Saturday, June 11, 2011

Asrama Darul Akhyar beroperasi..

Para pelajar Asrama Akhyar bergambar bersama Penyelia Asrama Ustaz Mohd Razaki Yusuf (berbaju hijau berbelang) dan para staff Asrama.

BATU RAKIT (TANJUNG) 11hb Jun 2011- Seramai 101 orang pelajar dari seluruh Daerah Negeri Terengganu kecuali Besut telah mendaftar di Asrama Darul Akhyar yang mula mengambil para anak yatim dan juga fakir miskin. Asrama yang dibawah jagaan pihak MAIDAM sepenuhnya itu telah memulakan pendaftaran para pelajar seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Menurut Penyelia Asrama tersebut Ustaz Mohd Razaki Yusof (gambar kecil) asrama ini telah mengambil para pelajar bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4.
Kesemua para pelajar tersebut telah ditukarkan ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor. Segala masaallah tentang pertukaran para pelajar telah dilakukan oleh pihak MAIDAM. Seramai 57 orang para pelajar perempuan dan 44 pelajar lelaki telah diambil untuk menjadi perlajar pertama yang mengisi asrama ini. Mereka semua adalah para anak yatim dan juga segelintir dari fakir miskin. "Asrama yang terletak di Kampung Mengabang Kapal Tanjung Batu Rakit ini juga akan menambah para pelajarnya dimasa akan datang" tambah Ustaz Razaki lagi. Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Razaki kepada ibubapa para pelajar, beliau berharap agar semua para ibubapa sentiasa memberikan komitmen atas apa yang dilakukan oleh pihak MAIDAM demi kebaikkan semua para pelajar. Beliau juga turut memaklumkan bahawa pihak MAIDAM juga akan berusaha menambah segala pasarana bagi menjadikan Asrama Akhyar ini Pusat Pengajian Kebajikan Anak Yatim yang terbaik.

Papan tanda Asrama

Beliau juga turut mengharapkan agar para pelajar sentiasa menjaga dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak pengurusan asrama. "Disiplin dan sentiasa berusaha untuk menjamin kejayaan dimasa hadapan hendaklah sentiasa diterapkan didalam jiwa"kata beliau lagi. Majlis pendaftaran para pelajar ini turut disertai oleh para ibubapa pelajar dan diadakan sebanyak 3 sesi. Bagi Dun Batu Rakit pula seramai 20 orang pelajar telah diambil untuk diserapkan ke asrama ini. Mereka juga terdiri daripada anak-anak yatim dan juga fakir miskin.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment