Saturday, September 24, 2011

PERPADUAN ITU RAHMAT.. PERPECAHAN ITU AZAB–Pengerusi LPP

M.Agung PPNT 001
Ahli Jemaah Pengarah PPNT (depan) bersama pewakilan
Oleh : Mohamad Abdullah
KUALA TERENGGANU, 24 September 2011 – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Malaysia, Dato’ Haji Zainal Dahalan berkata, “kita hidup dalam suasana perpaduan yang aman adalah rahmat yang tak ternilai. Manakala, berbeza pula jika kita hidup sentiasa bergelumang dengan perpecahan itu adalah azab yang dahsyat.”

M.Agung PPNT 003
Dato' Hj Zainal Dahalan
      Beliau berkata ketika memberi ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 37 Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) di Dewan Wawasan Peladang, Wisma Peladang Terengganu dekat sini hari ini. Seramai 178 orang perwakilan daripada 273 orang yang dapat hadir pada kali ini, termasuk 17 orang perwakilan dari PPK Setiu dan 15 orang perwakilan dari PPK Maras/Batu Rakit.

       Cuba kita lihat bagaimana azabnya negara-negara yang sentiasa dilanda peperangan sesama sendiri dengan lain perkataan tidak aman dengan masalah perpecahan kaum sebagaimana berlaku di Somalia, Thailand, India dan beberapa buah negara lain. Rakyatnya sentiasa dalam ketakutan, kewaspadaan di samping menghadapi kekurangan bekalan makanan dan perubatan, sambungnya lagi.
       Dan mari kita renung suasana di dalam negara kita dan tempat tinggal kita sendiri, boleh dikatakan bebas bergerak ke mana sahaja tidak kira kaum dan peringkat usia muda ataupun tua. Ini adalah satu nikmat rahmat dari Allah yang telah memberi ruang di atas kesepakatan kita menjadi rakyat. .
M.Agung PPNT 004
Pengerusi PPK Maras/Batu Rakit (kebangsaan pink) menerima cenderahati daripada pengerusi PPNT, Dato' Wan Zakaria Abd Rahman (kebangsaan hijau)
      Dalam suasana adanya rahmat aman di tempat kita, beliau rasa bimbang bila ada segelintir rakyat yang kurang bijak berfikir panjang demi mencari sedikit publisiti murahan, sanggup menonjolkan berbagai cara yang boleh menggugatkan keamanan yang kita sama-sama kecapi sekian lama.
      Tambahnya lagi, bagi meruang kepada ahli-ahli peladang yang kini berjumlah hampir 800 ribu orang, pihak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah tubuh NAFAS HOLDING bagi melayakkan mereka memiliki saham secara perseorangan berbanding sekarang segala keuntungan hanya dapat kepada Pertubuhan Peladang Negeri atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sahaja.

No comments:

Post a Comment