya 004
YB Ahli Parlimen Setiu bersama anggota APMT
     Manakala majlis Perjumpaan Raya Aidilfitri 2011 telah dapat diadakan dengan jayanya hasil gerakan bersepadu semua anggota APMT dengan kehadiran tetamu seramai 300 orang termasuk pemimpin BN, pemimpin PAS serta pengikut masing-masing pada 22 September 2011.
APMT raya 006
BERSALAMAN - Ahli Parlimen Setiu bersalaman dengan bekas calon PAS
      Selain Ahli Parlimen Setiu, Haji Mohd Jidin Shafee, bekas calon PAS N.08 Batu Rakit, Haji Shamsuddin Wahab bersama isteri telah berkesempatan hadir bersama meraikan pada hari tersebut. Begitu juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato Haji Abd Rahman Yassin, serta Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin hadir sama.
Raya APMT 2011 117
Dato Hj Abd Rahman Yassin bersama Khairul Anuar Hasin - diperhatikan oleh Ketua Penyelia APMT
      Pengerusi JKKK Gong Lingai, Muhammad Mat Ali berkata, majlis-majlis anjuran APMT DUN Batu Rakit semakin hari semakin ketara menampakkan kejayaan. Boleh dikatakan sambutan masyarakat tempatan amat memberangsangkan dengan dibantu sokongan kuat pemimpin atasan dan bawahan termasuk JKKK dalam kawasan. Pandangan beliau disokong oleh beberapa orang pengerusi JKKK Hilir Maras, Jusoh Awang, pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit, Mohamad Harun dan rakan-rakan sejawatannya.
APMT raya 002
Pengerusi JKKK Gong Lingai (baju biru) bersama YB Ahli Parlimen Setiu dan rakan-rakan pengerusi JKKK.

No comments:

Post a Comment