Sunday, September 25, 2011

Kelab ICT Batu Rakit dan Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras..

Menteri Besar YAB Datuk Haji Ahmad Said melihat para pelajar Kelab ICT sewaktu majlis perasmian Dewan Serbaguna Maras pada 21hb Mac 2009.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) Demi menyahut seruan kerajaan untuk melihat lebih ramai para penduduk kampung samaada warga emas,dewasa atau kanak-kanak,JKKK Wakaf Chatur telah mengadakan satu kerjasama dengan Yayasan Salam Malaysia untuk mengadakan kelas komputer bagi golongan ini.

Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Maras oleh YAB Datuk Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu.

Dengan kadar yuran sebanyak RM10.00 sebulan,para pelajar akan diajar asas berkenaan komputer selama tiga bulan.Kelas yang telah bermula pada tahun 2008 ini telah berjaya melahirkan ramai golongan celik IT disekitar Dun Batu Rakit.Kelas komputer ini diadakan sebanyak empat sesi sehari dan lima hari seminggu. Sesi pertama bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari,sesi kedua jam 2.00 hingga 4.00 petang,sesi ketiga jam 4.00 hingga 6.00 petang dan sesi keempat jam 8.30 hingga 10.30 malam.Selepas tamat belajar tentang asas komputer ini,para pelajar akan diberikan sijil tamat belajar oleh pihak Yayasan Salam Malaysia.Para penduduk yang ingin belajar komputer ini juga diwajibkan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM15.00.
Bagi mereka yang berminat unruk belajar asas komputer dengan harga yang rendah boleh menghubungi tenaga pengajar iaitu:

Cik Rozila Sulaiman No Tel:019-9497494

Cik Rozila Sulaiman merupakan tenaga pengajar Kelab ICT Batu Rakit.

Sementara itu Dewan Serbaguna Maras ini juga turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk para penduduk ataupun untuk mereka-mereka yang memerlukan tempat penginapan. Dengan kadar sewa hanyalah RM50.00 untuk bilik utama dan RM40.00 untuk bilik biasa semalam,ianya amat murah jika hendak dibandingkan dengan rumah-rumah tumpangan disekitar Batu Rakit ini.Kemudahan untuk mengadakan latihan badminton dan kebudayaan juga diutamakan oleh JKKK Wakaf Chatur bagi mereka yang berminat.Menurut Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Azami Haji Ali, tempahan dewan untuk penggunaan majlis perkahwinan juga dialu-alukan oleh pihak JKKK Wakaf Chatur.

Kepada mereka yang berminat boleh hubungi:

Pengerusi JKKK Wakaf Chatur Haji Azami Haji Ali No H/P: 019-99426903

Para pelajar melihat apa yang ditunjuk ajar oleh Cik Rozila.

Disamping itu juga JKKK Wakaf Chatur turut mengadakan kelas Bahasa Inggeris untuk para pelajar sekolah rendah secara percuma.Para pelajar yang akan menghadapi UPSR diberikan keutamaan oleh pihak JKKK. Ini kerana mereka perlu dilatih tubi untuk menguasai bahasa inggeris demi kejayaan pada peperiksaan nanti.Apa yang telah dilakukan oleh pihak JKKK Wakaf Chatur telah memberi satu kesan positif terhadap para pelajar, terutama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Maras apabila telah muncul sekolah terbaik dalam Dun Batu Rakit UPSR 2010 baru-baru ini.

Keadaan kelas komputer yang selesa untuk para pelajar.

Sebahagian para pelajar kelas komputer bersama Cik Rozila Sulaiman (berbaju putih)


Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment