Friday, September 23, 2011

Jalinan Mesra pelajar MSU bersama JKKK Panchur Sejuk..

Pelajar MSU dan JKKK Panchur Sejuk serta penduduk kampung merakam kenangan bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd dan wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.

BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) 23hb September 2011- Seramai 42 orang yang terdiri dari 37 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar dari Management Scince University (MSU) telah singgah di Kampung Pancur Sejuk untuk mengadakan program khidmat sosial pelajar.Program yang dinamakan Jalinan Mesra bersama JKKK Panchur Sejuk ini adalah persinggahan pelajar MSU sebelum pulang ke kampus mereka di Seksyen 13 Shah Alam Selangor.

Cik Suhaila Ketua Program Jalinan Mesra MSU (kiri) menerima cenderahati dari Haji Kamaruddin (tengah) sambil disaksikan oleh Pengerusi JKKK Panchur Sejuk Azmi Seman.

Pelbagai acara telah disediakan oleh pihak JKKK dan MSU bagi memenuhi program Jalinan Mesra ini.Antaranya ialah permainan congkak,perlawanan persahabatan bolasepak 7 sebelah berkaki ayam,permainan wau,pertandingan mewarna untuk pelajar sekolah rendah,gotong-royong dan juga sumbangan duit raya untuk fakir miskin,anak-anak yatim,OKU dan juga warga emas.

Cik Suhaila menyampaikan sumbangan kepada anak yatim (kiri).

Dalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Pengarah Program Cik Suhaila dari MSU,beliau amat berterima kasih diatas kesudian pihak JKKK Panchur Sejuk memberikan kerjasama bagi menjayakan program khidmat sosial pelajar MSU. Ucapan terima kasih juga beliau hulurkan kepada semua yang terlibat menjayakan program Jalinan Mesra dengan harapan agar semua para pelajar mendapat pengalaman yang sangat berharga untuk dijadikan ilmu. Beliau turut memaklumkan bahawa persinggahan untuk program ini adalah sinambungan daripada program di Pulau Perhentian."Ianya merupakan singgahan untuk perjalanan pulang kami ke kampus yang terletak di Sekyen 13 Shah Alam Selangor" kata beliau.

Pengerusi JKKK Encik Azmi Seman (kiri) menerima sumbangan daripada Cik Suhaila.

Sementara itu dalam ucapan perasmian penutup oleh wakil Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd pula,beliau terlebih dahalu menyampaikan salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat bersama. Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Dun Batu Rakit sentiasa mengalu-alukan program yang dijalankan oleh pihak IPTA atau IPTS. Kerjasama yang sebaik mungkin akan sentiasa diberi untuk pelajar-pelajar IPTA atau IPTS mengadakan program di Dun Batu Rakit. Menurut beliau lagi,banyak pihak dikalangan IPTA atau IPTS yang mengadakan program di Terengganu kini memilih Batu Rakit sebagai distinasi mereka.

Sebahagian para penduduk yang hadir memeriahkan Program Jalinan Mesra MSU.

Pelajar MSU (berbaju merah) sedang bermain congkak bersama penduduk kampung.

Pasukan bolasepak MSU (berbaju merah) dan pasukan Kampung Panchur Sejuk bergambar kenangan sebelum perlawanan persahabatan dimulakan.

Para pemain mempamer aksi masing-masing.


Cerita dan Gamabr: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment