Saturday, October 8, 2011

Bicara Usahawan...

Khusyuk- Puteri dan Wanita sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr.Wan Sabri Wan Hussin pada Majlis Bicara Usahawan Bersama di Dewan Teratai Gem Beach Resort,Mengabang Lekor.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 8hb Oktober 2011- Seramai 40 orang yang terdiri daripada Puteri,Pemuda,Wanita,Ketua Cawangan serta para peniaga yang berminat untuk menjadi usahawan telah berkumpul di Dewan Teratai Gem Beach Resort untuk mencari ilmu dalam Majlis Bicara Usahawan Bersama Dr.Wan Sabri Wan Hussin. Dr.Wan Sabri adalah Timbalan Presiden HEP Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.

Sebahagian Pemuda dan Ketua Cawagan yang turut bersama hadir.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan melalui wakil beliau Encik Hanif Abdullah selaku Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri,beliau memaklumkan bahawa KPTM telah diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan berkenaan peluang perniagaan yang berjaya di Dun Batu Rakit. Ini kerana menurut beliau,kaum bumiputra masih lagi ketinggalan dan terlalu kurang didalam perniagaan jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Dengan penyelidikan sebegini,ianya dapat menambah ilmu para peniaga dan cuba untuk mencari ruang dan peluang menjadi salah seorang usahawan di Batu Rakit.

Tebal
Dari kiri ke kanan: Haji Zakaria Abd.Rahman,Encik Hanif Abdullah dan Dr.Wan Sabri Wan Hussin.

Beliau turut berharap agar apa yang akan diberitahu oleh Dr.Wan Sabri nanti akan menjadi satu peluang yang terhidang didepan mata untuk para peniaga dalam Dun Batu Rakit bangkit memajukan diri.Dengan kesungguhan untuk berjaya disamping seokongan dari pelbagai pihak dan juga agensi,ianya akan menjadi penguat semangat para peniaga bersaing pada tahap yang lebih tinggi.Berpegang pada pepatah melayu"Kalau tidak pecahkan royong,manakan kita akan mendapat sagunya",beliau turut mahukan agar ada antara peserta yang hadir akan menjadi salah seorang usahawan berjaya suatu hari nanti. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh peserta yang hadir dan juga kepada seluruh warga yang menjayakan program Bicara Usahawan ini.

Dr Wan Sabri Wan Hussin menyampaikan taklimat mengenai keusahawanan.

Sementara itu dalam taklimat penyelidikan yang disampaikan oleh Dr.Wan Sabri,menurut beliau apa yang dikaji oleh pihak KPTM telah menunjukkan bahawa perniagaan berasaskan makanan ikan adalah peluang yang paling baik bagi seseorang untuk menambah pendapatan di dalam Dun Batu Rakit.Kajian juga menunjukkan selain perniagaan ikan seperti keropok lekor,ikan segar dan satar,perniagaan homestay,kedai runcit dan buah-buahan turut memaikan peranan yang penting berkembangnya bidang perniagaan di Batu Rakit.Beliau berkata,permintaan yang tinggi daripada aspek pelancongan baik didalam atau luar negara merupakan salah satu keteria mengapa perniagaan seperti keropok lekor menjadi yang paling banyak diniagakan dikawasan Batu Rakit.

Pegawai Khas Pejabat Adun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dr Wan Sabri Wan Hussin (kiri).

Disamping itu menurut Dr.Wan Sabri lagi,kemudahan pelancongan seperti homestay amat diperlukan untuk lebih mengalakkan lagi kehadiran para pelancong ke Batu Rakit.Dengan keindahan pantai Batu Rakit dan alam floranya yang kurang terusik,ianya sedikit sebanyak mempengaruhi kehadiran para pelancong ke Batu Rakit,kata beliau lagi.Beliau turut memaklumkan bahawa Batu Rakit adalah sebuah sebuah kawasan pembangunan ekonomi yang berpontensi kerana ianya banyak dikelilingi dengan sumber-sumber asas semulajadi.

Selesai program para peserta bersama-sama menikmati minuman petang.

Dalam Bicara Usahawan ini juga beliau turut memaklumkan bahawa asas kejayaan seseorang usahawan itu perlulah kepada kerja kuat,boleh menghadapi segala cabaran,sanggup berkorban segalanya,tekun,sentiasa mengambil peluang yang terhidang,sentiasa belajar untuk memajukan diri dan perniagaan,yakin pada kebolehan sendiri,berwawasan dan sentiasa ingi berjaya.
Majlis yang berakhir pada jam 5.15 petang ini dengan jamuan minum petang juga turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman,APMT Dun Batu Rakit,Setiausaha Pemuda Bahagian Setiu Abdullah Ibrahim dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment