Saturday, December 10, 2011

Khatan Beramai-ramai Dapat Sokongan Ahli Parlimen Setiu.

foto0308_001
Oleh : Mohamad Abdullah

foto0300
Sapian Haji Dabbal
BATU RAKIT – Komuniti 1Malaysia (K1M) Wakaf Chagak telah berjaya mengadakan program Khatan Beramai-ramai 8 tahun berturut-turut sempena cuti akhir penggal persekolahan. Program ini diadakan setiap tahun dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia Terengganu. Majlis berkhatan bertempat di Dewan Bestari Wakaf Chagak hari ini dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian Haji Dabbal.

foto0318
AP Setiu bersalaman dgn P.JKKK Gong Lingai
          Setiausaha K1M Wakaf Chagak, Encik Adnam Mansor berkata, “kali ini semua peserta (kanak-kanak) tidak dikenakan sebarang bentuk bayaran berbeza pada tahun-tahun sebelum ini. Ibu bapa mereka hanya diminta menyumbang sebiji nasi semangat (pulut kuning) bersama telur sebagai sokongan mereka dalam menjayakan program kali ini.” Majlis telah dihadiri Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin, Ketua Penyelia APMT, Haji Md Ali Abdullah dan pengerusi-pengerusi JKKK berdekatan.
foto0320
Ahli Parlimen Setiu meninjau bilik khatan
          Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyumbang RM50.00 seorang bagi menampung kos khatan dan ubat. Selain itu, beliau telah menghadiahkan sehelai kain sarung pelikat kepada setiap kanak-kanak yang menyertai  Kali ini seramai 20 orang kanak-kanak telah menyertai program tersebut. Seramai 6 orang juru khatan diketuai oleh Haji Adnan Haji Yusof telah mengambil masa hingga jam 3.00 petang.
foto0317          Pihak K1M Wakaf Chagak, sebagaimana biasa, telah menyediakan sarapan pagi dan jamuan tengahari kepada tetamu undangan, ibu bapa, kanak-kanak (peserta khatan) dan adik-beradik mereka yang turut hadir. Pihak urusetia khatan bercadang pada tahun depan (2012) majlis akan diadakan dalam bulan November.
foto0312

No comments:

Post a Comment