Monday, October 10, 2011

87 ORANG CERIA MENERIMA ELAUN..

Sebahagian guru-guru masyarakat Yayasan Islam Terengganu ceria menerima tunggakkan elaun bermula bulan Januari hingga Julai 2011 yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur,Maras Batu Rakit.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR,MARAS) 10hb Oktober 2011- Kecerian diwajah 87 orang Guru-guru Khidmat Masyarakat Yayasan Islam Terengganu Dun Batu Rakit jelas terpampar apabila menerima elaun tunggakkan bulan Januari hingga Julai 2011 di sini hari ini.Majlis yang dipanggil Perjumpaan dan Bayaran Tunggakkan Elaun Guru-Guru Khidmat Masyarakat Yayasan Islam Terengganu Dun Batu Rakit 2011 telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit.

YB Haji Khazan menerima cenderahati dari Pengarah Yayasan Daerah Kuala Terengganu Haji Ali Hussin (kanan).

Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Kuala Terengganu Haji Ali Hussin,beliau berkata sebanyak RM82,300 telah dikeluarkan oleh pihak Yayasan Islam untuk membayar tunggakkan elaun bagi 87 orang guru yang terdiri daripada 50 orang guru lelaki dan 37 orang guru wanita.Beliau berkata,kenaikkan elaun ini adalah kerana tugas yang dilakukan oleh pihak guru-guru khidmat masyarakat kini makin bertambah. Menurut beliau,pada tahun 2010 elaun guru-guru yang mengajar 1 kelas hanya dibayar RM150.00 kini dinaikkan kepada RM300.00.Bagi yang mengajar 2 kelas pula,RM200.00 pada tahun 2010 dinaikkan menjadi RM300.00 pada 2011. RM300.00 yang dibayar pada yang mengajar 3 kelas pada tahun 2010 dinaikkan menjadi RM400.00 kini.Manakala yang mengajar sebanyak 4 kelas pula dari RM500.00 ditambah menjadi RM600.00.

Puan Rahimah Abd.Ghani menerima tunggakan elauan dari YB Haji Khazan.

Beliau turut memaklumkan bahawa tunggakkan elaun yang dibayar ini adalah bermula dari bulan Januari hingga Julai 2011 sahaja.Sebanyak RM4.7 juta telah dikeluarkan oleh pihak Yayasan Islam pada 3hb sehingga 15hb Ogos untuk membayar tunggakkan elaun kepada 3,000 orang guru-guru khidmat masyarakat diseluruh negeri Terengganu. RM723.000.00 digunakan untuk pembayaran bagi guru-guru di Daerah Setiu.Beliau turut memohon kerjasama dari pihak guru-guru khidmat masyarakat agar sentiasa melaporkan setiap kali cuti,sakit ataupun berlaku kematian. Ini kerana ada sesetengah guru yang menerima elaun itu tanpa mengajar kelas Al-Quran. Beliau juga memberitahu bahawa terdapat kes guru yang meninggal dunia dan pihak Yayasan berterusan membayar elaun kepada guru tersebut.

Guru-guru masyarakat Yayasan Islam Terengganu hadir untuk menerima elaun tunggakkan.

Haji Ali Hussin juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada majlis tersebut.Beliau juga memohon agar setiap guru-guru yang diamanahkan oleh pihak Yayasan agar dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,jujur dan ikhlas.

Dari kiri ke kanan: Tuan Haji Ali Hussin Pegawai Yayasan Islam Daerah Kuala Terengganu,YB Haji Khazan Che Mat dan Ustaz Ali Sobri Hassan Pegawai Yayasan Islam Daerah Setiu.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 hingga 5.00 petang ini turut dihadiri oleh Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Setiu Ustaz Ali Sobri Hassan dan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddi Mohd.

YB Haji Khazan Che Mat bersalaman dengan guru-guru Al-Quran Yayasan Islam Terengganu.

Para pertugas Yayasan Islam Terengganu sibuk mendaftar guru-guru masyarakat.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment