Friday, December 16, 2011

Sepakat Bawa Berkat !!!

Foto0413
Oleh : Mohamad Abdullah

Foto0400WAKAF CHAGAK – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Wakaf Chagak sepakat mengadakan aktiviti memasak bubur asyura di Dataran Bestari Wakaf Chagak sebagai acara tahunan sempena sambutan Maal Hijrah 1433. Seawal jam 8.00 pagi semua ahlijawatankuasa siap sedia dengan tugasan masing-masing hari ini 16 Disember 2011.

Foto0405           Pengerusi Jiran Wanita KRT Wakaf Chagak, Puan Faridah Abu berkata, “pada tahun ini, Ahli Parlimen Setiu, Dato Haji Mohd Jidin Shafee telah menyumbang RM500.00 sebagai menampung sebahagian kos perbelanjaan membuat bubur asyura.” “Dengan adanya sumbangan tersebut, kali ini sebanyak 300 bungkus telah dapat diagihkan kepada penduduk sekitar Kg Pandu, Kg Wakaf Chagak dan Kg Kubur Timah. Manakala pada tahun lepas hanya dapat diagihkan sebanyak 200 bungkus sahaja,” tambahnya lagi.
foto0407          Seramai 30 orang terlibat melalui konsep gotong royong. Mereka terdiri wakil Tunas Muda, Jiran Muda, Jiran Wanita. Selain itu kaum lelaki tidak ketinggalan bertindak sebagai pengacau bubur asyura pada waktu  pagi. Kemudian kaum wanita menyambung tugas lelaki ketika waktu hampir waktu solat jumaat.

foto0395         Setiausaha JKKK Wakaf Chagak, Ibrahim Abd Rahman berkata, “kerja-kerja agihan bungkusan ke rumah-rumah di ketiga-tiga kampung dilakukan dengan jayanya oleh Ketua-Ketua Zon bermula jam 3.00 petang. 
 Foto0404

No comments:

Post a Comment