Monday, October 17, 2011

Wakil Setiu dikekalkan dalam PPSBNT

PPSBNT AJIL 010
PENGERUSI PPSBNT - sedang berucap (kiri sekali)
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 17 Oktober 2011 – Mesyuarat Agung Persatuan Pengeluar Sayur-sayuran dan Buah-buahan Negeri Terengganu (PPSBNT) dalam persidangan perwakilan tahunan kali ke 15 telah bersetuju mengekalkan pucuk pimpinan dan ahlijawatankuasa.

PPSBNT AJIL 016
BARISAN kepimpinan PPSBNT
      Seramai 6 orang dari Parlimen Setiu telah dipilih semula oleh perwakilan dengan sebulat suara pada 15 Oktober yang lalu. Pengerusi PPSBNT, Dr Mohamad @ Abdul Wahab Ngah, 66, telah dikekalkan bagi kali 15 berturut-turut. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 ketika beliau berjawatan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri ketika itu. Selain beliau setiausaha, Mohamad Abdullah, 62, bersama Mat Lazim Iman dari DUN Batu Rakit. Manakala Sohori Ismail, Nordin Ismail dan Mohd Ariff Mohamad dari DUN Permaisuri.
PPSBNT AJIL 014
YB Hj Asha'ari Idris
      Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Haji Asha’ari Idris merangkap ADUN Langkap telah menyempurnakan majlis perasmian sebelum itu. Seramai 200 orang perwakilan hadir sebagai wakil dari setiap daerah yang meliputi keahlian keseluruhannya 1,000 orang lebih. Persidangan telah diadakan di Dewan Besar, Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu..
PPSBNT AJIL 008
PERWAKILAN - sedang mendengar amanat
      Haji Mohamad Said, bekas Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu telah dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi. Manakala Haji Wan Mukhtar Wan Ali, bendahari bersama Haji Kamaruddin Mohamad mewakili Daerah Kuala Terengganu.
PPSBNT AJIL 019
BERTANYA-W.Daud W.Hamzah (Besut)
      Hulu Terengganu diwakili oleh Haji Abdul Rahman Jusoh, Aznan Ismail, Zakaria Yusof dan Aliah Tengah. Manakala ahlijawatankuasa lain dikekalkan ialah Haji Ali Yaacob, Yusof Sulaiman, Mohd Yasin Mohd (Besut), Said Mat Amin, Yusof Ahmad, Mohd Nawi Majid (Kemaman), Haji Mohamad Musa, Mat Arif Muda, Syed Mohd Syed Abu Bakar (Dungun), Haji Zainal Samat, Yusof Abdullah dan Mohd Halim Salleh (Marang). 


No comments:

Post a Comment