Monday, September 19, 2011

NEGARA MAKMUR .. RAKYAT SUBUR

Raya PPK Maras 035
ZAKAT PERNIAGAAN - Haji Abdullah Mohd (AJP) terima cek perniagaan NAFAS dari EXCO
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 19 September 2011 – “Negara kita Malaysia boleh dikatakan makmur dengan kekayaan yang telah dianugerahkan oleh Allah. Begitu juga negeri Terengganu pun dapat kita lihat kian hari kian banyak kita dapat nikmati berbagai kemakmuran yang ada,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Ustaz Haji Khazan Che Mat.

Raya PPK Maras 032
BERUCAP - Ustaz Hj Khazan Che Mat sedang memberi ucapan
      Beliau berucap ketika turut hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri dekat sini sempena majlis Perjumpaan Raya bersama ahli-ahli peladang. Majlis telah dikelolakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit pada petang tadi. 
Raya PPK Maras 029
SEMBANG - Pengeusi Jemaah Pengarah (kiri sekali) bersama tetamu khas.
      “Apa tidaknya, pada tahun ini saja boleh dikatakan setiap hari ada saja pihak tertentu menganjurkan majlis sambutan hari raya adilfitri ataupun rumah terbuka,” tambahnya lagi. “Bukan saja kita di peringkat kepimpinan bahkan orang-orang perseorangan pun telah dapat mengadakan majlis seperti petang ini.”
Raya PPK Maras 042
MENJAMU SELERA - tetamu sedang menikmati hidangan
      Cuba kita lihat jiran kita Indonesia, walaupun negaranya luas dengan kesuburan tanahnya, tapi hasil mahsulnya tidak seberapa jika dibandingkan dengan pendapatan dari hasil tani di negara kita. Ini semua adalah keberkatan kepimpinan negara kita selama ini dalam membangunkan bidang pertanian dengan kecanggihan peralatan dan hasil kajian pakar-pakar di bidang berkenaan.
Raya PPK Maras 043
MEMILIH HIDANGAN - sebahagian ahli peladang berkerumun meja jamuan
      Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LLP) Negeri, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Pengerusi-Pengerusi JKKK, Ketua-Ketua Unit Peladang Kawasan, wakil-wakil Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta 600 orang ahli-ahli peladang kawasan.

No comments:

Post a Comment