Monday, September 19, 2011

PELADANG TIDAK DILUPAKAN

Raya PPK Maras 026
Peladang remaja turut meraikan majlis perjumpaan raya
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 19 September 2011 – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Tuan Haji Asha’ari Idris berkata kerajaan Persekutuan dan Negeri telah banyak menyumbang berbagai bentuk bantuan kepada masyarakat peladang dalam meningkatkan sumber pendapatan mereka.
 Raya PPK Maras 024
Sebahagian peladang wanita sedang mendengar ucapan
      Beliau berkata ketika berucap dihadapan ahli-ahli peladang di bawah naungan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit dekat sini sempena majlis Perjumpaan Raya petang tadi. Seramai 600 orang ahli peladang termasuk peladang wanita dan peladang remaja turut hadir bersama pengerusi-pengerusi JKKK.
Raya PPK Maras 033
BERUCAP - YB Haji Asha'ari Haji Idris sedang menyampai ucapan
      Tapi apa yang mendukacitakan di pihak agensi kerajaan, ada sebahagian di kalangan mereka yang telah terima bantuan, didapati menyeleweng tujuan sebenar kerajaan dengan sengaja tidak mengembangkan bantuan tersebut. Ada yang menjual  untuk mendapat pendapatan segera dalam masa yang singkat, tambahnya lagi.  Sepatutnya mereka berusaha dalam jangka masa yang panjang agar pendapatan berkembang maju.
Raya PPK Maras 045
JAMAH JAMUAN - selepas majlis ucapan, tetamu memilih jenis makanan
      Turut hadir pada petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit, Ustaz Haji Khazan Che Mat bersama Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LLP) negeri, Haji Kamarudin Ngah serta Pengurus Besar PPK Manir. Manakala Ahli-Ahli Jemaah Pengarah PPK Maras/Batu Rakit bersama staff dan Ketua-Ketua Unit Peladang Kawasan turut meraikan majlis berkenaan.
TERIMA - salah seorang peserta yang berjaya meningkatkan pendapatan
      Dalam majlis berkenaan seramai 7 orang peladang telah menerima sijil penghargaan di atas kejayaan mereka menambahkan pendapatan petani pada tahun ini daripada kedua-dua wakil rakyat.

No comments:

Post a Comment