Sunday, October 17, 2010

Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Setiu Bersama Pemimpin Tahun 2010

Para pemimpin-pemimpin yang menghadiri majlis ini bersama dengan Menteri Besar (tengah).

SETIU-17hb Oktober 2010 (Permaisuri) Seramai 1,000 orang telah menghadiri Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Setiu Bersama Pemimpin yang dianjurkan bersama APMT Negeri dan Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu yang mendapat kerjasama Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Ahmad bin Said selaku Menteri Besar. Majlis ini telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim,Bandar Permaisuri,Setiu.

Banner yang memaklumkan program ini.

Program yang bermula jam 9.30 ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Umno oleh semua hadirin yang datang.Selepas itu Bacaan Al-Quran telah diperdengarkan oleh Ustaz Ramli bin Awang Teh selaku bilal Masjid Sungai Tong.
Selesai bacaan itu Pengerusi Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu Tuan Haji Yusoff bin Haji Mat Amin telah memberi ucapan alu-aluan dan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar kerana dapat meluangkan masa hadir menyempurnakan perasmiaan majlis ini..Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada para jemputan,Dato'-dato',bekas-bekas YB,Kaetua-ketua Jabatan,para veteran dan seluruh para hadirin yang hadir.

Dato' Seri Menteri Besar (barisan depan kanan sekali) bersama-sama mengaminkan doa.

Selepas ucapan alu-aluan itu,Pengerusi Majlis Veteran UMNO Terengganu Y.Bhg.Dato'Haji Yahya bin Hashim turut sama memberi ucapan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato'Seri Menteri Besar kerana dapat melapangkan masa untuk bersama dalam majlis ini.Beliu juga berharap agar kepada semua yang hadir agar terus memberikan sokongan kepada UMNO untuk memperkukuhkan perpaduan yang akan menguatkan UMNO itu sendiri.Harapannya juga agar para veteran terus berjuang untuk agama,bangsa dan negara.

Dato'Seri Menteri Besar bersama dengan YB Ramlan Ali (berbaju melayu biru) menanti penerima bantuan khas kerusi roda.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluan YB.Dato' Haji Mohd Jidin Shafie selaku Ketua UMNO Bahagian Setiu,beliau mengucapkan tahniah kepada Majlis Veteran UMNO Negeri dan Majlis Veteran Bahagian Setiu kerana berjaya mengadakan majlis ini.Bagi beliau amat besar peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan ahli-ahli veteran Umno ini kepada agama,bangsa dan negara.Tanpa mereka itu kita semua tidak dapat mengencapi apa yang negara dapat lakukan pada hari ini.
Beliau berharap dengan adanya majlis seumpama ini ianya dapat mengiktirafkan lagi jasa-jasa mereka yang telah banyak melalui pahit getir perjuangan demi memertabatkan bangsa melayu melalui parti UMNO.Diakhir ucapan beliau,beliau turut menyeru agar semua generasi dalam UMNO bersama-sama berganding bahu dalam perjuangan untuk bangsa,agama dan negara tercinta.

Dato Seri Menteri Besar bersama penerima anugerah jasamu dikenang Tuan Kechik bin Husain dari Dun Permaisuri.

Dalam ucapan YAB Dato'Seri Menteri Besar pula, beliau juga mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi dan Ahli-ahli jawatankuasa Perhubungan Veteran UMNO Negeri dan Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu diatasa kesungguhan dan semangat yang tidak pernah luntur untuk melihat UMNO terus berkuasa dan berjasa kepada seluruh rakyat di negeri Terengganu ini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu (bertudung merah) turut bersama mengiringi Dato'Seri Menteri Besar bersalaman dengan penerima anugerah jasamu dikenang.

Beliau berharap agar perjuangan veteran UMNO tidak terhenti hanya setakat ini sahaja.Masih banyak lagi bakti dan jasa yang perlu disumbangkan kepada kerajaan dan rakyat bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan Negeri.Ini kerana menurut beliau,veteran adalah sebahagian daripada pendokong yang mampu menyemarakkan parti serta merupakan golongan yang berpengalaman dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada parti.

Dato'Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu menyampaikan ucapan.


Dato'Haji Mohd Jidin bin Shafie Ketua UMNO Bahagian Setiu sedang berucap.

Diakhir ucapan YAB Menteri Besar,beliau juga merakamkan perhargaan yang setinggi-tingginya kepada seluruh Jawatankuasa Veteran UMNO baik peringkat negeri mahupun dipringkat akar umbi,semoga terus berjuang memberikan sumbang baktii sehingga akhir hayat mereka.Sesungguhnya didalam diri mereka,terkandung semangat perjuangan yang kental dan penuh dengan pengalaman yang amat berguna tambah nya lagi..

Yang Berbahgia Dato' Haji Yahya bin Hashim berucap pada hadirin.

Sempena majlis ini juga telah diadakan Penyampaian anugerah jasamu dikenang dan juga sumbangan khas Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu yang berupakan 9 buah kerusi roda untuk mereka-mereka yang memerlukan.Bagi anugerah jasamu dikenang pula seramai 20 orang iaitu 5 orang setiap Dun telah dipilih.

Ustaz Ramli bin Awang Teh memperdengarkan bacaan Al-Quran.

YAB Dato' Seri Menteri Besar bersalaman dengan hadirin diiringi YB Dato'Mohd Jidin Shafie (belakang).

YAB Dato'Seri Menteri Besar ceria bersalaman dengan para veteran UMNO.

Berhenti seketika melihat persembahan silat.

Para pesilat menunjukkan kehebatan bersilat menyambut kedatangan YAB Dato'Menteri Besar.

Ketibaan Menteri Besar diiringi YB Ketua Bahagian.

Sebahagian dari penerima anugerah jasamu dikenang menanti dengan sabar.

Para pembantu APMT DUN Batu Rakit bersedia menjalankan tugas masing-masing.

Turut bersama-sama memeriahkan majlis ini Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu,Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu,Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiu.Seluruh anggota APMT Negeri Terengganu juga turut hadir bersama selaku penganjur bersama. Majlis ini telah ditutup oleh bacaan doa oleh Ustaz Othman bin Abdul Latiff Pegawai Penolong Pentadbir Masjid Daerah Setiu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment