Tuesday, September 27, 2011

Majlis Hari Raya JKKK Padang Kemunting.

Kanak-kanak mencium tangan YB Haji Khazan Che Mat untuk mendapatkan duit raya sempena Majlis Hari Raya JKKK Padang Kemunting.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 27hb September 2011- Hujan dan ribut serta kilat yang turun hari ini bermula jam 8.00 malam,bukan penghalang untuk para penduduk Kampung Padang Kemunting hadir memeriahkan Majlis Hari Raya JKKK Padang Kemunting diperkarangan rumah Pengerusi JKKK Haji Zakaria Abd.Rahman.Kunjungan hampir 300 orang para tetamu cukup untuk memeriahkan majlis hari raya yang terakhir di Dun Batu Rakit ini.

Haji Nasir Mohd Noor salah seorang kontraktor di Padang Kemunting turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku ADUN Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri,ASP Tuan Rosli,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman,Pengerusi-pengerusi JKKK Dun.Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun dan Jaatankuasa,anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit.

ASP Tuan Asri (kiri) menerima hadiah daripada YB Haji Khazan.

Bagi menarik para penduduk hadir memeriahkan majlis hari raya ini,pertunjukkan bunga api turut diadakan. Pertandingan pakaian raya sedondong dan ahli keluarga paling ramai datang ke majlis ini juga turut diberikan hadiah.Kanak-kanak juga turut menerima duit raya dari YB Haji Khazan serta Haji Nasir Mohd Noor. Pelbagai juadah turut dihidangkan kepada para tetamu. Majlis ini telah berakhir pada jam 11.00 malam.

Ketua keluarga yang palaing ramai datang beraya di Majlis Hari Raya JKKK Padang Kemunting menerima hadiah daripada YB Haji Khazan.

Tetamu yang datang sedang mengambil juadah hari raya untuk dinikmati.

Tetamu yang hadir sedang menikmati juadah hari raya.

Pertunjukkan bunga api juga diadakan pada majlis ini.

Satu keluarga sama warna sedang menikmati hidangan.

Dari kiri ke kanan: Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar,Ambak Ismail, Zakri Zainon dan YB Haji Khazan Che Mat.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment