Wednesday, August 31, 2011

7,000 'serbu' rumah YB Haji Khazan..

YB Haji Khazan masih sempat bergelak ketawa dan bergurau senda dengan salah seorang tetamu ketika bersalaman.

BATU RAKIT -31hb Ogos 2011 Hampir 7,000 para penduduk dari setiap lapisan masyarakat telah 'menyerbu' Rumah Terbuka YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga merangkap ADUN Batu Rakit hari ini. Majlis yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini telah berakhir pada jam 5.00 petang. Walaupun kehadiran pada tahun ini melebihi dari tahun lepas,namun ianya telah jangkakan dan makanan yang disediakan telah mencukupi.

Puan Hajah Nik Aini menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Pelbagai lapisan para pemimpin dan kaum turut bersama memeriahkan sambutan rumah terbuka pada kali ini baik dari dalam Dun Batu Rakit ataupun luar Dun. Kanak-kanak merupakan insan yang tidak akan melepaskan peluang untuk beraya kerana akan mendapat duit raya.Pelbagai juadah tradisi juga turut dihidangkan seperti lemang,ketupat palas,satey, nasi himpit dan juga tapai. Menu utama pada majlis ini ialah nasi minyak dan juga nasi putih.

Turut melayan para tetamu mengambil juadah sambil bergurau senda.

Sebuah keluarga turut mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan dan isteri.

Kaum Cina turut bersama hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka.

Para penduduk Pulau Redang tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan.

Iman dari Mesir turut hadir bersama keluarga untuk beraya bersama YB Haji Khazan.

Meraikan tetamu yang sedang menikmati juadah.

Anggota keselamatan turut mengambil peluang bersalaman dengan YB Haji Khazan.

Bersalaman dan beramah mesra merupakan satu adat yang tidak dapat dipisahkan ketika menyambut lebaran.

Bergambar keluarga sebelum meraikan tetamu.

Anak sulong YB Haji Khazan menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak.

Beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Ribuan pengunjung silih berganti datang ke Rumah Terbuka YB Haji Khazan Che Mat.

Kanak-kanak beratur untuk mendapatkan ais krim yang diberikan percuma.

Para pengundi muda turut bersama memeriahkan majlis rumah terbuka YB Haji Khazan.

Para pertugas wanita turut bersama memasak lauk untuk dihidangkan kepada tetamu.

Para Pemuda selaku penggerak utama dalam melakukan kerja-kerja persiapan makanan dan juga tempat.

Para pertugas sedang memasak lauk didapur untuk dihidangkan kepada hadirin yang hadir.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa di Masjid Darat Batu Rakit

Tetamu yang hadir bersedia untuk bersama-sama berbuka puasa dan menunggu waktu azan.

BATU RAKIT (DARAT BATU RAKIT) 25hb Ogos 2011- Penghujung Ramadhan Al-Mubarak sentiasa dipenuhi undangan majlis berbuka puasa,dan bagi pihak Masjid Kampung Darat Batu Rakit juga turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa dengan mengundang para pemimpin dikalangan Pengerusi JKKK dan juga pemimpin Umno Cawangan.Majlis yang sentiasa diadakan tiap-tiap tahun ini telah dihadiri hampir 200 orang para penduduk kampung dan juga sekitar kampung bersebelahan.Tidak dilupakan juga para anggota keselamatan yang sentiasa memberikan sokongan kepada setiap program yang dijalankan didalam Dun Batu Rakit.

Pengerusi JKKK Pancur Sejuk Encik Azmi Seman (kiri) turut bersama pada majlis ini.

Majlis yang bermula dengan bacaan tahlil ini juga turut mengundang Mantan Timbalan Mufti Negeri Terengganu yang kini menjadi Pensyarah UNIsZA,Ustaz Abdul Halim Awang.Turut bersama juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu Dato'Haji Abdul Rahman Mat Yasin dan juga Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit Ustaz Mohd Ali serta para pembantu APMT.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu Dato' Haji Abdul Rahman Mat Yasin (berbaju biru) turut bersama berbuka puasa.

Ustaz Abdul Halim Awang (kiri sekali) mengaminkan doa tahlil sebelum berbuka puasa.

Para hadirin bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan dan rahmat dari Allah.




Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Majlis Berbuka bersama YB Haji Khazan Che Mat..

Para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua Cawangan dan Ketua-ketua Pemuda yang hadir pada Majlis Berbuka bersama YB Haji Khazan Che Mat.

23hb Ogos 2011- Hampir seluruh para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua Umno Cawangan,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Pemuda Cawangan,Ketua-ketua Puteri Cawangan,para anggota Balai Polis Batu Rakit,kakitangan dari Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun dan juga APMT Dun Batu Rakit telah hadir di Majlis Berbuka Puasa bersama YB Haji Khazan Che Mat di Restoran Kristal Taman Tamadun Islam hari ini.

Para Pegawai dari Pejabat Daerah dan Pejabat MAIDAM berbuka bersama-sama YB Haji Khazan.

Majlis yang dilakukan oleh Pusat Khidmat Dun Batu Rakit dengan sokongan Pejabat Agama dan Penerangan negeri ini telah berjaya dihadiri hampir 200 orang kesemuanya.Turut bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa ini ilah para Pegawai dari Pejabat Daerah Kuala Terengganu,pegawai-pegawai dari Pejabat MAIDAM,iman-iman tahfiz yang berkhidmat disurau dan masjid didalam Dun Batu Rakit pada bulan puasa serta pegawai-pegawai dari agensi kerajaan.

Hadirin sedang mengambil juadah untuk dinikmati semasa berbuka.


Majlis yang sentiasa diadakan setiap tahun ini bertujaun merapatkan lagi hubungan para pemimpin didalam Dun Batu Rakit dengan YB Haji Khazan. Dalam majlis ini juga setiap yang hadir akan diberikan kain pelikat atau batik sebagai cenderahati. Bagi Pengerusi JKKK dan juga Ketua-ketua Cawangan pula duit raya turut diberikan kepada mereka untuk meringankan beban pemberian duit raya kepada kanak-kanak nanti.

Para Ketua Wanita Cawangan dan Ketua Puteri sedang beratur untuk mengambil makanan berbuka.

Sementara itu pula,dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau amat berterima kasih diatas sokongan yang diberikan oleh seluruh kepimpinan dalam Dun kepada beliau selama ini. "Tanpa sokongan dari anda semua,saya tidak akan menjadi seorang Yang Berhormat dan mewakili suara anda semua"kata beliau. Beliau juga berharap agar hubungan yang sedia terjalin akan dapat diteruskan dan akan maenjadi semakin kukuh demi perpaduan dan kejayaan. Beliau turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang hadir dan turut menjemput hadirin kerumah terbuka beliau pada hari raya yang kedua nanti. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang ini telah berakhir pada jam 9.00 malam dengan YB Haji Khazan telah solat sunat terawikh di Masjid Kristal

Dari kiri, Puan Saumi pembantu APMT,Puan Hajar dari Pejabat Exco Agama dan Penerangan Negeri,Norzilati Muda dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun dan Encik Zaidi dari Pejabat Exco Agama.

Sebahagian para APMT Dun,Ketua-ketua Wanita Cawangan dan juga Ketua-ketua Puteri Cawangan yang hadir bersama.

YB Haji Khazan sedang menyampaikan ucapan kepada para hadirin.

Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman yang bertindak selaku pengerusi majlis.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, August 24, 2011

Agihan Bubur Lambuk...

YB Dato' Haji Mohd Jidin Shafie menyampaikan bubur lambuk kepada penunggang motosikal.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 21hb Ogos 2011- Hampir 2,000 bekas bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada para pengguna kenderaan dijalan utama Merang menuju Kuala Terengganu di Dataran Bestari. Bubur lambuk yang dimasak secara gotong royong oleh empat JKKK iaitu JKKK Wakaf Chagak,JKKK Padang Polis,JKKK Pengkalan Atap,JKKK Kubur Timah dan juga KRT Pekan Batu Rakit Utara.

Bersedia untuk mengagihkan bubur lambuk kepada para pemandu dijalan Merang Kuala Terengganu.

Program agihan bubur lambuk ini telah dilakukan oleh YB Dato' Mohd Jidin bin Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Bahagian Setiu dan juga merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Agihan ini bermula jam 4.30 dan telah berakhir pada jam 5.30 petang. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk telah dimasak oleh keempat-empat JKKK yang terlibat dan hampir separuh telah diagihkan kepada pengguna kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Pemandu van tidak ketinggalan untuk menerima bubur lambuk daripada Dato'Haji Mohd Jidin.

Gotong-royong memasak bubur lambuk ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi dengan para wanita dari empat JKKK telah turut bersama-sama menyediakan segala bahan yang diperlukan.
Menurut Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah,agihan bubur lambuk ini merupakan salah satu acara tahunan bagi JKKK Padang Polis. Untuk memeriahkan lagi agihan pada tahun ini,kami telah berbincang dengan empat JKKK sekitar untuk bersama-sama menjadikan agihan ini lebih besar dan meriah lagi. "Sebanyak lima periuk juga telah diagihkan kepada JKKK terlibat untuk diagihkan pula kepada para penduduk didalam kawasan JKKK tersebut"tambah beliau lagi.Beliau berharap agar para penduduk dikawan sekitar dapat turut bersama-sama merasai bubur lambuk yang diagihkan itu.Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Haji Mohd Jidin kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis agihan tersebut.

Para JKKK Padang Polis dan Pengkalan Atap sedang mengacau bubur lambuk.

Kaum wanita sedang menyediakan bahan-bahan untuk dimasukkan didalam bubur lambuk.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, August 23, 2011

Sumbangan Persediaan Hari Raya..

Dato' Haji Mohd Jidin Shafie menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima keluarga miskin sambil diperhatikan oleh Ketua Puteri Bahagian Puan Rosnari Awang Ngah dan Ketua Penerangan UMNO Setiu Dato'Haji Abdul Rahman Mat Yasiin (kanan sekali).

BATU RAKIT (PADANG POLIS 21hb Ogos 2011- Seramai 60 orang para penduduk yang terdiri daripada warga emas,ibu tunggal,keluarga miskin dan juga OKU telah menerima sumbangan yang berupa bantuan persediaan hari raya dari YB Dato'Haji Mohd Jidin Shafie Ahli Parlimen Setiu merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini,

Salah seorang warga emas menerima bantuan persediaan raya dari Dato'Mohd Jidin.

Majlis yang diadakan oleh JKKK Padang Polis ini turut melibatkan JKKK Pengkalan Atap dan juga KRT Pekan Batu Rakit Utara.Seramai 29 orang warga emas,19 orang keluarga miskin,9 orang ibu tunggal dan 3 orang OKU telah merasai bantuan persediaan hari raya ini,

Dato' Mohd Jidin menyampaikan ucapan untuk para penerima sumbangan persediaan raya.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah,program pemberian sumbangan persediaan raya ini merupakan acara tahunan. Ianya juga akan terus diadakan selagi ada sumbangan dan sokongan dari pelbagai pihak untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Beliau turut melahirkan rasa bersyukur kerana semakin ramai yang boleh dibantu oleh pihak JKKK kerana banyak pihak telah memberikan sokongan untuk menjalankan program amalo seperti ini,

Para penerima bantuan persediaan hari raya sedang mendengar ucapan yang disampaikan oleh Dato'Mohd Jidin.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, August 22, 2011

Batu Rakit menerima duit raya...

YB Haji Khazan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan para pertugas dan juga Pengerusi JKKK yang terlibat dalam pembahagian dana raya.

BATU RAKIT- Selama 4 hari bermula pada 15,16,18 dan 20hb pembahagian duit dana raya telah dilakukan didalam Dun Batu Rakit. Pengagihan yang dilakukan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dengan kerjasama APMT Dun,RELA dan juga anggota polis Balai Polis Batu Rakit ini telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya.

Imbang PenuhPara pembantu APMT Dun sedang mengemas kini baucer-baucer yang telah diterima.

Seramai 4,432 orang para penerima daya raya telah berjaya menerima duit raya masing - masing yang berjumlah sebanyak RM1,261,600 dengan jumlah tertinggi yang dibayar kepada JKKK Kubur Timah iaitu sebanyak RM81.100 dengan penerima sebanyak 279 orang. Manakala jumlah yang paling sedikit pula ialah JKKK Bukit Agu dengan penerima sebanyak 46 orang dan jumlah wang tunai sebanyak RM12,900.

YB Haji Khazan memberikan ucapan kepada para penerima dana raya.

Sebanyak tiga tempat pembayaran telah dibuat oleh Pusat Khidmat Dun iaitu di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit pada 15 dan 16hb,diDewan Serbaguna Wakaf Chatur pada 18hb dan diBalai Raya Kampung Baru Pulau Redang pula pada 20hb. DiDewan Sivik Pantai Batu Rakit sebanyak 15 JKKK telah dilakukan pembayaran dan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur pula sebanyak 15 JKKK juga telah terlibat.Sementara itu pula di Balai Raya Kampung Pulau Redang hanya JKKK Pulau Redang sahaja yang terlibat.

Para penduduk Pulau Redang sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd Pegawai Pusat Khidmat Dun Batu Rakit.

Majlis pembahagian dana raya pada kali ini tidak melibatkan para pegawai bank dan juga pegawai daerah. Ianya diuruskan sepenuhnya oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun yang diketuai oleh Pegawai Khas Haji Kamaruddin Mohd. YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit turut bersama memantau dan juga memberikan sedikit ceramah untuk para penerima dana raya.

Ribuan penduduk beratur untuk menerima dana raya dari pertugas-pertugas yang terlibat.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh beliau,beliau berharap agar para penerima dana raya agar sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan.Menurut beliau dengan kemakmuran yang dikecapi oleh negara,ianya dapat membantu ekonomi negara berkembang dengan baik. Dan ini akan membantu kerajaan untuk memberikan bantuan kepada seluruh rakyat diatas perkembangan tersebut. Pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan samaada melalui MAIDAM,JKM,YPK untuk seluruh rakyat yang memerlukan.Beliau juga berharap agar duit yang diberi akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan menghadapi hari raya.

Para pertugas yang juga APMT Dun sibuk menyemak nama-nama penerima dana raya.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga yang terlibat didalam proses penagihan dana raya pada kali ini. "Tanpa sokongan dari semua pihak,pengagihan ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan cepat" kata beliau lagi. Terima kasih juga beliau ucapkan kepada semua penerima dana raya yang dapat memberikan kerjasama yang baik kepada seluruh para pertugas demi melicinkan proses pengagihan tersebut.

Para AJK JKKK turut sama memberikan kerjasama kepada para pertugas dana raya.

Sebahagian para penerima dana raya atau wakil yang hadir di Dewan Sivik Pantai Batu Rakit untuk menerima duit raya.

APMT Dun yang terlibat membahagikan dana raya.

Pengerusi JKKK Wakaf Chagak (berbaju kuning) turut sama terlibat dalam pembahagian dana raya.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh