Monday, October 24, 2011

JKKK Hilir Maras Bergerak Aktif.

Para penduduk,kanak-kanak dan seluruh jawatankuasa sukaneka Hilir Maras bergambar kenangan bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit selepas selesai acara sukan dijalankan.

BATU RAKIT (HILIR MARAS) 22hb Oktober 2011- Bagi merapatkan hubungan antara JKKK dan masyarakat kampung,pelbagai aktiviti akan dilakukan oleh pihak JKKK untuk tujuan itu.Ada antara JKKK yang menganjurkan kuliah maghrib,gotong-royong dan juga ceramah-ceramah agama.Bagi JKKK Hilir Maras pula,aktiviti bersukan banyak membantu untuk merapatkan lagi hubungan dengan penduduk.

Penyelia APMT Dun Batu Rakit Azahar Jusoh (kanan) menerima hadiah daripada Haji Kamaruddin Mohd (kiri).

Bertempat di Padang Bola Kampung Hilir Maras,sebanyak 16 acara sukaneka telah berjaya dianjurkan oleh JKKK Hilir Maras untuk merapatkan lagi hubungan JKKK dengan penduduk kampung.Seramai 200 orang para penduduk tidak kira usia kanak-kanak,remaja,wanita dan warga emas telah bersama-sama menjayakan sukaneka tersebut.

Salah seorang peserta pertandingan menerima hadiah dari Haji Kamaruddin.

Antara acara sukan yang dijalankan ialah isi air dalam botol,lari dalam guni,tiup belon,balingan kasih dan banyak lagi. Bagi acara kemuncak pula ialah tarik tali wanita dan lelaki yang mengundang semua JKKK didalam Peti Undi Maras.Sukaneka yang bermula pada jam 8.30 pagi ini turut disertai oleh APMT Dun Batu Rakit yang bertindak sebagai pengadil dan juga pendaftar acara sukan.

Peserta wanita bersungguh-sungguh untuk memenangi acara tarik tali.

Menurut Encik Alias Jusoh selaku urusetia pertandingan,matlamat utama acara sukan ini diadakan ialah untuk mendekatkan lagi AJK JKKK Hilir Maras dengan seganap lapisan penduduk.Dengan adanya acara seperti ini,ianya dapat memberikan peluang untuk penduduk mengenali setiap salah seorang AJK JKKK.Menurut beliau lagi,tanpa sokongan dari para penduduk kampung,sesebuah JKKK tidak berupaya untuk bergerak dalam segala aktiviti.

Acara tarik tali yang mendapat perhatian dari seluruh mereka yang hadir menyaksikan Sukaneka JKKK Hilir Maras.

Majlis penyampian hadiah sukaneka ini telah dilakukan oleh Haji Kamaruddin Mohd selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit. Beliau yang juga Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit terlebih dahulu menyampaikan salam daripada YB Haji Khazan kerana tidak dapat hadir pada program ini disebabkan sedang berada di Stadium Tertutup Gong Badak bersama-sama Menteri Besar Terengganu.

Acara isi air dalam botol kanak-kanak bawah 9 tahun.

Beliau turut berharap agar JKKK Hilir Maras akan sentiasa memainkan peranan yang penting didalam menyatupadukan seluruh penduduk Hilir Maras. Sokongan yang tidak berbelah bagi juga turut dituntut daripada para penduduk agar JKKK Hilir Maras dapat melakukan segala aktiviti dengan lebih berkesan.Disamping itu juga beliau akan sentiasa memberi segala sokongan untuk JKKK Hilir Maras lebih maju dan berdaya saing kehadapan.

Masukkan bola dalam bakul untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.

Acara kutip gula-gula untuk kanak-kanak lelaki bawah 5 tahun.

APMT Dun Batu Rakit yang bertindak sebagai pendaftar acara sukan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment