Tuesday, November 9, 2010

Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas Dun Batu Rakit 2010

Puan Hajjah Nik Aini mewakili YB Haji Khazan memyampaikan sijil kepada para kanak-kanak.

BATU RAKIT-9HB NOVEMBER 2010 Seramai 141 orang kanak-kanak dari seluruh Dun Batu Rakit telah menerima sijil dari Puan Nik Aini binti Nik Soh dalam Majlis Hari Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Dun Batu Rakit 2010 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur,Maras,Batu Rakit hari ini.Program yang bermula jam 8.30 pagi ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Dari kiri ke kanan: Wan Maznah Wan Nong Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit,Puan Hasanah Embong,Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh,Encik Badrisham Mokhtar Pegawai Kemas Daerah Setiu dan Pok Ku Mat wakil Balai Polis Batu Rakit.

Acara ini bermula dengan bacaan doa. Selepas itu ucapan Pengerusi TBK Dun Batu Rakit yang dibacakan oleh wakil beliau Encik Kamarudin Hamid. Beliau menyarankan agar pembangunan untuk semua tabika dalam Dun Batu Rakit dapat diselaraskan dengan sempurna.Segala kelemahan yang ada dapat dibaiki dengan sebaik mungkin.

Puan Hajjah Nik Aini (dua dari kiri) bersedia untuk majlis penyerahan sijil.

Dalam ucapan Pegawai Kemas Daerah Setiu Yang Berbahgia Encik Badrisham Mokhtar pula,beliau menyeru para ibubapa agar menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin.Ini kerana anak-anak adalah warisan untuk para pemimpin dimasa hadapan.Mereka adalah sebahagian insan yang perlu dididik dengan sempurna.Beliau menambah,tanpa pelajaran dari peringkat akar umbi sesebuah negara tidak berupaya untuk melahirkan para pemimpin yang dinamik dan mampu untuk berdaya saing pada masa hadapan.
Bagi beliau apa yang telah dilakukan oleh pihak Kemas pada masa kini menepati matlamat untuk memajukan bangsa,agama dan negara.Semoga segala perancangan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat demi kemajuan negara dan melahirkan lebih ramai para pemimpin akan terlaksana dengan jayanya..tambahnya lagi sebagai mengakhiri ucapan.

Sketsa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak Tabika berjaya mencuit hati para ibubapa yang hadir.

Sementara itu dalam ucapan Puan Hajjah Nik Aini yang mewakili suaminya YB Haji Khazan Che Mat,beliu terlebih dahulu menyampaikan salam takzim daripada YB kerana tidak dapat hadir pada majlis ini.Ini kerana YB terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting pada pagi ini. Puan Hajjah Nik Aini turut mengucapkan rasa syukur kerana dapat bersama melaksanakan program yang amat bermakna bagi kanak-kanak Tabika Kemas. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak Kemas kerana berjaya mengadakan pelbagai usaha bagi meningkatkan kesedaran kepada ibubapa untuk membentuk anak-anak mereka dengan cemerlang.

Sebahagian daripada guru-guru Kemas yang terlibat dalam program Konvokesyen ini.

Kemas juga menurutnya turut berjaya mengadakan program pintar Quran.Satu program yang berjaya menyemai ilmu agama dari peringkat akar umbi dan mesti dikekalkan selamanya.
Beliau juga turut kagum dengan penyertaan kanak-kanak Tabika Kemas seperti mana semasa beliau hadiri program Majlis Khatam Quran yang dianjurkan oleh Yayasan Terengganu baru-baru ini.Ini menunjukkan sifat ingin belajar yang ada dalam diri kanak-kanak itu amat tinggi dan perlu diberikan perhatian yang telus.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru Kemas yang dapat mendidik kanak-kanak dengan baik dan sempurna.

Sebahagian dari kanak-kanak yang akan menerima sijil.

Beliau juga merasakan pihak ibubapa sangat beruntung dengan menghantar anak-anak mereka belajar di Tabika Kemas kerana yuran yang dikenakan tidak mahal, sekadar RM10.00 sebulan.
Walaupun pada kadar yang rendah, tapi pihak Kemas masih dapat menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak yang belajar...tambah Hajjah Nik Aini lagi.

Si kecil memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Diakhir ucapan beliau, beliau mengucapkan juataan terima kasih dan perhargaan kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput beliau untuk menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas 2010.Terima kasih juga diberikan kepada pihak Kemas,guru-guru,ibubapa,dan beberapa individu yang telah memberikan sokongan,bantuan dan kerjasama untuk menjayakan majlis ini.

Puan Hajjah Nik Aini sedang menyampaikan ucapan.

Turut bersama hadir dalam Majlis Konvokesyen ini ialah wakil dari Balai Polis Batu Rakit,Pengerusi-pengerusi JKKK dalam DUN Batu Rakit,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit Encik Kamarudin Mohamad dan juga APMT Dun Batu Rakit. Pelbagai acara juga diadakan untuk memeriahkan majlis ini seperti persembahan sketsa,senamrobik,bacaan Al-Quran dan Koir.

Pegawai Kemas Daerah Setiu Encik Badrisham Mokhtar menyampaikan ucapan.

Para ibubapa dan Pengerusi-pengerusi JKKK turut bersama menjayakan majlis ini.

Kanak-kanak mempersembahkan senamrobik.

Wakil Pengerusi TBK Dun Batu Rakit Encik Kamarudin Hamed menyampaikan ucapan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment