Saturday, October 1, 2011

Padang Polis A juara baru...

Barisan pemain Pasukan Padang Polis A (berbaju putih) dan Pasukan Terap Pecah Rotan bergambar kenangan bersama para Jawatankuasa Pertandingan,pengadil perlawanan (kanan sekali),wakil Balai Polis Batu Rakit (berdiri tujuh dari kanan),Timbalan Pengerusi JKKK Padang Polis (berdiri tiga dari kiri) dan YB Haji Khazan Che Mat ( berdiri lima dari kiri) sebelum perlawanan akhir bermula.

BATU RAKIT (WAKAF CHAGAK) 1hb Oktober 2011- Dengan semangat juang yang tinggi dan mengenal erti berputus asa serta semangat berpasukan yang baik,Pasukan Padang Polis A akhirnya telah berjaya dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Futsal Piala YB Adun Batu Rakit 2011. Perlawanan akhir itu telah menemukan Pasukan Padang Polis A dengan Pasukan Terap Pecah Rotan yang berakhir dengan kemenangan besar kepada Padang Polis A 4 -0.

Pasukan Padang Polis A Juara Piala YB Adun Batu Rakit 2011 merakam kenangan bersama YB Haji Khazan Che Mat (dua dari kiri).

Perlawanan akhir yang didominasikan sepenuhnya oleh Padang Polis A ini,membuatkan pasukan Terap Pecah Rotan telah ketinggalan 2-0 bila separuh masa tamat. Penguasan bahagian tengah dan pertahanan yang 'kebal' oleh Padang Polis A,membuatkan pasukan lawan seolah-olah ketandusan idea untuk mencari gol.Walaupun telah mendahului 2-0,namun bukalah jalan terbaik untuk Padang Polis A bermain secara bertahan. Asakan bertali arus yang dilancarkan akhirnya telah membuahkan hasil. Pada minit ke 10 separuh masa kedua,penyerang Padang Polis A menyumbat gol yang ketiga perlawanan.Gol tersebut terus membunuh semangat pasukan Terap Pecah Rotan.Kealpaan disaat-saat akhir oleh pertahanan Terap Pecah Rotan,sekali lagi digunakan oleh Padang Polis A untuk menjaringkan gol.Dan sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil,kedudukkan kekal 4-0 kemenangan berpihak kepada Pasukan Padang Polis A.

Piala Pusingan,piala iringan,medaledal pemain terbaik dan medal bagi pasukan yang berjaya melangkah ke perlawanan suku akhir.

Dengan kemenagan itu,Pasukan Padang Polis telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00,medal,piala iringan dan juga piala pusingan.Sementara itu bagi pasukan Terap Pecah Rotan pula RM300.00 dan medal telah berjaya dibawa pulang selaku naib juara. Kejayaan Pasukan Padang Polis A juga menjadi lebih manis apabila pemainnya iaitu Encik Sufian Mat Teh telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dengan medal dan wang tunai RM50.00 menjadi hadiah.

Pengadil perlawanan menerima cenderahati dari YB Haji Khazan.

Bagi tempat ketiga pula Pasukan Pantai B telah berjaya membawa pulangan hadiah wang tunai RM 200.00 berserta medal dan pasukan Bukit Wan yang menduduki tempat keempat telah mendapat wang tunai sebanyak RM150.00 berserta medal.Sebelum melangkah perlawanan akhir Pasukan Padang Polis A telah berjaya mengalahkan Pasukan Bukit Wan dengan sepakan penalti 3-2 setelah kedua-dua pasukan seri 0-0 sehingga perlawanan sepenuh masa tamat.Bagi pasukan Terap Pecah Rotan pula kejayaan menumbangkan Pasukan Pantai B pula telah berjaya membawa mereka ke perlawanan akhir. Dengan kemenangan 3-2 melalui sepakkan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar perlawanan ianya cukup untuk membawa Terap Pecah Rotan ke perlawanan akhir. Walaupun ketinggalan 2-1 sehingga ke hujung perlawanan,namun semangat juang yang tinggi telah berjaya memberikan gol penyamaan kepada Terap Pecah Rotan.

Pengurus Pasukan Padang Polis A Encik Muda Abdullah menerima Piala Pusingan dan wang tunai kemenangan jaura dari YB Haji Khazan.

Sementara itu bagi Setiausaha Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit Encik Nazri Mamat,pertandingan pada kali ini telah berjaya mencapai matlamat dan sasaran yang telah digariskan oleh Urusetia Pertandingan. Sebanyak 27 pasukan telah menyertai pertandingan pada kali ini yang telah dibahagikan kepada lapan kumpulan.Perlawanan pada peringkat kumpulan telah diadakan secara liga dan setiap juara dan naib juara kumpulan akan melangkkah ke pusingan yang kedua.Pertandingan pada kali ini juga turut mengundang pasukan dari Balai Polis Batu Rakit sebagai pasukan jemputan.

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Encik Sufian Mat Teh menerima medal dan wang kemenangan dari YB Haji Khazan.

Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh YB Haji Khazan Che Mat Ketua Umno Bahagian Setiu merangkap Adun Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 6.30 petang,turut dihadiri oleh hampir 500 orang penonton dari seluruh Dun Batu Rakit.Pertandingan Futsal Piala YB Adun Batu Rakit ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Umno Dun Batu Rakit.Turut bersama hadir pada majlis penyampaian hadiah ialah wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman,Timbalan Pengerusi JKKK Padang Polis Encik Muda Abdullah dan juga Ketua Penyelaras Pemuda Dun Batu Rakit Encik Azhar Mohd Noor.

YB Haji Khazan bersalaman dengan para pemain sebelum wisel sepak mula perlawanan akhir bermula.

Sebahagian penonton yang hadir menyaksikan perlawanan akhir.

YB Haji Khazan turut bersama menonton perlawalanan akhir antara Pasukan Padang Polis 'A' dengan Pasukan Terap Pecah Rotan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment