Monday, November 28, 2011

1327 Orang Telah Keluar ……..

Foto0192
TUNGGU GILIRAN -masing-masing patuh dengan RELA
 Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT – Simulasi Pilihanraya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N.08 Batu Rakit, Parlimen Setiu telah berjaya menarik sokongan padu dari semua peringkat termasuk jentera pilihanraya (Wakil parti, JKKK, RELA) dan pengundi tempatan. Di beberapa tempat pembuangan undi dijalankan, terdapat seawal jam 7.30 pagi para pengundi telah hadir di tempat berkenaan. Sebanyak 7 tempat telah diputuskan oleh pihak urusetia simulasi kecuali di Peti Undi Pulau Redang terpaksa dibatalkan kerana masalah hubungan dan cuaca.

berita penuh

Sunday, November 27, 2011

Ceramah Simulasi Pilihanraya …. BERJAYA.

Foto0174
Oleh : Mohamad Abdullah

Foto0177
Hj Abd Rahman Yasin
BATU RAKIT – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Abd Rahman Yasin berkata program majlis ceramah sempena pelancaran Simulasi Pilihanraya pada 25 November 2011 telah berjaya menarik sokongan ahli dan penyokong UMNO. Seramai 300 orang lebih hadir di perkarangan deretan kedai Rumah Murah Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekor. Ini adalah tanda bahawa orang di DUN Batu Rakit sentiasa memberi sokongan padu hasil kerjasama semua ketua-ketua cawangan bersama pengerusi-pengerusi JKKK, sambung beliau seterusnya . Majlis bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir hampir jam 12.00 tengah malam.

berita penuh

Monday, November 21, 2011

WAKAF CHAGAK DILANDA RIBUT …

Foto0084
RANAP - sebuah rumah menyembah bumi.
Oleh : Mohamad Abdullah
Foto0072
Jalan utama ke Darat Batu Rakit
BATU RAKIT – 21 November, “Ribut telah datang dengan tiba-tiba sekitar jam 5.00 pagi tadi”, kata Setiausaha JKKK Wakaf Chagak, Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak, Ibrahim Abd Rahman,50, ketika ditemubual semasa lawatan ke kawasan bencana hari ini. “Sebanyak 4 buah rumah, atap zink telah diterbangkan angin dan sebuah rumah ranap menyembah bumi. Sebuah gerai goreng pisang di tepi jalan utama ke Kg Darat Batu Rakit sebahagian ditimpa pokok tumbang.” sambungnya lagi.

berita penuh

Friday, November 18, 2011

Pengarah Bersama Anggota di UMT.

Foto0043
Oleh : Mohamad Abdullah
Foto0049
HEBAT - Setiu bertemu Hulu Terengganu
BATU RAKIT – Hari Sukan APMT 2011 telah berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 10 km dari sini. Program khusus kepada semua anggota APMT mewakili lapan parlimen bermula hari ini 18 November 2011 hingga esok. Program ini adalah tahun kedua, yangmana pada tahun lepas telah diadakan di Terengganu Ekuastrian Resort (TER) Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

berita penuh

Tuesday, November 15, 2011

Atlet Setiu Dipilih Untuk Kejohanan Negeri.

APMT & SKBR 003
FUTSAL - masing-masing bermain dengan penuh keyakingan
Oleh : Mohamad Abdullah
APMT & SKBR 014
BERTOPI - Hj Md Ali Abdullah
BATU RAKIT – Seluruh anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) parlimen Setiu berpesta di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Terengganu pada 10 November 2011 bagi memilih peserta sebagai wakil Setiu untuk kejohanan tahunan APMT pada 18 dan 19 bulan ini. Ketua Penyelia DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah selaku pengurus pemilihan peserta berkata, “beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UniSZA kerana memberi izin menggunakan satu hari kemudahan beberapa gelanggang termasuk futsal, bolajaring, bola tampar, takraw, badminton, pingpong dan karom.” 

berita penuh

Amri Hadi, Fakhrul bersama Athirah– Pelajar Cemerlang SKBR.

Foto0026
PERSEMBAHAN - Murid-murid Tahun 6 dengan lagu Sayornara
Oleh : Mohamad Abdullah
APMT & SKBR 043
Guru Besar, wakil PPD dan YDP PIBG (kiri-kanan)
BATU RAKIT – Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, Haji Mohd Jaaffar Che Muda berkata “Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan adalah merupakan satu aktiviti yang dirancang khusus oleh pihak sekolah untuk semua murid SK Batu Rakit bermula dari Pra Sekolah sehinggalah murid Tahun Enam”. ketika berucap di depan ibubapa murid, murid-murid dan guru-guru di kantin sekolah.  “Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan prestasi cemerlang murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kepimpinan sepanjang tahun 2011.” sambungnya lagi. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Mohd Yusof Hassan.

berita penuh

Pelajar Cemerlang diberi penghargaan.

Muhammad Syamin Izzat Mohammad menerima anugerah dari YB Haji Khazan Che Mat sebagai Tokoh Murid 2011 Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.


BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 14/11/2011- Adik Muhammad Syamin Izzat bin Mohd dari tahun 6 Pintar dan juga adik Syafikah Atirah Mohd Romzi juga dari tahun 6 Pintar telah berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Tokoh Murid tahun 2011 di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.Majlis yang berlangsung di kantin sekolah tersebut telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga merangkap Adun Batu Rakit.


Adik Syafiqah Athirah Mohd Romzi menerima Anugerah Tokoh Murid ketogeri perempuan dari YB Haji Khazan Che Mat.

Hampir 200 orang yang terdiri dari ibubapa para pelajar telah hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka menerima anugerah.Majlis yang bermula jam 9.00 pagi ini turut juga dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu Encik Halidan Awang.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau berharap agar para ibubapa sentiasa memberikan sokongan pada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak mereka.

Murid-murid pra sekolah segak dengan jubah sebelum menerima sijil mereka.

Tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibubapa,amat susah untuk para guru menghasilkan kejayaan untuk sekolah,kata beliau. "Peranan ibubapa amat penting selepas para pelajar keluar dari kawasan sekolah dan ianya merupakan penentu kejayaan untuk anak-anak" tambah beliau lagi.Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan juga turut memaikan peranan yang penting demi membantu para pelajar berjaya didalam bidang pelajaran."Peruntukkan dan bantuan sedia diberikan kepada para pelajar dan juga ibubapa oleh kerajaan bagi memastikan tiada lagi para pelajar yang ketinggalan atau buta huruf dizaman teknologi maklumat ini" ujar beliau lagi.

Sebahagian para ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Dari kiri ke kanan: Encik Halidan Awang,YB Haji Khazan,Guru Besar dan Penolong Guru Besar.


Pada majlis ini juga seramai 20 kanak-kanak pra sekolah turut menerima sijil mereka yang disampaikan oleh Encik Halidan Awang.Majlis ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Cerita dan Gambar:
MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, November 13, 2011

2 Muka Baru Dipilih KNBR

Foto0005
PENGERUSI KNBR - Hj Muda Abdullah (tiga dari kiri)

Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT – Mesyuarat Agung Kopeasi Nelayan Batu Rakit Berhad (KNBR) pada 12 November 2011 di Bangunan Koperasi Nelayan Batu Rakit dekat sini, telah dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu mewakili Haji Khazan Che Mat. Majlis perasmian bermula jam 9.30 pagi dengan kehadiran anggota seramai 139 orang.

berita penuh

PP Beri Laluan Jawatan Timbalan YDP..

Foto0007
Oleh : Mohamad Abdullah

BATU RAKIT – Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu (MKN) kali ke19 telah dirasmikan oleh pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Dato’ Haji Mohd Said pada 12 November 2011 bertempat di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Beliau selaku Yang DiPertua MKN berucap kepada 100 orang perwakilan mewakili badan-badan gabungan berkata, “setiap badan gabungan MKN perlu digerak secara kolektif dan aktif agar tidak timbul kelesuan yang boleh dibatalkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan kelak.”

berita penuh

Saturday, November 12, 2011

KRT seiringan JKKK dalam kerja-kerja kemasyarakatan

Qurban 2011 058
Oleh : Mohamad Abdullah

Qurban 2011 054
Ibrahim Abd Rahman
BATU RAKIT – Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa bergandingan dalam tugasan di bawah program kemasyarakatan di Kg Wakaf Chagak. “Setiap kali aktiviti di sini, kedua-dua badan seiringan membantu bagi mewujudkan perpaduan bukan sahaja di kalangan ahlijawatankuasa bahkan masyarakat setempat.” kata bendahari KRT Wakaf Chagak. Beliau yang baru saja dilantik memegang jawatan setiausaha JKKK Wakaf Chagak pada 1 Oktober 2011 menyambung, “kita dapat lihat keserasian kerja di kalangan anggota bila ada aktiviti di sini.”

berita penuh

2 Dikorbankan Komuniti 1Malaysia

Qurban 2011 027
Oleh : Mohamad Abdullah

Qurban 2011 021BATU RAKIT – “Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak telah berjaya mengumpul 14 orang penyumbang di bawah program korban pada tahun ini.” jelas pengerusi Pelaksana Qurban K1M Wakaf Chagak, Mat Lazim Iman. “Tahun ini adalah tahun ke15, K1M Wakaf Chagak melaksanakan program serupa.” sambungnya lagi.

berita penuh

Lawatan Bermaklumat Ke Negara Jiran

Surabaya 074
Lawatan ke Kilang Perabot Kayu Jati
Oleh : Mohamad Abdullah
Surabaya 019
TAKLIMAT oleh pengurusan ternakan
BATU RAKIT, 13 November 2011 – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit telah mengadakan lawatan ke negara jiran bermula 27 hingga 30 Oktober 2011 baru-baru ini. Mereka terdiri 5 orang Anggota Jemaah Pengarah (termasuk penulis), 4 orang kakitangan PPK mewakili Lembaga Pertubuhan Peladang dan 4 orang mewakili penternak, pengusaha Industri Kecil dan peladang. Rombongan berangkat seawal jam 8.45 pagi melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Tiba di Kota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia sekitar jam 8.00 malam waktu tempatan. Sebelum dibawa ke tempat hotel penginapan, para peserta telah di bawa ke restoran masakan Padang.

berita penuh

Friday, November 11, 2011

YB Turun Padang (Minum Petang di Mengabang Panjang)

YB Haji Khazan sedang beramah mesra dengan para penduduk yang hadir untuk bersama-sama minum petang.


BATU RAKIT (MENGABANG PANJANG)


Tempat: Kedai Kopi Zahari (Ketua Cawangan Mengabang Panjang)
Tarikh: 8/11/2011 Masa: 5.45 petang.
Kehadiran: 50 orang.
Turut hadir: Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,
Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar.


Sebahagian penduduk yang hadir untuk bersama-sama YB minum petang.

Pemuda Mengabang Panjang turut bersama hadir minum petang.


Gambar dan Maklumat: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Korban Pemuda di Batu Rakit

YB Haji Khazan (dua dari kanan) turut sama melapah lembu korban bersama-sama dengan Setiausaha Pemuda Dun Encik Nazri Mamat (kiri) dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd (dua dari kiri)

BATU RAKIT (Mengabang Bakong)
Tarikh:7hb November 2011.
Masa: 8.00 pagi.
Oleh: Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit.
Turut hadir: YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd.
Lembu Korban: 2 ekor.


Pertugas sedang melapah lembu sebelum dipotong dagingnya untuk diagihkan.

Lembu-lembu yang telah disembelih menunggu untuk dilapah.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, November 7, 2011

Gotong-royong JKKK Panchur Sejuk

Penduduk Panchur Sejuk terus menebas semak walaupun hujan turun pada Gotong-royong Perdana yang dijalankan disekitar kampung tersebut.


BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) 4/11/2011- Walaupun hujan turun dengan lebat,namun ianya bukan penghalang untuk JKKK Panchur Sejuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang. Hampir 50 orang para penduduk Panchur Sejuk telah keluar bersama-sama untuk menjayakan program gotong-royong perdana membersihkan alur sungai dan juga kawasan-kawasan sekitar.



Para penduduk Panchur Sejuk merakam kenangan sebelum meneruskan kerja-kerja gotong royong.

Jentolak digunakan untuk membersihkan alur sungai agar dapat melancarkan lagi sistem perjalanan air.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Chempaka..(Program Jom ke Masjid)

Para jemaah mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Habibi selepas mengimankan solat isyak pada Program Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Chempaka.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 3hb November 2011- Hampir 200 orang telah bersama-sama hadir pada Kuliah Maghrib yang dianjurkan oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit di Masjid Bukit Chempaka hari ini.Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Penceramah dari Yayasan Islam Terengganu Ustaz Habibi Hamzah ini merupakan program agama pertama yang dianjurkan oleh Pemuda Batu Rakit.

YB Haji Khazan bersalaman dengan para jemaah selepas selesai solat isyak.

Menurut Setiausaha Penyelaras Pergerakkan Pemuda Encik Nazri Mamat,tujuan utama program ini ialah untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid terutama dikalangan para pemuda."Program Jom Ke Masjid adalah salah satu cara yang terbaik untuk kita melihat sejauh mana sambutan yang diberikan oleh para pemuda dalam mendekatkan diri dengan masjid" kata beliau.

Sedang mendengar kuliah yang disampaikan.

Beliau turut mamaklumkan bahawa kuliah seperti ini akan terus diadakan nanti apabila meliaht sambutan yang cukup menggalakan ditunjukkan oleh pemuda di Masjid Bukit Chempaka."Dengan ini terbukti bahawa orang muda masih lagi berminat untuk hadir ke masjid,cuma kita perlukan sedikit usaha untuk menarik mereka"tambah beliau lagi.

Ustaz Habibi Hamzah dari Yayasan Islam Terengganu.

Program yang bermula selepas solat isyak ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit,Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan juga para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

SESUATU KEPUTUSAN ADALAH TAKDIR...AP Setiu

Qurban 2011 011
BERUCAP - Dato Mohd Jidin sedang menyatakan sesuatu
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 05 November 2011 – Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah melancarkan prorgam Jentera Simulasi Pilihanraya DUN Batu Rakit bertempat di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini baru-baru ini. Turut hadir sama Ketua Penerangan Bahagian Dato Haji Abd Rahman Mat Yasin, Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Rosnari Awang Ngah, Pengerusi Polling Agent dan Counting Agent Bahagian, Haji Mohd Zaki Muda, Pengerusi Pengangkutan Bahagian, Abdullah Mat Amin, Pengerusi Pengundi Luar Bahagian Mohamad Abdullah, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin dan Setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit, Nazri Mamat.

berita penuh