Saturday, February 26, 2011

Majlis Penyampaian Hadiah..

Dari kanan ke kiri: Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Harun Ismail, Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Zamari Abu Zih,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Gelugor Raja Encik Mohd Ikram Rafhid dan Setiausaha JKKK Bukit Wan Encik Ambak Ismail.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 25hb Febuari 2011-Satu Majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kawasan rumah Bukit Wan 2010 dan Pertandingan Memancing Ikan Darat telah diadakan di Bangunan KRT Bukit Wan pada jam 9.00 malam hari ini. Majlis yang telah disempurnakan oleh Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Sulaiman Wan Muda ini telah berjaya menghadirkan para penduduk kampung seramai 250 orang.

Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Zamari Abu Zih (kiri) menerima cenderahati dari Pengerusi JKKK Bukit Wan.

Dalam ucapan perasmian,Haji Wan Sulaiman sangat berbangga dengan cara penduduk kampung Bukit Wan berkerjasama.Masing-masing memberikan komitmen yang tinggi untuk melihat kampung Bukit Wan berjaya dalam Pertandingan Kebersihaan dan Keceriaan Kampung peringkat Negeri Terengganu. "Amat payah untuk kita mencari dalam sesebuah kampung,boleh dikatakan setiap hari mengadakan gotong-royong" katanya. Ini menunjukkan sikap penduduk kampung yang sentiasa memberikan satu kerjasam yang kuat demi mengharumkan nama kampung. Beliau juga berharap agar komitmen yang diberikan akan berterusan sehingga sampai pada kemuncak pertandingan. Dan besar harapan beliau agar kampung Bukit Wan akan beroleh kemenangan pada hari pengumuman pertandingan nanti.

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Penghulu Gelugor Raja Encik Mohd Ikram Rafhid.

Sementara itu menurut Encik Ambak Ismail selaku Setiausaha JKKK Bukit Wan, pertandingan ini adalah salah satu galakan untuk para penduduk sentiasa menjaga kebersihaan dan keceriaan kawasan rumah masing-masing.Dengan galakan yang sentiasa diberikan oleh pihak JKKK,ianya akan dapat menambahkan lagi sifat cakna kepada kebersihan yang sentiasa diserapkan dalam ugama. Pertandingan ini juga menurut Encik Ambak lagi sebagai salah satu sinambungan untuk pertandingan yang disertai oleh JKKK Bukit Wan peringkat negeri.

Penghulu Kanan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama pertandingan kebersihan dan keceriaan rumah kampung Bukit Wan 2010.

Dalam acara Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kawasan Rumah,hadiah pertama berupa wang tunai sebanyak RM300.00 dan hamper.Tempat kedua pula menerima wang tunai sebanyak Rm200.00 dan hamper. Manakala tempat ketiga wang tunai yang diberikan sebanyak RM100.00 dan juga hamper."Sebanyak 80 hadiah telah disediakan untuk semua para penduduk kampung" kata Encik Ambak lagi.

Penghulu Kanan sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Manakala dalam Pertandingan Memancing Ikan Darat pula sebanyak Rm100.00 dan hamper telah dimenangi oleh peserta yang menjadi juara. RM70.00 dan hamper menjadi milik peserta ditempat kedua dan RM50.00 serta hamper menjadi milik peserta tempat ketiga.Tempat keempat hingga kesepuluh telah diberikan hamper. Sebanyak tiga ketegori dalam pertandingan memancing telah disediakan hadiah.Katogeri lelaki,wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun telah berjaya menarik hampir 300 penyertaan pada hari pertandingan.

Kanak-kanak turut menerima hadiah dari Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Sulaiman.

Majlis yang dihadiri hampir seluruh penduduk Bukit Wan ini telah berakhir pada jam 11.15 malam.Antara yang hadir pada majlis ini ialah Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih dan juga Penghulu Gelugor Raja Kubang Parit Encik Mohd Ikram Rafhid.

Para penduduk yang hadir memeriahkan majlis.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Friday, February 25, 2011

Pertandingan Mengail Ikan Darat Kampung Bukit Wan.

Hampir 300 orang penduduk Kampung Bukit Wan keluar untuk memeriahkan pertandingan mengail ikan darat.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 25hb Febuari 2011- JKKK Bukit Wan telah mengadakan pertandingan mengail ikan darat di taliair berhampiran pintu gerbang sempadan JKKK Bukit Nenasi.Pertandingan yang diadakan jam 5.00 hingga 6.30 petang ini telah berjaya menarik seramai 300 penyertaan. Hampir seluruh para penduduk keluar beramai-ramai memeriahkan pertandingan ini.

Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Tuan Haji Wan Sulaiman (bersongkok) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan yang merupakan acara tahunan bagi program JKKK Bukit Wan ini menyediakan hadiah wang tunai kepada para pemenang. Terdapat tiga ketegori telah disedikan oleh pihak JKKK untuk menarik minat para penduduk menyertai pertandingan ini. Antara ketegori yang disediakan ialah ketegori dewasa,wanita dan kanak-kanak bawah 12 tahun. Setiap juara bagi semua ketegori mendapat hadiah wang tunai RM100.00 dan hamper,tempat kedua RM70.00 serta hamper dan ketiga RM50.00 dan juga hamper. Bagi tempat ke 4 hinggan 10,pemenang mendapat hamper tiap seorang. Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Haji Wan Sulaiman Wan Muda. Turut hadir sama memeriah majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Bangunan Pusat KRT Bukit Wan ialah Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih dan Juga Penghulu Mukim Gelugor Raja Kubang Parit Encik Mohd Ikram Rafhid.

Para penduduk yang hadir untuk memeriahkan majlis penyampaian hadiah.

Pemenang pertandingan mengail menerima hadiah dari Penghulu Kanan (bersongkok)

Mereka yang hadir untuk menjadi penonton.

Puteri dan pemuda tidak ketinggalan mengambil bahagian.

Tidak kira usia,masing-masing sanggup berpanas untuk menaikan ikan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Majlis Bacaan Yassin APMT Dun Batu Rakit (program bulanan APMT) 2011

Puan Hajah Nik Aini (duduk berbaju biru) bergambar bersama-sama para penduduk dan Ketua-ketua Wanita Cawangan yang hadir.

BATU RAKIT (R.A.K.R MENGABANG LEKOR) 25hb Febuari 2011- Selepas program gotong-royong diPeti Undi Batu Rakit,APMT Dun Batu Rakit meneruskan program bulananya dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin di Surau Rumah Awan Kos Rendah (R.A.K.R.) Mengabang Lekor. R.A.K.R Mengabang Lekor terletak dalam peti undi Mengabang Lekor Batu Rakit.

Khusyuk membaca surah yassin.

Program yang telah mendapat sambutan dari para penduduk R.A.K.R Mengabang Lekor dan juga sebahgian Ketua Wanita UMNO Cawangan dalam Dun Batu Rakit telah bermula jam 3.30 petang. Program yang bermatlamatkan merapatkan APMT Dun Batu Rakit dengan masyarakat sekitar ini telah disertai seramai 60 orang wanita dan juga disertai oleh isteri YB Adun Batu Rakit iaitu Puan Nik Aini binti Nik Soh.

Puan Hajah Nik Aini (berbaju biru) turut sama hadir dalam majlis bacaan yassin.

Dalam ucapan yang selepas majlis bacaan yassin,beliau berharap agar majlis seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa demi mengeratkan perpaduan yang telah terjalin dikalangan wanita-wanita didalam peti undi. Beliau juga amat berterimakasih kepada semua yang hadir kerana sentiasa memberikan sokongan terhadap segala majlis yang bercorak keagamaan.Beliau juga berjanji akan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap program-program yang dilakukan baik oleh APMT mahupun Pergerakan Wanita Umno Cawangan.

Kaum wanita yang hadir memeriahkan bacaan yassin di Surau RAKR Mengabang Lekor.

Sementara itu menurut Penyelia APMT Dun Batu Rakit Encik Azahar Jusoh,beliau berharap agar segala perancangan yang telah ditetapkan oleh APMT dapat dilaksanakan dengan tersusun dan perancangan yang rapi. "Pemantauan dari masa kesemasa terhadap segala kekurangan yang berlaku didalam program hendaklah dibaiki dan perlu diberikan pemerhatian yang wajar" katanya. Harapan untuk melihat APMT sentiasa mendampingi masyarakat sekeliling adalah merupakan salah satu perkara utama dalam setiap program yang dijalankan.

Pembantu-pembantu APMT Dun Batu Rakit (berbaju hitam dan bertudung merah) khusuk membaca surah yassin.

Beliau juga berharap agar masyarakat juga sentiasa memberikan pandangan yang positif terhadap apa juga program yang dilakukan oleh APMT."Tanpa sokongan dari semua pihak,kita tidak akan berjaya dalam menjayakan visi dan misi yang telah diserapkan oleh APMT Negeri" ujar belaiu lagi.


video


Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Thursday, February 24, 2011

Perarakan Maulidur Rasul Sekolah Kebangsaan Batu Rakit.

Meriah- pelajar-pelajar berarak sambil memegang sepanduk.

BATU RAKIT (PANTAI) 24hb Febuari 2011- Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Batu Rakit telah bersama-sama menyertai Perarakan Maulidur Rasul yang bermula jam 8.30 pagi.Perarakan yang bermula di padamg sekolah telah melalui dua buah kampung iaitu Kampung Tanjung dan Kampung Pantai.

Para pelajar bersemangat mengharungi perarakan.
.
Program yang telah menjadi salah satu acara tahunan bagi pihak sekolah ini sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh para pelajar sekolah.Keceriaan dan kegembiraan jelas terbayang diwajah mereka dan penuh bersemangat melaungkan selawat nabi.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Rakit (kanan) mengetuai perarakan.

Sabar menanti untuk memulakan perarakan.

Perarakan mengikuti rumah-rumah sukan yang diadakan baru-baru ini.

Kanak-kanak pra sekolah turut serta memeriahkan perarakan Maulidur Rasul.


video

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Wednesday, February 23, 2011

Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Gelong Gajah.

Para jemaah wirid bersama selepas selesai solat isyak.

BATU RAKIT (GELONG GAJAH) 23hb Febuari- Sempena bulan Maulidur Rasul,Masjid Gelong Gajah tidak ketinggalan mengadakan ceramah Maulidur Rasul untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Hampir 150 orang para jemaah dikalangan penduduk kampung Padang Kemunting,Gelong Gajah,Panchur Kuin dan Tanjung Kedepan telah memenuhi ruang masjid tersebut. Turut hadir sama mendengar ceramah ini ialah wakil Balai Polis Batu Rakit,Pengerusi-pengerusi JKKK setempat,Jawatankuasa Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Menjamu selera selepas selesai ceramah dan solat isyak.

Ceramah yang bermula selepas solat isyak telah disampaikan oleh bekas Timbalan Mufti Negeri Ustaz Abdul Halim Awang. Ustaz Abdul Halim telah menyampaikan ceramah yang bertajuk sifat-sifat mulia nabi Muhammad S.A.W. Dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau,banyak sifat-sifat terpuji yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk dicontohi oleh umat baginda.Sifat-sifat terpuji jugalah yang melayakkan baginda digelar Al-Amin iaitu seorang yang amanah.

Para jemaah berselawat nabi bersama-sama.

Ustaz Abdul Halim juga menyeru agar para jemaah yang hadir agar sentiasa menjadikan sunnah nabi itu satu amalan yang baik setiap kali melakukan perkerjaan dalam kehidupan harian. "Dengan amalan yang baik pasti akan dibalas dengan sempurna oleh Allah yang maha agong" katanya lagi.Sikap dan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah sentiasa menjadi ikutan yang berpanjangan setiap masa dan ketika demi mencari keredhaan Illahi baik didunia mahu pun diakhirat.

Ustaz Abdul Halim Awang bekas Timbalan Mufti Terengganu menyampaikan ceramah.

Sementara itu dalam ucapan perhargaan oleh Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman,beliau menyeru agar para jemaah yang hadir dapat mengambil ikhtibar diatas setiap baris ayat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim. Sesungguhnya kebaikkan itu pasti akan datang dengan sendiri bila kita sentiasa mematuhi perintah-perintah Allah. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang hadir kerana berjaya menjadikan ceramah agama sebagai salah satu sokongan untuk program-program yang dianjurkan oleh JKKK. Diakhir majlis para jemaah telah bersama-sama berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pengerusi JKKK Kampung Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman yang bertindak selaku pengerusi majlis.

video



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Tuesday, February 22, 2011

Majlis agihan e-book dan bantuan pakaian sekolah JKM di Pulau Redang

Pelajar-pelajar yang mendapat e-Book dan bantuan pakaian sekolah bergambar kenangan bersama Encik Abdullah Ibrahim,Tuan Haji Suhaimi Zakaria dan guru-guru sekolah.


BATU RAKIT (PULAU REDANG) 22hb Febuari 2011- Seramai 35 orang pelajar tahun 5 telah mendapat e-book dan 25 orang murid-murid tahun 2 telah mendapat bantuan pakaian sekolah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada majlis penyampaian e-Book dan Bantuan Pakaian Sekolah JKM di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang hari ini. Program yang dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini juga telah mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.

Encik Abdullah Ibrahim (kanan) menerima cenderahati dari wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria.

e-Book diberikan kepada pelajar tahun 5 oleh Encik Abdullah Ibrahim.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang ini telah disempurnkan oleh wakil YB Haji Khazan Che Mat iaitu Encik Abdullah Ibrahim selaku Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu yang juga merupakan anak jati Pulau Redang. Turut bersama hadir pada majlis ini ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Encik Abdullah Ibrahim menyampaikan bantuan beg sekolah kepada pelajar.

Dalam ucapan yang disampaikan Encik Abdullah Ibrahim,beliau berharap akan lebih ramai lagi para pelajar yang cemerlang akan dilahirkan oleh Sekolah Kebangsaan Pulau Redang nanti. "Kejayaan yang pernah dilahirkan oleh pihak sekolah pada masa lalu haruslah dipertingkatkan oleh para pelajar yang ada sekarang agar nama Sekolah Kebangsaan Pulau Redang setanding dengan sekolah-sekolah yang ada didalam Dun Batu Rakit" katanya.Ini kerana menurutnya lagi,pelbagai kemudahan telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk menjamin kejayaan para pelajar.Walaupun berada disebuah pulau,ianya bukanlah alasan untuk kerajaan tidak menunaikan segala janji yang telah diberikan.

Pelajar-pelajar yang hadir untuk menerima e-book dan bantuan pakaian sekolah.

Dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan,beliau berharap ianya akan menjadi sebagai salah satu pemangkin untuk para pelajar terus berjaya. Beliau juga berharap agar para ibubapa akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi kejayaan anak-anak mereka didalam bidang pelajaran.

Para guru dan polis yang turut hadir dalam program ini.

Sempena dengan majlis ini juga pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit telah menagihkan cek dana raya (rayaun 2010) kepada para penduduk setempat.Seramai 11 orang dikalangan para penduduk Pulau Redang telah berjaya mendapatkan kembali wang ehsan yang diagihkan pada tahun 2010. Menurut Haji Kamarudin Mohamad selaku Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,kesempatan datang pada program penyampaian e-Book ini telah berjaya menyelesaikan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan penduduk di Pulau Redang.

Dari kiri ke kanan: Wakil YB Haji Khazan Encik Abdullah Ibrahim,wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

Encik Abdullah Ibrahim menyampaikan ucapan selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

berita penuh

Agihan Bantuan Pakaian Sekolah Menengah dan Rendah Dun Batu Rakit 2011

Para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit dan ibubapa yang hadir untuk menerima bantuan untuk anak-anak mereka.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 21hb Febuari 2011- Untuk menjadikan pelajaran sebagai salah satu perkara yang perlu di titik beratkan oleh ibubapa dan tiada alasan untuk ibubapa tidak memberikan pelajaran kepada anak-anak mereka, kerajaan melalui pelbagai agensi telah menghulurkan bantuan untuk meringankan beban ibubapa kearah itu.

Para ibu juga tidak ketinggalan hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Bertempat di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras,seramai 108 orang pelajar sekolah menengah dan 58 orang pelajar sekolah rendah telah dipilih untuk menerima bantuan pakaian dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Setiu. Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.


Ibu pelajar menerima beg sekolah dari YB Haji Khazan.

Dalam ucapan perasmian,beliau banyak mengajak para pelajar agar sentiasa bersyukur dengan pemberian yang telah diberikan oleh pelbagai pihak daripada agensi-agensi kerajaan."Ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap rakyat yang miskin dan sentiasa akan memberi bantuan" katanya. Pelajaran merupakan aspek yang paling utama dan sentiasa menjadi penyumbang terbanyak kerajaan terhadap rakyat. Ini bertetapan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai para pemimpin yang berilmu dimasa hadapan,kata beliau lagi.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Beliau juga mengajak para ibubapa supaya sentiasa menyokong usaha-usaha kerajaan demi kebaikkan untuk anak-anak mereka dalam bidang pelajaran. "Kesungguhan yang ditunjukkan kerajaan sewajarnya mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari pihak ibubapa"..kata nya. Beliau juga banyak membezakan suasana di Malaysia dengan luar negeri dimana tiada subsidi yang dilakukan oleh negara-negara lain untuk rakyat mereka didalam bidang pelajaran. " Ini menunjukkan bahawa kerajaan bukan bercakap kosong untuk melihat rakyatnya berjaya didalam menongkah arus mencari ilmu" tambah beliau lagi.

Dari kiri ke kanan: En. Zukifli Mat wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu, YB Haji Khazan,En. Zul Suzali Othman wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu dan Ketua Balai Polis Batu Rakit En.Abdullah.

YB Haji Khazan (berbaju batik) menyampaikan beg sekolah kepada bapa pelajar yang menerima bantuan.

Diakhir ucapan beliau,beliau berterimakasih kepada Jabatan kebajikan Masyarakat kerana sentiasa mengambil cakna terhadap golongan yang berpendapatan rendah. Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang sentiasa memberikan sokongan terhadap program-program yang dilakukan di dalam Dun Batu Rakit. Harapan beliau agar sokongan yang berterusan seperti ini akan dapat mengekalkan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya akan datang.
Turut sama hadir dalam program ini ilah wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu Encik Zul Suzali Othman, wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu Encik Zukifli Mat dan juga Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah. Majlis yang bermula jam 3.00 petang telah berakhir jam 5.00 petang.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh

Monday, February 21, 2011

Penyampaian E-Book Dun Batu Rakit 2011.

Para pelajar gembira menjulang E-book yang mereka terima.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 21hb Febuari 2011- Seramai 506 pelajar tahun 5 didalam Dun Batu Rakit telah menerima E-book daripada YB Haji Khazan Che Mat dalam Majlis Penyampaian E-book Dun Batu Rakit 2011. Majlis yang telah dihadiri seramai 1,300 orang ini telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekor pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Para pengerusi-pengerusi JKKK yang hadir memberikan sokongan kepada program penyampaian E-book.

Majlis yang diseliakan sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini juga dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Encik Wan Sulaiman Wan Muda, para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Guru-guru pengiring,masyarakat setempat dan para ibubapa juga turut hadi memeriahkan majlis ini.

Para pelajar bersama E-book yang telah diperolehi.

Dalam ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria,beliau berharap matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri anjung ilmu akan tercapai apabila pemberian E-book ini diteruskan dari tahun ke tahun. "Selama 3 tahun kerajaan negeri menjayakan program pemberian E-book" katanya. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengotakan janji yang ditunaikan untuk memberi e-book kepada semua murid-murid tahun 5..tambahnya lagi.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.

Beliau juga berharap agar para ibubapa sentiasa memantau anak-anak mereka dalam penggunaan E-book.Ini kerana banyak perkara-perkara yang tidak dijangkan mungkin akan berlaku disebalik kecanggihan teknologi masa kini.
Para pelajar juga dituntut agar terus cemerlang dan berjaya untuk menjadi para pemimpin yang berilmu suatu hari nanti..kata beliau lagi.

Sebahagian para ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak yang menerima E-book.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat,banyak yang telah kerajaan negeri lakukan demi kejayaan dan kesenangan para pelajar terutama anak-anak Terengganu dalam pendidikan. Gaya dan cara yang diamalkan oleh kerajaan dapat menjamin hasrat kerajaan untuk terus berbakti kepada para penduduk baik di Terengganu mahupun di Malaysia sendiri. Menurut beliau lagi,kerajaan juga akan terus bersikap cakna rakyat dari masa ke semasa demi melahirkan para pemimpin yang berilmu pada masa akan datang.

Para pelajar beratur untuk menerima E-book dari YB Haji Khazan.

Beliau juga mengingatkan kepada para pelajar bahawa apa yang didapati pada masa ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengadakannya. Sikap bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan yang telah banyak mengadakan yang terbaik untuk rakyat amatlah dituntut dalam ajaran Islam. Beliau juga berharap agar para ibubapa sentiasa memantau E-book anak-anak mereka agar tiada ruang untuk perkara yang negetif menjelma didalam E-book tersebut. Sikap kecaknaan para ibubapa pasti merupakan satu perkara yang terbaik demi kejayaan dan kecermelangan anak-anak mereka.

Dari kiri ke kanan: Encik Wan Sulaiman Wan Muda Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu,Tuan Haji Suhaimi Zakaria, YB Haji Khazan dan Tuan Haji Kamal Taib.

Diakhir ucapan YB Haji Khazn turut merakamkan ucapan terimakasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Setiu,para sekolag-sekolah yang terlibat,para Pengerusi JKKK yang hadir memberi sokongan,para ibubapa yang sentiasa ingin melihat anak-anak mereka berjaya,para APMT Dun Batu Rakit dan seluruh warga yang terlibat menjayakan majlis ini.

YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan ucapan perasmian.

Tuan Haji Suhaimi Zakaria wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu menyampaikan ucapan alu-aluan.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

berita penuh