Thursday, September 29, 2011

Futsal Piala YB Adun Batu Rakit 2011 dilancarkan..

YB Haji Khazan Che Mat (kanan) menandatangani bola futsal sebagai gimik pelancaran Pertandingan Futsal Piala YB Adun Batu Rakit 2011 di Restoran Seri Wangsa,Gong Badak sambil diperhatikan oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Encik Azhar Mohd Nor.

BATU RAKIT (28hb September 2011) Sebanyak 27 pasukan telah menyertai Pertandingan Futsal Piala YB Adun Batu Rakit yang dianjurkan oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit.Majlis perasmian yang dilakukan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit di Restoran Seri Wangsa Gong Badak,turut mengundang pasukan dari Balai Polis Batu Rakit sebagai sebuah pasukan jemputan.

Ketua Balai Polis Batu Rakit SM Abdullah Yusuf (kiri) menerima jersey tanda penyertaan pasukan Balai Polis Batu Rakit dari YB Haji Khazan Che Mat.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berharap agar kejohanan yang diadakan ini akan dapat melahirkan ramai bakat-bakat baru dari Batu Rakit untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha yang dilakukan oleh Penyelaras Pemuda Dun ini merupakan salah satu acara tahunan yang sentiasa mendapat sambutan dikalangan para pemuda.Beliau turut melahir rasa bangga kerana Pemuda Dun sentiasa mengadakan program-program yang dapat menyatukan lagi sikap kerjasama antara satu sama lain.

Ketua pasukan Bukit Agu Encik Azhar Jusoh (kiri) menerima jersey dari YB Haji Khazan.

Dalam ucapan ini juga beliau berharap agar setiap pasukan akan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk terus memupuk semangat ukhwah antara pemuda di Dun Batu Rakit."Kalah menang adalah adat permainan,tapi semangat bersatu dalam satu pasukan perlulah kita tonjolkan demi kekuatan kita sendiri" kata beliau lagi. Beliau juga akan sentiasa memberikan segala sokongan kepada pemuda didalam menjayakan setiap program-program demi kepertingan bersama.Kepada pasukan Balai Polis Batu Rakit,YB Haji Khazan turut mengucapkan selamat bertanding dan dapat memberikan yang terbaik demi semangat kesukanan yang tinggi.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian pelancaran futsal.

Sementara itu didalam ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Encik Nazri Mamat yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis,beliau melahirkan ucapan terima kasih dari pemuda untuk YB Haji Khazan Che Mat diatas setiap sokongan yang diberi untuk program-program pemuda.Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana sokongan yang diberikan oleh semua Ketua-ketua Pemuda Cawangan dapat melancarkan lagi pertandingan futsal pada kali. Disamping itu juga beliau turut mengucapkan bertanding kepada semua pasukan yang terlibat.

Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Encik Nazri Mamat menyampaikan taklimat pertandingan kepada semua pasukan bertanding.

Menikmati jamuan makan malam sebelum majlis pelancaran futsal bermula.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam ini juga turut diadakan cabutan undi dan juga penyerahan jersey oleh YB Haji Khazan Che Mat kepada semua pasukan yang bertanding.Sebagai gimik majlis pelancaran Pertandingan Futsal Piala YB Adun Batu Rakit,YB Haji Khazan telah berkenan menandatangani sebiji bola futsal untuk digunakan pada hari pertandinagan yang akan diadakan selama dua hari iaitu pada 30hb September dan 1hb Oktober 2011.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment