Sunday, September 18, 2011

Setiu Juara Sepak Takraw 2011....

Para pemain dan JKKK Pantai Batu Rakit bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (berbaju biru tengah) selepas majlis penyampaian hadiah.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 16hb September 2011- Bagi menjadikan sepaktakraw sebagai sukan yang sentiasa mendapat tempat dan sentiasa melahirkan pemain-pemain berbakat,Pemuda UMNO Cawangan Pantai Batu Rakit sentiasa menganjurkan pertandingan baik secara terbuka ataupun tertutup. Bertempat di Taman Reakrasi Pantai Batu Rakit,satu Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Pantai Batu Rakit telah diadakan hari ini.

YB Haji Khazan menyampaikan hadiah kepada pemain.

Pertandingan yang disertai sebanyak 8 pasukan ini telah dijalankan secara liga dua kumpulan. Pasukan yang menjadi Juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke perlawanan separuh akhir. Dalam pertandingan ini pasukan 'Setiu dan 'Kemaman' telah bertemu diperingkat separuh akhir. Perlawanan yang berlansung straight set ini telah membawa kemenangan kepada pasukan 'Setiu' dengan 21-18 dan 21-14. Separuh akhir kedua pula menemukan pula pasukan 'Dungun dan 'Kuala Nerus'. Ianya juga berlansung straight set dengan kemenangan berpihak kepada pasukan 'Dungun' 21-16 dan 21-17. Kemenangan itu telah melayakkan pasukan 'Setiu dan 'Dungun bertemu di perlawanan akhir.

Ketua Cawangan Pantai Batu Rakit Harun Mohamad (kanan) menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan Che Mat.

Kekalahan 14-21 pada set pertama bagi pasukan 'Setiu' tidak melemahkan semangat juang untuk terus mencari kejayaan. Berbekalkan semangat dan kerjasama berpasukan yang baik,pasukan 'Setiu' telah bangkit di set kedua dengan 21-16 untuk mengheret perlawanan ke game tie- break.Kekalahan pada set kedua telah menyebabkan fokus para pemain 'Dungun' telah terganggu. Dengan kelebihan penguasaan mental.para pemain pasukan 'Setiu' telah berjaya memenangi game tie-break dengan keputusan 15-11 dan seterusnya berjaya menjadi juara Pertandingan Sepak Takraw Tertutup Pantai Batu Rakit 2011. Sementara itu pula bagi tempat ketiga ianya telah dimenangi oleh pasukan 'Kuala Nerus' dan tempat keempat pula pasukan 'Kemaman'.

Pasukan Juara Bawah 15 tahun menerima kalungan pingat dari YB Haji Khazan.

Bagi ketegori Bawah 15 Tahun pula,pasukan 'Pelapis Batu Rakit' telah berjaya menjadi juara dengan mengalahkan 'Pelapis Kebangsaan' dengan keputusan 21-18 dan 21-11. Perlawanan yang diadakan sebelum perlawanan akhir pasukan 'Setiu dan 'Dungun' ini turut mendapat pujian daripada para penonton yang hadir.

Pemain bersedia menghadapi servis lawan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Turut hadir bersama Ketua Cawangan Pantai Batu Rakit Encik Harun Mohamad dan juga Timbalan Pengerusi JKKK Encik Awang Ismail Awang Ngah. Pertandingan yang bermula jam 8.30 pagi ini telah berakhir pada jam 6.30 petang.

Salah seorang pemain melakukan libasan untuk mendapatkan mata.

Pemain bawah 15 tahun merakam kenangan bergambar bersama sebelum perlawanan akhir berlangsung

Walaupun masih cetek pengalaman tetapi tetap bergaya melakukan aksi-aksi libasan yang menarik.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment