Monday, September 19, 2011

1 Malaysia TBK Batu Rakit...

Kanak-kanak,tenaga pengajar,Pengerusi JKKK Padang Polis dan juga Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak merakam kenangan beramai-ramai sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan 1 Malaysia TBK Dun Batu Rakit 2011 di Kompleks Kemas Batu Rakit (KOMTAR).

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 19hb September 2011- Walaupun masih diusia yang terlalu muda,namun ianya bukan satu penghalang untuk menyerap semangat patriotik dijiwa mereka. Dengan semangat yang membara dan bersama-sama melaungkan 1 Malaysia, seramai 426 orang kanak-kanak dari 20 buah TBK Dun Batu Rakit telah bersama-sama menyertai Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan dan 1 Malaysia di Kompleks Kemas Batu Rakit hari ini.

Jalur Gemilang sentiasa berkibar tanpa mengira suasana.

Program yang bermula jam 8.30 pagi ini turut dihadiri oleh para ibubapa kanak-kanak,Pegawai Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka dan juga Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah. Turut diadakan juga pertandingan mewarna yang disertai oleh seluruh kanak-kanak Tabika tersebut.

Penghulu Mukim Batu Rakit Encik Khairul Anuar Hashim menyampaikan ucapan.

Menurut Ketua Pengajar dan Program Sambutan Hari Kebangsaan Puan Radiana Harun,tujuan program ini adalah untuk mendidik semangat kebangsaan dijiwa kanak-kanak agar mereka kelak akan terus merasai semangat perjuang yang memerdeka kan negara. 'Seawal usia mereka perlu ditanam semangat merdeka untuk mereka terus menghargai jasa-jasa dan pergobanan yang telah dilakukan oleh para perjuang kemerdekaan dahulu"ujar beliau.

Bersemangat- walaupun masih di usia terlalu muda,namum semangat kebangsaan telah ada didalam jiwa kanak-kanak.

Perarakan yang turut disertai oleh seluruh tenaga pengajar TBK Dun Batu Rakit,melalui dua batang jalan disekitar Kompleks Kemas Batu Rakit. Didalam ucapan yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hashim,beliua berharap agar para ibubapa sentiasa memaikan peranan utama didalam mendidik anak-anak. Semangat kebangsaan perlu terus diterapkan untuk anak-anak terus menghayati apa erti kemerdekaan yang sebenar.

Tetap bersemangat melangkah didalam perarakan.

Beliau juga berharap agar pihak KEMAS dan TBK terus memaikan peranan yang lebih positif untuk menjadikan kanak-kanak TBK terus bersaing pada masa akan datang.Pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk kepada pihak KEMAS dan TBK dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KOMTAR kerana berjaya mengadakan perarakan dengan sebaik-baiknya.

Pembawa bendera memulakan perarakan.

Berhimpun- sebelum memulakan perarakan.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment