Thursday, July 28, 2011

Agihan Zakat MAIDAM..

Ratusan para penerima zakat MAIDAM mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 28hb Julai 2011- Sebanyak RM 706,000 telah dibawa oleh pihak MAIDAM untuk diagihkan kepada seluruh penerima agihan zakat raya diDun Batu Rakit. Seramai 836 orang pula yang terdiri dari warga emas,miskin,ibu tunggal dan juga OKU telah disenaraikan oleh pihak JKKK untuk menerima zakat dari pihak MAIDAM. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras ini telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

YB Haji Khazan bersama pegawai Maidam Encik Mohd Rohimee (berbaju batik) sempat menjenguk para pertugas Maidam menjalankan tugas.

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Encik Mohd Rahimee Mohd Ramli yang bertindak selaku ketua urusetia agihan zakat,beliau mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dan juga YB Haji Khazan kerana sudi hadir merasmikan majlis tersebut. Terima kasih juga turut beliau hulurkan untuk semua para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang dapat memberikan kerjasama dengan sebaik-baiknya pada majlis ini. Beliau juga turut mengingatkan bahawa tujuan utama pemberian zakat adalah untuk meringkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh golongan fakir miskin. Beliau berharap agar duit zakat yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin bagi menampung keperluaan perbelanjaan harian.

YB Haji Khazan menyampaikan duit zakat kepada salah seorang penerima.

Sementara itu didalam ucapan yang telah disampaikan oleh YB Haji Khazan pula, beliau memberitahu para penerima zakat MAIDAM betapa telah banyak bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak MAIDAM kepada masyarakat demi meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Perkara ini dapat dilakukan oleh pihak MAIDAM kerana ianya adalah hasil daripada kejayaan dan kemakmuran ekonomi negara. Menurut beliau,apabila negara kaya,ianya dapat memudahkan perlaksanan agihan zakat untuk mereka yang memerlukan.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

Beliau turut memaklumkan, MAIDAM bukan sekadar memberikan bantuan untuk fakir miskin sahaja tetapi turut menaja para pelajar melanjutkan pelajaran diluar negara. "Dengan perolehan zakat yang tinggi,ianya dapat memberikan pelbagai ruang untuk pihak MAIDAM menyalurkan bantuan atau zakat ke jalan yang dituntut oleh agama" katanya lagi. YB Haji Khazan juga turut memaklunkan bahawa jurang perbezaan fakir miskin dahulu dengan sekarang adalah amat berbeza. Mereka-mereka yang mempunyai pelbagai kemudahan kini masih lagi beroleh bantuan dan ianya amat berbeza dengan zaman dahulu yang tiada apa-apa kemudahan. Dengan suasana kehidupan yang amat berbeza kini,ianya merupakan salah satu hasil yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk melihat para penduduk merasai nikmat pembangunan dan kekayaan. Beliau juga mahukan para penerima zakat sentiasa bersyukur dengan pemberian yang diberikan oleh kerajaan.

Para warga emas,ibu tunggal dan Pengerusi JKKK mendengar penuh minat ucapan yang dilakukan oleh YB Haji Khazan.

YB Haji Khazan sempat beramah mesra penerima zakat sebelum memulakan majlis.

Dari kiri ke kanan, Haji Muda Abdullah (Pengerusi JKKK Padang Polis) YB Haji Khazan,Pegawai MAIDAM Encik Mohd Rohimee Mohd Ramli dan Haji Chik Harun (Pengerusi JKKK Bukit Wan).

Di akhir ucapan beliau,ucapan terima kasih juga turut beliau berikan kepada pihak MAIDAM yang sentiasa peka kepada pembangunan untuk kemakmuran masyarakat. Beliau juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada para Pengerusi JKKK didalam Dun Batu Rakit yang sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program yang dijalankan didalam kawasan Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, July 27, 2011

Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja peringkat Dun Batu Rakit 2011

Sebahagian para Puteri yang hadir ke Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja Peringkat Dun Batu Rakit 2011.

BATU RAKIT- 27hb Julai 2011 Bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman seramai 1,800 orang para Pemuda dan Puteri dari seluruh Dun Batu Rakit telah hadir pada Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja yang telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini,dimulakan dengan ceramah mengenai parti Umno oleh para pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Para pemuda yang turut bersama terlibat menunggu nama mereka dipanggil untuk menerima duit dana.

Semangat perpaduan dan cintakan negara juga telah diselitkan oleh para penceramah bagi memberikan erti kata yang sebenar kepada para pemuda dan puteri tentang semangat cintakan negara. Para peserta juga telah diberikan segala maklumat tentang betapa para pejuang kemerdekaan dahulu terpaksa mengharungi segala susah dan senang demi memerdekakan negara Malaysia tercinta.

Kaum Cina tidak ketinggalan menerima duit dana Bakti Remaja.

Para pemuda dan puteri menerima duit dana bakti remaja dari pegawai bank.

Menyemak nama masing-masing sebelum dibenarkan mengambil duit dana.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Sementara itu didalam ucapan perasmian penutup oleh YB Haji Khazan pula,beliau mengajak para peserta program melihat kembali perjuangan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memberikan kesenangan kepada seluruh rakyat. Banyak jasa yang telah dilakukan oleh parti pemerintah khususnya UMNO yang bertindak sebagai tunjang, untuk menjadikan negara Malaysia terus maju dan berjaya. Perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan dapat memberikan segala keselesaan untuk keseluruhan rakyat tanpa mengira kaum. Beliau juga berharap agar para pemuda dan puteri dapat bersyukur dengan segala nikmat yang telah diperolehi didalam negara Malaysia.

Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat menyampaikan taklimat kepada para peserta.

"Tiada negara, selain Malaysia yang menjaga dengan hampir sempurna rakyat didalam negara tanpa mengira kaum demi menjadikan sebuah negara yang aman dan damai" katanya.Beliau juga turut membandingkan kemiskinan yang terdapat dinegara lain yang amat susah kehidupan mereka jika hendak dibandingkan dengan negara Malaysia. Beliau amat berharap agar para pemuda dan juga puteri agar dapat melahirkan rasa berterima kasih kepada kerajaan dengan sebaik mungkin pada pilihanraya ke 13 nanti.

Khusyuk- Para puteri yang hadir sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada majlis.

Dengan harapan agar segala titik peluh kerajaan dihargai oleh semua lapisan masyarakat,beliau juga turut berharap agar para pemuda dan puteri menggunakan sebaik mungkin segala kesenangan yang terdapat dinegara ini. Diakhir ucapan beliau,beliau melahirkan rasa terima kasih kepada seluruh mereka yang terlibat menjayakan program yang julung kali diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman khas untuk para Pemuda dan Puteri Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Majlis Pelancaran Agihan Akhbar Utusan Malaysia kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah peringkat Dun Batu Rakit 2011

Para pelajar,Pengetua Sekolah,Guru Besar,Pengerusi JKKK, APMT Dun Batu Rakit dan YB Haji Khazan menunjukkan isyarat no satu untuk Utusan Malaysia.

BATU RAKIT (PADANG KEMUNTING) 26hb Julai 2011- Seluruh sekolah menengah dan rendah didalam Dun Batu Rakit akan menerima suratkhabar Utusan Malaysia secara percuma bermula hari ini sehingga sesi persekolahan tamat hujung tahun nanti. Perkara ini telah diumunkan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga Adun Batu Rakit didalam Majlis Pelancaran Agihan Suratkhabar Utusan Malaysia kepada Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringakat Dun Batu Rakit 2011.

Wakil JKKK Padang Kemunting Encik Azahar Jusoh menerima suratkhabar dari YB Haji Khazan.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting ini turut dihadiri oleh Pengetua (wakil) Sekolah Menengah Berasrama Penuh Intergrasi,Pengetua (wakil) Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor,Pengetua (wakil) Sekolah Menengah Tengku Mizan Sultan Zainal Abidin (STEMZA),Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Wan,Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Chempaka, Sekolah Rendah Kebangsaan Maras, Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Rakit,Sekolah Rendah Kebangsaan Pagar Besi,Sekolah Rendah Kebangsaan Pecah Rotan,Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting dan Sekolah Rendah Kebangsaan Darat Batu Rakit.

Pelajar sekolah menengah menerima naskah suratkhabar dari YB Haji Khazan.

Pelajar sekolah rendah yang menjadi wakil kepada Guru Besar menerima naskah Utusan Malaysia dari YB Haji Khazan.

Didalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap dengan sumbangan yang diberikan ini ianya dapat digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar untuk menanam minat suka membaca dan juga menjadikan sisipan yang terdapat didalam akhbar berkenaan sebagai bahan rujukkan untuk menghadapi peperiksaan nanti. Bagi beliau apa yang ditulis didalam suratkhabar amat berguna untuk seseorang itu mengetahui tentang apa yang berlaku didalam negara atau didunia yang seba mencabar sekarang. Pelbagai cerita seperti politik,hiburan,sukan dan peristiwa setempat dapat diketahui melalui suratkhabar.

Sebahagian daripada Pengerusi JKKK,Pengetua Sekolah Menengah,Guru Besar dan para pelajar yang hadir pada majlis agihan suratkhabar utusan.

Beliau juga amat berterima kasih kepada pihak Utusan Malaysia yang sudi berkerjasama dengan pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit didalam menjayakan program agihan suratkhabar ini. Terima kasih juga beliau ucapkan kepada seluruh para Pengerusi JKKK yang hadir memberikan sokongan menjayakan majlis.Dan sekalung tahniah juga beliau lontarkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kemunting kerana sudi menjadi tuan rumah untuk menjayakan majlis agihan tersebut. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi ini turut juga dihadiri oleh para Pengerusi JKKK Peti Undi Maras,Padang Kemunting,Bukit Chempaka dan juga Bukit Wan. Pada majlis ini YB Haji Khazan juga turut menyumbangkan naskah Utusan Malaysia kepada seluruh JKKK didalam Dun Batu Rakit. Bersama hadir pada majlis ini ialah anggota APMT Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, July 26, 2011

Anugerah Keluarga Mithali Dun Batu Rakit 2011..

Para pemenang anugerah bergambar kenangan bersama YB Haji Khazan (berdiri empat dari kanan),Puan Hajah Nik Aini (lima dari kiri) dan wakil Pengarah YPK (tiga dari kiri).

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 25hb Julai 2011- Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit telah bersama-sama mengadakan Majlis Anugerah Keluarga Mithali yang berkonsepkan 1 Keluarga 1 Malaysia. Majlis yang bermula pada 8.30 malam ini telah diadakan di Gem Beach Resort,Mengabang Lekor. Hampir 150 orang yang terdiri daripada para Pengerusi JKKK,Ketua-ketua Cawangan,Ketua-ketua Wanita Cawangan,Ketua-ketua Pemuda Cawangan dan juga Ketua-ketua Puteri Cawangan telah hadir untuk memeriahkan program ini.

Ahli keluarga Che Tom bergambar kenangan dipentas.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd sebelum semua para hadirin dijemput menikmati jamuan makan malam. Selepas selesai jamuan, maka bermula ucapan dari wakil Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa. Dalam ucapan yang disampaikan itu, beliau berkata tujuan perlaksanaan program ini adalah untuk memantapkan lagi institusi keluarga yang merupakan unit asas terpenting dalam masyarakat dan negara. Pencapaian dan sumbangan ibubapa dalam menjanakeluarga yang cemerlang tidak akan terus dipandang sepi. Jesteru itu kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) telah mengatur Majlis Anugerah Keluarga Mithali dalam usaha memberikan pengiktirafan dan memertabatkan ibubapa yang telah melakukan usaha dan pergorbanan dalam membentuk keluarga bahagia dan sejahtera serentak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari wakil YPK.

Beliau juga turut menambah bahawa objektif majlis anugerah ini ialah mengenal pasti keluarga-keluarga yang berjaya,bahagia dan cenerlang untuk dinobatkan sebagai pemenang-pemenang Anugerah Keluarga Mithali peringkat Dun dinegeri ini. Ianya juga sebagai memberi perhargaan dan pengiktirafan kepada ibubapa yang telah berjaya membentuk keluarga yang bahagia dan anak-anak yang cemerlang. Program seumpama ini juga dapat mengetengahkan model-model keluarga bahagia,cemerlang dan seimbang yang telah berjasa dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Che Tom (berkerusi roda) gembira menerima anugerah dari YB Haji Khazan.

Dalam ucapan beliau juga turut merakamkan juataan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi hadir untuk merasmikan majlis serta menyampaikan anugerah kepada para pemenang. Tidak lupa kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit yang sentiasa memberikan kerjasama didalam setiap program yang dilakukan oleh pihak YPK. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada seluruh para tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Anugerah Keluarga Mithali Dun Batu Rakit 2011.

Encik Daud Husin (kanan) penerima Anugerah Khas Bapa Tunggal dari YB Haji Khazan.

Sementara itu didalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak YPK yang dapat mengadakan program ini. Ucapan tahniah juga beliau turut rakamkan diatas kejayaan yang telah diperolehi oleh semua pemenang. Beliau juga berharap agar kejayaan yang diperolehi para pemenang akan menjadi satu dorongan untuk masyarakat yang lain didalam mendidik para anak-anak. Beliau juga turut menyentuh betapa peranan keluarga yang dianggap oleh agama sebagai pemimpin amat penting didalam sesebuah institusi kekeluargaan. "Dengan kejayaan yang diperolehi didalam mendidik anak-anak sehingga berjaya,ianya akan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat setempat"tambah beliau lagi.

Puan Hajah Nik Aini menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang Zawiah binti Omar (kanan).

Beliau juga turut mengingatkan bahawa setiap kerjayaan yang diperolehi adalah bukan sesuatu perkara yang mudah untuk tempuhi. Dengan mengambil kira segala peranan ibubapa didalam menghadapi cabaran yang ditempohi,maka kerajaan negeri melalui YPK telah cuba mengiktiraf apa yang telah dilakukan oleh para ibubapa dengan anugerah seumpama ini. "Betapa kerajaan telah banyak melakukan yang terbaik dari segenap sudut dan ruang untuk melihat segala kejayaan dapat dinikmati oleh seluruh anak-anak Terengganu"kata beliau lagi. Beliau juga berharap agar apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini dapat dihargai dengan sebaik mungkin oleh seluruh masyarakat hari ini. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua para hadirin yang hadir untuk memeriahkan majlis anugerah ini. "Semoga dengan anugarah-anugerah seumpama ini yang sentiasa diadakan setiap tahun akan meningkatkan lagi semangat para ibubapa untuk sama-sama menjadikan keluarga mereka keluarga yang berjaya dan sentiasa memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara" kata beliau mengakhiri ucapan.

YB Haji Khazan sedang menyampaikan ucapan perhargaan kepada pemenang.

Majlis Anugerah ini terbahagi kepada 3 ketegori utama iaitu Keluarga Mithali Terbilang,Gemilang dan Cemerlang. Bagi ketegori Ibu Tunggal pula juga 3 tempat telah disediakan. Manakala bagi Bapa Tunggal pula hanya satu Anugerah Khas sahaja yang diberi. Anugerah Keluarga Mithali Terbilang telah dimenangi oleh Che Tom bin Abdullah yang berusia 75 tahun dari Kampung Pagar Besi dengan membawa pulang sijil perhargaan,jubah dan juga wang tunai sebanyak RM1,000.00. Bagi Keluarga Mithali Gemilang pula telah dimenangi oleh Mohd Ali Baba (52 tahun) dari Kampung Maras membawa pulang sijil perhargaan dan wang tunai RM700.00. Keluarga Mithali Cemerlang pula dimenangi oleh Ibrahim bin Mahmud 80 tahun dari Kampung Hilir Maras dengan sijil penyertaan dan juga wang tunai sebanyak RM500.00.

Wakil Pengarah YPK sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Bagi ketegori Ibu Tunggal Terbilang pula ianya telah dimenangi oleh Wan Hindun@Wan Lijah binti Yusof 68 tahun dari Kampung Padang Polis dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00,sijil perhargaan dan juga jubah resmi anugerah. Ibu Tunggal Gemilang pula dengan hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 serta sijil perhargaan pula telah dimenangi oleh Mek Teh binti Abdullah 72 tahun dari Kampung Pecah Rotan. Zawiah binti Omar 55 tahun pula dari Kampung Tanjung Batu Rakit pula telah berjaya memenangi Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil perhargaan. Bagi Anugerah Khas Bapa Tunggal pula ianya telah dimenangi oleh Encik Daud bin Husin 66 tahun dari Kampung Hilir Maras dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.00 serta sijil perhargaan.

Para tetamu dan juga pemenang anugerah turut bersama menikmati hidangan makan malam.

Majlis yang turut dihadiri oleh isteri YB Haji Khazan Che Mat Puan Nik Aini Nik Soh ini turut juga dihadiri oleh wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd dan juga wakil-wakil dari media massa tempatan. Turut juga bersama ialah anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit.

YB Haji Khazan (tengah) bersama wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd (kanan) dan wakil Pengarah YPK menikmati hidangan makan malam.

Tetamu yang hadir bersama-sama mengaminkan doa memohon keberkatan.

Para Pengerusi JKKK sedang menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak YPK.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, July 25, 2011

Pertandingan Bolasepak 8 sebelah Pemuda Kampung Pecah Rotan..

Pasukan Paraguay bergambar kenangan bersama Piala kemenangan setelah mengalahkan pasukan Peru dengan sepakkan penalti 5 berbalas 4.

BATU RAKIT (PECAH ROTAN) 23hb Julai 2011- Kehangatan Copa Amerika bukan sekadar melanda seluruh dunia,tapi juga turut menular ke Kampung Pecah Rotan. Dengan nama-nama pasukan seperti Brazil,Argentina,Paraguay dan juga seluruh benua Amerika Selatan,satu Pertandingan Bolasepak 8 sebelah Tertutup Kampung Pecah Rotan telah dianjurkan oleh Pemuda Kampung Pecah Rotan dengan menggunakan nama-nama negara tersebut.

Sebahagian dari para penduduk yang hadir memberi sokongan kepada pertandingan.

Pertandingan yang melibatkan 8 pasukan ini telah diadakan secara liga satu pusingan yang telah bermula pada 22hb dan perlawanan akhir pada 23hb pada jam 6.00 petang. Perlawanan akhir yang menemukan pasukan Paraguay dan Peru ini telah berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan telah membawa kepada sepakan penalti. Penentuan penalti telah menobatkan pasukan Paraguay sebagai juara dengan kemenangan 5 berbalas 4. Pasukan juara telah berjaya membawa pulang hadiah hamper,medal dan juga piala pusingan. Manakala ditempat kedua pula pasukan Peru pula menerima hamper dan juga medal.

Aksi perlawanan akhir yang mendebarkan antara Paraguy (berbaju biru) dan Peru (berbaju oren).

Pertandingan ini juga turut menyajikan perlawanan pertunjukkan pasukan veteran dan juga pelajar bawah 12 tahun. Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pengerusi JKKK Kampung Pecah Rotan Encik Mohamad Majid. Para penonton juga turut disediakan hadiah cabutan nombor bertuah. Hampir 150 orang para penduduk setempat turut hadir memeriahkan pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah telah berakhir pada jam 7.15 petang dengan sedikit jamuan untuk semua yang hadir menyaksikan pertandingan tersebut.

Paraguay (berbaju biru) dan Peru (berbaju oren) bergambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan Paraguay berbaju biru bersalaman dengan pemain dari pasukan Peru sebelum perlawanan dimulakan.

Aksi perlawanan pasukan veteran.

Pasukan Veteran bergambar sebelum memulakan perlawanan pertunjukkan antara mereka.

Pasukan jemputan bawah 12 tahun bergambar kenangan sebelum perlawanan dimulakan.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Sunday, July 24, 2011

Motivasi Pelajar UPSR...

Para pelajar UPSR,pelajar Sekolah Intergrasi,Ajk JKKK bergambar kenangan bersama Penceramah Bebas Mohamad Ngah (bersongkok).

BATU RAKIT (BALAI MARAS) 21HB JULAI 2011- Bagi menjaminkan kejayaan untuk para pelajar didalam menghadapi peperiksaan samaada disekolah rendah atau menengah,pelbagai pihak turut membantu untuk mencapai kejayaan tersebut. JKKK Balai Maras bersama 17 orang para pelajar dari Sekolah Menengah Intergrasi Batu Rakit telah bersama-sama menjayakan satu Program Motivasi Pelajar UPSR di Balairaya Balai Maras baru-baru ini.

Encik Mohamad Ngah menyampaikan ceramah untuk para pelajar dan ibubapa pelajar.

Program yang diseliakan oleh Biro Pelajaran JKKK Balai Maras ini telah berjaya menghimpunkan seluruh pelajar yang akan menduduki UPSR dari Kampung Balai Maras. Mereka adalah serami 23 orang yang bersekolah di Sekolah Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Progaram yang bermula jam 8.30 pagi ini juga turut melibatkan ibubapa para pelajar sebagai sokongan dan dorongan untuk pelajar.

Sebahagian pelajar yang hadir untuk mendengar motivasi yang disampaikan Penceramah.

Ceramah motivasi juga disampaikan bagi menambah ilmu untuk para pelajar dalam menghadapi tekanan untuk mencapai kejayaan ketika menghadapi peperiksaan. Ceramah yang disampaikan oleh bekas Pengetua Sekolah Agama Tok Jiring Encik Mohamad bin Ngah. Dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau,perkara utama yang ditekan untuk mencapai kejayaan adalah berusaha dengan gigih.Beliau juga menyarankan agar setiap ibubapa agar memantau setiap pelajaran para pelajar untuk menghasilkan kejayaan.

Penjaga juga turut hadir untuk mendengar ceramah bagi menyokong program yang dilakukan oleh JKKK Balai Maras.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Saturday, July 23, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PEMIMPIN

MAKAN MALAM SERI WANGSA 001
KETUA BHG SETIU (baju hitam) bersama pemimpin tempatan
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 25 Julai – Majlis makan malam bersama pemimpin di Restoran Seri Wangsa, Gong Badak, 10 km dari sini bagi meraikan Pengerusi-pengerusi JKKK dan Ketua-ketua cawangan dalam DUN Batu Rakit sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1432 semalam.

berita penuh

Wednesday, July 20, 2011

SUKANEKA PUPUK PERPADUAN

sukaneka 1Malaysia 007
TARIKAN KASIH - Ibu dan anak bergilir tarik
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 20 Julai – Sukaneka 1Malaysia anjuran JKKK Wakaf Chagak bersama KRT Wakaf Chagak dekat sini telah berjaya memupuk perpaduan antara masyarakat kampung berdekatan. Hasilnya seramai 500 orang telah berjaya memeriahkan program tersebut hari ini.   

berita penuh

Sunday, July 17, 2011

Gambar-gambar Memancing dilaut bersama YB Khazan...

YB Haji Khazan (dua dari kanan) dan peserta bersama-sama juragan (kiri sekali) ketika memancing dilaut.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 16hb Julai 2011- Kesibukan kerja sebagai salah seorang exco kerajaan dan juga wakil rakyat bukanlah penghalang untuk YB Haji Khazan melupakan terus hobi beliau iaitu memancing dilaut.Bersama-sama dengan Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit seramai 15 orang,beliau telah sempat meluangkan masa selama 5 jam untuk memancing dilaut.

Sebahagian para pemuda yang turut bersama merasai susah payah memancing ikan kerisi.

Bermula jam 8.00 pagi,kesemua para pemuda telah berkumpul ditepi pantai untuk bersama-sama menaiki bot para nelayan yang telah disediakan untuk tujuan ini. Sebanyak 8 buah bot telah digunakan bagi para pemuda dan YB Haji Khazan memancing.

Melihat hasil tangkapan yang telah diperolehi.

Bagi Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun,Encik Nazri Mamat. program santai seperti ini kadang kala dapat meringankan fikiran dari segala masaalah kerja yang bertimbun. Beliau juga berhasrat untuk terus merencanakan program seumpama ini pada masa-masa akan datang."Banyak yang dapat dipelajari tentang susah senang para nelayan didalam mencari rezeki"kata beliau. Namu bagi beliau,apa yang penting ialah pengalaman ketika memancing ikan itu tidak dapat dilupakan,dan amat berharap ianya akan dapat diadakan lagi apabila waktu kerja terluang.

Bot dinaikkan semula setelah pulang dari memancing.

Ikan-ikan segar yang dipancing.

YB Haji Khazan tenang ketika memancing.

Timbalan Ketua Penyelaras Pemuda Dun, Ambak Ismail bersama hasil tangkapan.

Setiausaha Penyelaras Pemuda Dun Nazri Mamat (berbaju putih) gembira dapat menaikkan ikan kerisi.

Penulis dengan hasil yang dikail.

Bersama-sama menyorong bot untuk ke laut.

YB Haji Khazan bersiap sedia untuk ke laut dan memancing.

Bot-bot yang akan digunakan untuk memancing dilaut.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh