Tuesday, September 27, 2011

Ribut melanda Batu Rakit...

YB Haji Khazan Che Mat (berjaket biru) dan Penyelaras Pergerakan Pemuda Batu Rakit Encik Azahar Mohd Nor melihat kerosakan atap yang dialami oleh bekas Pengerusi JKKK Tanjung Haji Muda Awang akibat ribut melanda semalam.

BATU RAKIT (27hb September 2011) "Kita akan cuba usahakan dengan secepat mungkin agar kerosakan yang dialami ini akan dapat dibaiki dengan segera"itulah jaminan YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Beliau berkata demikian sewaktu melawat salah sebuah rumah yang mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi di Kampung Tanjung Batu Rakit.Beliau yang baru selesai menghadiri Majlis Hari Raya JKKK Padang Kemunting terus bergegas ke rumah tersebut untuk melihat sendiri kerosakan yang dialami pada jam 11.15 malam.

Keadaan rumah bekas Pengerusi JKKK Tanjung bilamana atap rumah diterbangkan ribut.

Sementara itu menurut Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,Haji Kamaruddin Mohd,sebanyak 30 buah rumah didalam Zon Pantai telah mengalami kerosakan akibat dilanda ribut yang berlaku selama 2 malam berturut. "Kebanyakkan yang berlaku hanyalah atap yang diterbangkan angin atau tembus akibat hentaman kuat angin tersebut" kata beliau.

Akibat kekuatan ribut yang melanda telah menumbangkan sebahagian atap garaj kereta di Mengabang Lekor.

Beliau turut berkata akan cuba sedaya upaya untuk menyengerakan proses penghantaran atap kerana tidak mahu rumah-rumah yang mengalami kerosakan akan dilimpahi hujan kembali. Beliau turut meminta mereka-mereka yang mengalami kerosakkan tersebut agar dapat bersabar dan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak Pejabat Adun.

Sebuah rumah yang beratap bata turut dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan.

Sebanyak 8 buah rumah yang mengalami kerosakkan itu ialah di JKKK R.A.K.R Mengabang Lekor, JKKK Mengabang Lekor 5 buah,JKKK Tanjung dan Pagar Besi 4 buah, JKKK Darat Batu Rakit sebanyak 3 buah, JKKK Kubur Timah dan Pengkalan Atap pula masing-masing 2 buah serta JKKK Mengabang Panjang dan Pantai Batu Rakit pula hanya sebuah setiap JKKK.

Pokok kelapa menghempap salah sebuah rumah akibat ribut yang kuat.

Atap dan dinding rumah yang perlu dibaiki akibat dihempap pokok kelapa.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment