Saturday, September 10, 2011

Majlis Jamuan Hari Raya JKKK Pantai Batu Rakit..

Jawatankuasa JKKK Pantai Batu Rakit bersama para pertugas bergambar kenangan selepas selesai Majlis Jamuan Hari Raya.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 9hb Ogos 2011- Bertempat di Taman Reakrasi Pantai Batu Rakit satu Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan oleh JKKK Pantai Batu Rakit hari ini. Majlis yang dihadiri oleh hampir seluruh penduduk kampung Pantai ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Setiu Dato' Haji Mohd Jidin Shafie dan isteri. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Penduduk kampung tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan harti raya JKKK Pantai Batu Rakit.

Dengan hidangan tradisi seperti tapai pulut,ketupat palas dan serunding,bihun goreng dan juga nasi dagang, ianya berjaya menarik hampir 300 orang para penduduk dan jemputan hadir pada majlis ini. Kemeriahan majlis ini juga terasa dengan kehadiran kanak-kanak yang sentiasa mengambil peluang pada majlis hari raya.

Kanak-kanak turut bersama memeriahkan majlis sambutan hari raya.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh anggota APMT Dun,anggota-anggota Balai Polis Batu Rakit dan juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu. Alunan lagu-lagu raya dan suasana yang damai berhampiran pantai dapat menambahkan lagi kemeriahan majlis ini.

Jajarkan ke KiriPengerusi JKKK Pantai (berbaju melayu gelap) melayan para tetamu yang hadir.

Menurut salah seorang AJK JKKK Pantai Encik Ismail Othman,program jamuan hari raya pada tahun ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya. Ini kerana dengan sistem kerja yang dijalankan oleh Ajk dengan menghantar surat undangan dari rumah-rumah dapat memberikan rasa perhargaan penduduk kepada JKKK. "Semoga kejayaan majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan dengan lebih meriah dan mesra" tambah beliau lagi.

Sebahagian mereka yang hadir Jamuan Hari Raya JKKK Pantai Batu Rakit.

Barisan Pemuda yang ditugaskan mengagih ais krim untuk kanak-kanak.

Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul (berbaju biru) hadir memeriahkan majlis.

Dato' Haji Mohd Jidin Shafie (kiri) turut bersama memeriahkan Jamuan Hari Raya JKKK Pantai Batu Rakit.

Wakil Balai Polis Batu Rakit (berbaju belang),Ketua Penerangan Umno Bahagian Setiu (berbaju kuning) dan Penyelia APMT Dun (berbaju merah) turut hadir.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment