Wednesday, September 21, 2011

Majlis Hari Raya APMT Dun Batu Rakit...

Anggota APMT Dun Batu Rakit merakam kenangan bersama Ahli Parlimen Setiu Dato' Haji Mohd Jidin Shafie sempena Majlis Hari Raya APMT Dun Batu Rakit.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 22hb September 2011- Hampir 300 orang telah hadir memeriahkan Majlis Hari Raya APMT Dun Batu Rakit yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Majlis yang menyediakan pelbagai juadah raya ini dihadiri semua anggota APMT dengan penuh kemeriahan di Pejabat APMT Bangunan MBKT Pantai Batu Rakit.

Ketua Penyelia APMT (bersongkok) turut bersama menjamu selera bersama Pengerusi-pengerusi JKKK.

Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ahli Parlimen Setiu Dato'Haji Mohd Jidin bin Shafie,Pegawai Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hashim,Timbalan Ocs Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan para anggota,Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Ketua Puteri Umno Bahagian Setiu Puan Rosnari Awang Ngah dan para penduduk kampung sekitar.

Bekas calon PAS Haji Shamsudin bersama isteri turut hadir menyerikan majlis hari raya.

YB Dato' Mohd Jidin (tengah) bersama sama merasai juadah hari raya.

Anggota-anggota APMT sedang menyiapkan hidangan untuk para tetamu.

Para tetamu yang hadir sedang menikmati juadah hari raya.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment