Tuesday, September 20, 2011

Santai Aidilfitri.. Pemuda dan Puteri..

Penduduk kampung yang hadir turut bersama-sama menikmati jamuan hari raya.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 20hb September 2011- Walaupun hujan renyai-renyai namun tidak menhalang hampir 200 orang para Pemuda dan Puteri Cawangan Padang Polis dan Pengkalan Atap untuk hadir pada Majlis Santai Aidilfitri anjuran bersama Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan Padang Polis dan Pengkalan Atap. Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam ini turut dihadiri oleh para anggota Balai Polis Batu Rakit,Ketua Umno Cawangan Padang Polis,Pengerusi JKKK Padang Polis,AJK Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit,AJK Pergerakan Puteri Dun dan juga Ketua Puteri Bahagaian Setiu.

Pengerusi JKKK Padang Polis (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan nama bertuah.

Majlis ini turut mengadakan cabutan nama bertuah yang menyediakan sebanyak 20 hamper,nyayian karaoke dan juga jamuan pelbagai jenis juadah raya. Menurut Pengerusi Program Encik Shahir Mohd Nor,tujuan majlis seperti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali saliturahim antara para pemuda,puteri Padang Polis dan Pengkalan Atap. Ianya juga merupakan salah satu acara tahunan yang sentiasa diadakan oleh para pemuda dan puteri. Beliau juga turut berbangga dengan sambutan yang telah diberikan oleh para pemuda dan puteri. Ucapan terima kasih juga beliau hulurkan kepada JKKK Padang Polis kerana sentiasa membantu para pemuda dan puteri menjayakan pelbagai program.

Para puteri yang hadir mendaftar untuk cabutan nama bertuah.

Anggota Polis Batu Rakit bersama-sama memeriahkan sambutan aidilfitri.

Para Pemuda sedang membakar ayam untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini akan terus diadakan demi menjadikan pemuda dan puteri sentiasa diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan. Dengan sokongan yang sentiasa diberikan,beliau turut berharap sumbangan-sumbangan akan terus diberi kepada pemuda dan puteri Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment