Sunday, May 30, 2010

BIDONG DIBEDIL 15 RIBU DAS?

Oleh : Mohamad Abdullah

Imej735
TEMBAK - 20 penembak sedang menembak sasaran di bawah kawalan anggota PDRM

BATU RAKIT, Ahad 30 Mei – Seramai 3,000 orang penembak telah menjalani ujian menembak di Lapang Sasar PDRM, Bukit Bidong, Mukim Merang, Setiu pada 29 Mei 2010.

berita penuh

JKKK BERSAMA MASYARAKAT

Oleh : Mohamad Abdullah
Foto : Zaidi Awang, S/usaha JKKK Tanjong

DSCN1945
GOTONG ROYONG - masyarakat tempatan membersih semak samun.
SETIU, Sabtu, 29 Mei 2010 – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjong, dekat sini, pada setiap pagi minggu (Jumaat) telah mengadakan aktiviti bersama masyarakat setempat khususnya dalam program membersih kawasan persekitaran kampung.

berita penuh

Wednesday, May 26, 2010

JKM MASUK KAMPUNG... Majlis Penyampaian bantuan bulanan.

Penerima-penerima bantuan bulanan sedang mendengar taklimat program

BATU RAKIT- 25HB MEI 2010 (Padang Kemunting) Seramai 150 orang penerima bantuan bulanan JKM telah menerima bantuan bulanan yang telah disampaikan oleh isteri kepada Adun Batu Rakit iaitu Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh dalam program JKM Masuk Kampung anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu di Kampung Padang Kemunting hari ini.Sebanyak 4 buah kampung telah terlibat dalam program ini iaitu Padang Kemunting,Gelong Gajah,Pancur Kuin dan Tanjung Kedepan.

Timbalan Pegawai JKM Encik Zainal Omar menyampaikan taklimat

Menurut Timbalan Pegawai JKM Daerah Kuala Terengganu Encik Zainal Omar,program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan antara pegawai jabatan dengan penerima-penerima bantuan bulanan disamping menyampaikan pelbagai maklumat terkini dari pihak jabatan.Juga untuk mendengar sendiri keluhan dan luahan hati dari pihak penerima bantuan.Dalam ucapan beliau juga banyak menyentuh tentang pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh pihak JKM.Beliu juga menyarankan agar pihak-pihak yang memerlukan bantuan dari JKM agar memohon melalui JKKK setempat.Ianya akan memudahkan proses pemilihan,tambahnya lagi.Antara bantuan yang disediakan oleh pihak JKM ialah bantuan cermin mata(RM200),bantuan menjaga orang sakit(RM300),diserang binatang buas(sehingga RM2000),kemasukan ke IPT(RM400),bantuan alat sokongan bagi orang tua,bantuan baiki rumah,untuk OKU yang tidak boleh berkerja dan pelbagai lagi.Beliau juga berharap agar pihak JKKK dapat memberikan kerjasama yang baik dalam membantu pemohon-pemohon mengemukakan pemohonan.Biarlah mereka yang betul-betul layak saja dapat menerima bantuan dari JKM.. ujurnya lagi.

Pegawai khas Adun Batu Rakit Ustaz Haji Kamarudin Mohamad sedang berucap

Hajjah Nik Aini, Encik Zainal Omar (tengah) dan Haji Kamarudin Mohamad sedang berbincang sesuatu sebelum majlis penyampaian bermula.

Dalam ucapan Pegawai Khas Adun Batu Rakit yang mewakili YB Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,beliau memohon agar penerima-penerima bantuan ini bersyukur atas apa yang mereka terima dan tidah mudah mendengar cerita-cerita yang memburukkan YB Adun. Beliau juga meminta agar semua yang hadir agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada YB Dun Batu Rakit.Beliau turut menyampaikan salam takzim dari YB Dun Batu Rakit Haji Khazan Che Mat,kerana tidak dapat hadir pada majlis ini bagi mewakili Menteri Besar ke mesyuarat di Kuala Lumpur.Beliau berharap agar bantuan yang diberi dapat digunakan sebaik mungkin.

Puan Hajjah Nik Aini (kanan) menghulur sampul bantuan pada penerima.

Majlis yang bermula pada pukul 10 pagi di perkarangan rumah Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Gelong Gajah Encik Aziz Ismail,ketua penyelia APMT Dun Batu Rakit Hajjah Wan Maznah Wan Nong, pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pembantu-pembantu APMT Dun Batu Rakit.

Pembantu APMT Dun Batu Rakit bersedia menagihkan makanan

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, May 25, 2010

JKKK DEKATI PESAKIT

Oleh : Mohamad Abdullah
Foto : Ihsan JKKK Mengabang Panjang

DSC00365
TERIMA - sumbangan hamper bersama wang tunai diserahkan kepada Puan Meriam Yahya (pesakit kencing manis) diperhatikan oleh Pengerusi JKKK Mengabang Panjang, Encik Mohd Arshad Haji Ibrahim (baju gelap).

BATU RAKIT, Selasa, 25 Mei - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mengabang Panjang melalui program Cakna Masyarakat, baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah pesakit di kampung berkenaan.

berita penuh

Friday, May 21, 2010

INFO BESTARI BERJAYA !!!

oleh : Mohamad Abdullah

Imej715[1]
TEKUN - para peserta tekun mendengar ceramah "Info Bestari"
 BATU RAKIT, Jumaat 21 Mei 2010 – Program penerangan “Info Bestari” anjuran Komuniti Bestari Wakaf Chagak dekat sini telah berjaya menarik berbagai peringkat umur hadir di Dewan Bestari Wakaf Chagak hari ini.

berita penuh

Thursday, May 20, 2010

Tanjung...Pantai...Bersatu Hati membersih tanah perkuburan

Terang dan bersih
BATU RAKIT-21hb Mei 2010 Seramai 30 orang pemuda kampung Tanjung dan Pantai telah bersatu bersama menjayakan gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kampung Pantai Batu Rakit. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini turut melibatkan jawatankuasa JKKK bagi kedua-dua kampung.

TEKUN-sedang memotong rumput

BANTU MEMBANTU-bersama menebas pokok-pokok kecil
Berehat-melepaskan penat sebentar
PENAT-berehat selepas gotong-royong


Cerita dan gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Mesra Wanita...Skuad Sayang Wanita UMNO


Kenangan- mereka yang terlibat dalam program Mesra Wanita bergambar bersama.
BATU RAKIT-20hb Mei 2010. Selepas program pertama di PDK Batu Rakit,Skuad Sayang Wanita UMNO Dun Batu Rakit yang diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu Hajjah Wan Maznah Wan Nong telah meneruskan lagi khidmat kemasyarakatannya dengan membelah Laut China Selatan menuju ke Pulau Redang.Bersama dengan isteri YB Adun Batu Rakit Hajjah Puan Nik Aini binti Nik Soh,Pegawai Khas Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohamed dan pembantu-pembantu APMT Dun, kami bertolak dari jeti Merang pada pukul 10 pagi. Dengan keadaan laut yang tenang,ianya memudahkan lagi perjalanan kami selama 30 minit menaiki bot.

Menaiki bot menuju Pulau Redang

Sampai dijeti Pulau Redang kami telah disambut oleh Pengerusi JKKK Haji Lading bin Awang, Ketua Wanita UMNO cawangan Puan Ramlah Omar dan jawatankuasanya serta jawatankuasa JKKK dan Pemuda.Setelah itu kami dibawa ke Balairaya Kampung Baru Pulau Redang untuk diberi taklimat tentang tujuan program ini.
Tiba-Disambut oleh Jawatankuasa JKKK Pulau Redang
Dalam ucapan alu-aluan dari pengerusi jkkk,beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada Puan Hajjah Nik Aini kerana sudi datang ke Pulau Redang untuk bermesra dengan wanita cawangan dan penduduk kampung.Baginya walaupun YB Ustaz Haji Khazan tidak dapat hadir tetapi diwakili oleh isterinya, itu sudah cukup mengembirakan penduduk kampung."Terasa seperti Ustaz sendiri yang hadir",katanya lagi.

Pengerusi jkkk (berkopiah ) menyampaikan ucapan aluan

Bagi Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu pula, beliau akan sentiasa memberi perhatian kepada wanita cawangan Pulau Redang. Walaupun ianya terletak jauh dari daratan tetapi ianya tidak akan dipinggirkan.Pelbagai program telah dirancang untuk bersama-sama memberi kejayaan kepada wanita cawangan serta menguatkan lagi jentera pilihanraya bagi peti undi Pulau Redang. Beliau juga berharap agar wanita UMNO cawangan agar sentiasa komitmen terhadap parti dan terus bersatu hati dalam menuju kejayaan.

Hajjah Wan Maznah memberi taklimat

Puan Hajjah Nik Aini menyampaikan ucapan
Sebelum majlis penyampaian hamper kepada warga emas dan mereka yang uzur bermula,Puan Hajjah Nik Aini terlebih dahulu menyampaikan salam dari Ustaz Haji Khazan kerana tidak dapat bersama-sama menjayakan program ini.Beliu juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada pengerusi jkkk,ketua wanita dan jawatankuasanya dan mereka-mereka yang terlibat menjayakan program ini.Selepas taklimat dan sedikit ucapan berakhir, kami pun terus memulakan program ini dengan mengunjungi rumah warga emas dan mereka-mereka yang uzur.Seramai 20 orang telah menerima sumbangan dari Puan Hajjah Nik Aini.

Mesra dan Ramah

Gembira- Warga emas bersyukur menerima sumbangan
Beliau juga sempat beramah mesra dengan penerima-penerima sumbangan dengan bertanya khabar dan menyampaikan salam dari pihak YB Ustaz Haji Khazan Che Mat.Beliau juga berharap, dengan sedikit sumbangan yang dihulur dapat meringankan beban bagi penerima.

Puan Hajjah Nik Aini (Baju Putih)-Menghulur sumbangan sambil beramah mersa
Selepas selesai majlis itu, kami dibawa ke sebuah warung untuk menjamu selera dan seterusnya menaiki bot untuk pulang ke jeti Merang.Bagi Pegawai Khas Adun Batu Rakit,walaupun majlis ini tidak sampai sehari tapi ianya penuh bermakna dan akan terus menghulurkan bantuan kepada penduduk Pulau Redang.Semoga program-program seumpama ini dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa..ujurnya lagi.

Bersama menjamu selera







Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI



berita penuh

Wednesday, May 19, 2010

BUKIT AGU...PERTANDINGAN WAU TERTUTUP.

Oleh: Mazlan Mustafa

Peserta pertandingan bergambar kenangan


BATU RAKIT-Seramai 42 orang telah menyertai pertandingan wau yang di anjurkan oleh JKKK Bukit Agu pada 14hb Mei 2010.Kebanyakan reka bentuk wau yang dipertandingkan
adalah sari bulan.Walaupun dalam cuaca yang panas, ianya tidak menghalang 100 orang
penonton hadir untuk menyaksikan pertandingan ini.Menurut Pengerusi JKKK Bukit Agu Mohamad Shaari bin Salleh, pertandingan ini bertujuan menarik minat generasi baru agar lebih mengenali permainan tradisional yang pernah dimainkan oleh orang-orang tua dahulu dan semoga ianya tidak pupus ditelan zaman.Pertandingan ini berjaya menarik peserta kawasan Bukit Agu dan sekitarnya.Seorang peserta wanita iaitu Puan Azizah Jusoh telah berjaya menjadi naib juara pertandingan ini.Tempat pertama dan ketiga telah dimenangi oleh Mohd Hafiz Shafie dan Mohd Hisham Ali.













Urusetia mengukur ketinggian wau peserta
Cerita dan Gambar oleh: Sazali Yusuf
SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, May 16, 2010

RELA BERSAMA MASYARAKAT

Oleh : MOHAMAD ABDULLAH
BERGAMBAR bersama YB Dato' Hj Mohd Jidin Shafee (nombor 3 dari kiri)


BATU RAKIT -Ahad 16 Mei - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Mukim Batu Rakit sentiasa menjalin kerjasama dengan badan-badan NGO apabila diminta oleh pihak-pihak yang berkaitan.

berita penuh

Friday, May 14, 2010

Nasi Air...Bersila Bersama Pemimpin

Kerjasama-bersama-sama mengancau bubur nasi

BATU RAKIT-14hb Mei 2010 Hampir seluruh penduduk kampung Pantai Batu Rakit hari ini telah keluar beramai-ramai bagi memeriahkan program Makan

Tidak sempat duduk- kaum Tionghua turut bersama makan bubur nasi

Bubur Nasi Air yang diadakan diPerkarangan Kelab Belia Tenaga Remaja (KBTR).Program yang bertujuan mengeratkan sikap perpaduan, bantu membantu ini juga mendapat perhatian dari pemimpin-pemimpin setempat dan juga kaum Tionghua yang pernah menginap dikampung itu.

Jamu selera- anggota keselamatan turut serta

Turut serta-Pengerusi JKKK Padang Polis (berkopiah) mencedok bubur

Bersila- kanak-kanak menikmati hidangan

Selara- YB Khazan sedang menikmati makanan bersama penduduk

Mesra- YB Khazan sempat bergurau sambil mencedok bubur

Program ini bermula selepas solat jumaat dengan memasak bubur nasi dan lauk pauk yang dibuat secara gotong royong antara mereka.Selepas hidangan disediakan maka bermulalah kemeriahan program ini dengan kehadiran para penduduk yang mahu menikmati bubur nasi air.

Bersama- Kaum Cina bersama menjayakan program

YB Ustaz Hj.Khazan Che Mat (Adun Batu Rakit),Syed Annuar Syed Mohammad (Timbalan Perisden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung), Haji Kamarudin Mohamed (PA.Adu Batu Rakit), Hajjah Wan Maznah (Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit), Pengerusi- pengerusi JKKK dan anggota-anggota keselamatan turut hadir memeriahkan program ini.

Hadir-Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (baju kuning)

Menurut Encik Haron Abdullah selaku ketua program ini, tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan kembali silaturahim sesama penduduk. Dan perbelanjaan untuk program ini juga disumbang oleh para penduduk sendiri..tambahnya lagi.


Tidak lepaskan peluang- orang ramai bersama untuk merasai keenakan bubur nasi


Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, May 9, 2010

OKU......Masih ada yang Sayang....

Bersama- Ajk PDK dan peserta program bergambar kenangan

BATU RAKIT- 9HB MEI 2010. Kasihnya ibu membawa ke syurga....kasihnya ayah berkorban jiwa.... ungkapan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Biduanita Sharifah Aini inilah yang dapat dilihat diPusat Harian Kanak-Kanak Istimewa(PDK BATU RAKIT) sempena lawatan program Masih Ada Yang Sayang anjuran Wanita UMNO Dun(Skuad Sayang) dan APMT Dun Batu Rakit.

Taklimat- Tuan Hj. Razak sedang memberi penerangan

Betapa anak-anak mereka tidak seperti yang sempurna tetapi kasih sayang tetap tidak berbelah bagi dan dijaga dengan sebaik mungkin. Ibu dan ayah anak-anak istimewa ini sendiri sanggup menjadi sukarelawan diPDK demi melihat anak-anak mereka terus dibelai dan dimanja.Program yang turut disertai oleh isteri YB Ustaz Haji Khazan iaitu Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh ini bertujuan mendekatkan masyarakat kita hari ini dengan mereka yang kurang upaya.

Tumpu- Isteri YB, Ketua APMT dan P.A Dun mendengar taklimat

Menurut Pengerusi PDK Batu Rakit Tuan Haji Razak Mat Amin, PDK ini telah ditubuhkan pada 1984 hasil kajian keatas Profile Orang Kurang Upaya yang terdapat diBatu Rakit.Ianya juga merupakan projek perintis PDK Malaysia yang telah mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terngganu dan telah mendapat keputusan mesyuarat kumpulan pakar anjuran World Health Organisation(WHO) di Manila.

Serius-kanak-kanak PDK tekun belajar

Tambahnya lagi,PDK ini juga memupuk nilai-nilai bersama(5K) iaitu kasih sayang, kerja berpasukan, kejujuran, keluhuran jiwa dan keperibadian mulia (akhlak) dalam membentuk mereka yang kurang upaya.
Beliau juga berharap agar PDK Batu Rakit ini menjadi yang utama dalam pilihan orang kurang upaya.
Terdapat seramai 40 orang kanak-kanak kurang upaya telah menjadi pelajar diPDK Batu Rakit. Mereka juga diberi pelbagai latihan seperti aktiviti kemahiran diri, latihan prasekolah, kraftangan,rawatan fisioterapi dan latihan kerja.

Ceria- menceriakan program dengan persembahan tarian

Pada program ini yang turut disertai oleh P.A Dun iaitu Ustaz Haji Kamaruddin Mohamad dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Encik Mohammad Fauzi Fatah, isteri YB turut menyampaikan cenderahati kepada para pelajar. Sumbangan yang diberi telah menceriakan lagi kanak-kanak ini.

Bermesra- mendekati kanak-kanak oku dengan mesra

Bagi Ketua APMT Dun Batu Rakit dan juga selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah, semoga program ini dapat memberi kesan yang mendalam bagaimana cara dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kurang upaya.Semoga sikap prihatin dan cakna masyarakat terhadap orang-orang kurang upaya ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan ini dengan lebih sempurna.

Oleh: Mazlan Mustafa
SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, May 4, 2010

LAWATAN MUHIBBAH IMAM/BILAL DAN WHISTLE BLOWER 2010

YB Ustaz Haji Khazan Che Mat sedang berucap

BATU RAKIT- Seramai 28 orang dalam Dun Batu Rakit telah dipilih menyertai program lawatan Muhibbah Imam/Bilal dan Whistle Blower ke Kuala Lumpur dan Putrajaya.YB.Ustaz Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap ADUN Batu Rakit telah telah merasmikan program ini yang diadakan di Hotel Brisdale.

Urusetia program sedang menjalankan tugas

Menurut Penolong Pengarah APMT negeri Encik Mohd Fauzi Muda yang bertindak selaku Pengerusi Urusetia lawatan, objetif utama program ini adalah untuk mendedahkan pembangunan dan kemajuan yang telah dibina disekitar ibu negara,menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang dibina oleh sekelompok pihak masjid bagi menjana pendapatan untuk membangunkan lagi kemajuan dan kemudahan pasarana masjid.
Semoga berjayanya program ini,dapat memberikan satu tujuan bagi hasrat kerajaan negeri dalam merakyatkan pentadbiran.Beliu juga mengharapkan para peserta dapat bertukar-tukar pendapat antara mereka demi kemajuan islam.

Mantan Iman Masjid Putra,Putrajaya menyampaikan ceramah.

Kolonel (B) DR.Shamsudin Moner bersemangat menyampaikan ceramah

Ustaz Mohd Zhunul menyampaikan ucapan

Antara pengisian ceramah dalam lawatan ini ialah Doa-doa dalam Al Quran oleh Ustaz Haji Ahmad Rosli bin Haji Ahmad Mokhtar (Mantan Imam Masjid Putra,Putrajaya), Survival Umat Islam oleh Kolonel(B) DR. Shamsudin Moner (Pengurus Kanan Yayasan Dakwah Islamiah), Gerakan Islam Liberal oleh Ustaz Mohammad Zhunul Osman bin Abd.Rahim (Penolong Pengarah Penyelidikan Biro Tata Negara)

Peserta khusyuk sedang medengar ceramah

Turut bersama menyanyikan lagu Negaraku

Dalam dewan Biro Tata Negara

Para peserta juga telah dibawa menaiki LRT iaitu salah satu sistem pengangkutan awan yang terdapat di Kuala Lumpur untuk melihat keindahan dan kepesatan pembangunannya.Kesempatan mengunjungi Masjid Putrajaya dan solat zohor di Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) menjadikan program lawatan ini lebih bermakna.

Rombongan bergambar dihadapan Masjid Putrajaya

Rombongan ini juga telah dibawa melawat ke Muzium Negara dan FRIM Kepong. Di FRIM, peserta telah diberi penerangan tentang cara-cara membuat air cincau. Ianya telah diusahakan oleh jawatankuasa Masjid Jamek FRIM.

Pegawai APMT Negeri bergambar kenangan dalam Muzium Negara

Peserta diberi taklimat oleh Pengerusi Masjid

Lawatan selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 27 hingga 29hb April 2010 dan merupakan sesi terakhair yang dianjurkan sepenuhnya oleh APMT Negeri Terengganu. Turut serta pada sesi ini ialah Dun Langkap, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal.

Oleh: Mazlan Mustafa

SETIU HARI INI


berita penuh