Saturday, October 1, 2011

UNTUNG SETENGAH JUTA LEBIH - Haji Abd Rahman

SAM_0089
PROJEK FERTIGASI - Unit Kg Maras Tengah @ Kg Balai Maras
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 1 Oktober 2011 – “Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maras/Batu Rakit telah memperolehi keuntungan sebanyak RM550,335.00 pada 2009.” kata pengerusi, Haji Abd Rahman Salleh ketika berucap sempena majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2011 baru-baru ini bertempat di perkarangan pejabat PPK Maras/Batu Rakit dekat sini. Turut hadir pada majlis berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Haji Assa’ari Idris dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, merangkap ADUN Batu Rakit, Ustaz Haji Khazan Che Mat.

Raya PPK Maras 030
Hj Abd Rahman Salleh

     “Mengikut rekod akaun berakhir pada 31 Disember 2010 pula pencapaian keuntungan sebanyak RM504,209.99”, tambahnya lagi. “Semua keuntungan yang terkumpul adalah hasil gerakerja di bidang pertanian melalui Projek Kelapa Sawit dengan kelebihan RM568,349.07, Projek Kontrak RM35,543.15, Projek Jentera dan Mekanisasi (JCB & Traktor) RM15,961.72, Perniagaantani (Bekalan Input Peertanian) RM15,521.78, Kejenteraan Ladang RM12,360.60 dan Sewa Peralatan / Kanopi RM6,352.00. Selain tiu, beliau melaporkan projek yang gagal ialah usahasama di bawah Projek Ternakan Kambing di Pagar Besi, Batu Rakit dengan pemilikan 80 ekor kambing. Projek ini masih kerugian sebanyak RM16,180.80.”  
Raya PPK Maras 029
Kedua-dua EXCO sedang berbincang

  “Ahli-ahli PPK Maras/Batu Rakit kini berjumlah 2,937 orang meliputi dua kawasan parlimen (parlimen Kuala Nerus dan parlimen Setiu).”tambahnya lagi. “Sebanyak 30 unit telah diwujudkan sepanjang tempoh penubuhannya.”. Aktiviti utama PPK dalam membantu ahli dan mengembangkan kemajuan pendapatan ahli dan PPK ialah dengan menyediakan bantuan serta khidmat nasihat kepada peladang-peladang khususnya yang telah berusaha melalui sistem berkelompok. Pihak PPK Maras/Batu Rakit sentiasa dapat kerjasama dari Jabatan Pertanian melalui Pusat Informasi Pertanian bersebelahan dengan pejabat, di Kg Maras.
Raya PPK Maras 026
Sebahagian daripada Ahli-ahli peladang
    “ Proej-projek kelompok ialah tanaman cili di Unit Kg Padang Hangus (Tepoh), Tanaman Tembikai di Unit Kg Pechah Rotan (Batu Rakit) dan di Unit Kg Gong Kijang (Bukit Tunggal) , Tanaman Padi di Unit Darat Batu Rakit Hulu (Batu Rakit), Fertigasi Rock Melon di Unit Kg Maras Tengah (Batu Rakit), Tanaman Vitato di Unit Kg Tok Jiring (Tepoh) dan Unit Kg Merang (Permaisuri).” jelasnya lagi.

   

No comments:

Post a Comment