Friday, October 14, 2011

Bersama Menjaga Alam Sekitar (Gotong-Royong JKKK Padang Polis)

Para pelatih Institiut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato'Razali Ismail, JKK Padang Polis,sebahagian penduduk kampung merakam kenangan bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka dan wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 14hb Oktober 2011- Kebersihan adalah satu perkara yang amat dititik beratkan didalam Islam. Bertetapan dengan itu,JKKK Padang Polis telah mengadakan satu gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Padang Polis dan Perkuburan Kampung Kubur.Juga turut dibersihkan kawasan parit yang berada disekitar JKKK Padang Polis.Program yang dinamakan Kesedaran Alam Sekitar Parit dan Taliair Kampung Padang Polis ini turut disertai oleh para pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato'Razali Ismail seramai 17 orang yang terdiri dari 6 perempuan dan 11 lelaki.

Pelatih Institut Pendidikan Guru berehat menikmati jamuan yang disediakn oleh pihak JKKK Padang Polis.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Polis Haji Muda Abdullah,gotong-royong yang diadakan kali ini turut dihadiri oleh para penduduk Kampung Darat Batu Rakit."Seramai 100 orang termasuk para pelatih Institut Pendidikan Guru telah hadir pada program kali ini" kata beliau. Dalam pada itu beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Haji Kamaruddin Mohd,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Balai Polis Batu Rakit kerana sentiasa memberikan sokongan kepada program.

Haji Kamaruddin (kanan) dan Penghulu Mukim Encik Khairul turut bersama bergotong-royong.

Gotong-royong pada kali ini juga menurut beliau telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan oleh JKKK Padang Polis kerana penyertaan secara menyeluruh dari Kampung-kampung berhampiran seperti Kampung Pantai,Kampung Darat dan juga Kampung Pengkalan Atap.Program gotong -royong ini bermula pada 8.00 hingga 10.30 pagi.

Berehat seketika melepaskan penat.

Sementara itu pula bagi Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd pula,beliau amat berbangga dengan penyertaan yang dilakukan oleh para penduduk kampun-kampung sekitar."Walaupun program yang dilakukan oleh pihak JKKK Padang Polis,tapi penyertaan dari pnduduk kampung sekitar dapat mencerminkan sikap silaturahim antara penduduk amat baik" kata beliau. Dengan harapan agar perkara seperti ini akan berterusan beliau juga akan sentiasa menyokong setiap program yang akan membawa kebaikkan untuk semua.

Pelatih perempuan Institut Pendidikan Guru sedang memasukkan anak-anak pokok yang telah dipotong ke dalam bakul.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment