Wednesday, March 2, 2011

Perasmian Kejohanan Olahraga SK Darat Batu Rakit .

Encik A.Latiff mengalungkan pingat kepada pemenang acara olahraga.

BATU RAKIT (DARAT BATU RAKIT) 2hb March- Sempena musim sukan sekolah-sekolah dalam Malaysia,Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit atau lebih dikenali sebagai DABARA juga telah menganjurkan kejohanan olahraga untuk seluruh pelajar. Kejohanan sukan yang telah bermula pada 1hb March ini telah dilakukan majlis perasmiannya oleh Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT).

Memecah belon oleh Encik A.Latiff Awang sebagai gimik perasmian Kejohanan Olahraga.

Dalam ucapan perasmian.Encik A.Latiff berharap agar semua murid-murid yang berminat dalam sukan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat mereka.Dengan sokongan kerajaan yang akan mengadakan program satu murid satu sukan,menunjukkan betapa kerajaan kini telah mengambil berat terhadap keperluan sukan sebagai satu pelajaran yang wajib. Beliau juga menyeru agar minat terhadap sukan haruslah diseimbangkan dengan pencapaian akedemik.

Encik A.Latiff (dua dari kiri) bersama Guru Besar Encik Rosdi Jusoh (dua dari kanan) sebelum majlis perasmian.

Kejayaan yang seiring akan dapat membantu para pelajar untuk pergi lebih jauh dalam mencapai hajat dan matlamat yang terpendam dalam diri masing-masing. Beliau juga berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah yang begitu bersungguh-sungguh untuk menjayakan kejohanan olahraga ini. Dengan semangat kesukanan yang tinggi,beliau berharap agar suatu hari nanti akan lahir para atelit yang mantap dari Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Beliau juga turut melahirkan rasa syukur kerana APMT Negari telah juga memberikan sedikit sumbangan untuk pihak sekolah untuk mengadakan sukan ini. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Encik A.Latiff Awang berucap merasmikan kejohanan olahraga Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit.

Majlis yang bermula pada pukul 8.45 pagi ini juga telah dihadiri oleh para ibubapa dan pendududk setempat. Kehadiran ibubapa telah berjaya menaikkan semangat para pelajar untuk memenangi acara-acara sukan.

Perarakan pasukan rumah sukan menceriakan kejohanan olahraga.

Pancaragam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan Zainal Abidin diundang untuk menyerikan majlis perasmian.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment