Thursday, October 20, 2011

JHEAT Turun Padang..

Para jemaah dan pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama bersama-sama memohon keberkatan dari Allah sempena Program Pesuruhjaya dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Turun Padang di Masjid As-Salam.

BATU RAKIT (PANTAI) 20hb Oktober 2011- Seramai 32 orang para pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama Pesuruhjaya Haji Mohd Rodzali Salleh telah tiba dan menunaikan solat asar di Masjid As-Salam sempena Program Pesuruhjaya dan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Turun Padang ke Daerah Kuala Terengganu. Rombongan yang tiba pada jam 3.45 petang ini telah disambut oleh Pengerusi Masjid As-Salam Haji Muda Abdullah bersama jawatankuasa masjid.

Minuman petang yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa Masjid As-Salam di nikmati bersama oleh para pegawai dan kariah yang hadir berjemaah.

Selepas menunaikan solat,Haji Mohd Rodzali Salleh telah menyampaikan sedikit ucapan berkenaan dengan program turun padang JHEAT. Beliau berkata,terdapat ataucara yang telah diatur untuk mendekatkan lagi para pegawai JHEAT dengan masyarakat agar ianya lebih memberikan banyak faedah kepada segenap lapisan masyarakat. Antara program-program yang telah disusun sepanjang berada di Dun Batu Rakit selama dua hari ialah Kuliah Maghrib bersama YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit di Masjid Bukit Wan,Kuliah Subuh di seluruh Masjid Dun Batu Rakit,Gotong-royong di Tanah Perkuburan Panchur Kuin Padang Kemunting dan juga jamuan tengahari bersama YB Haji Khazan di Masjid As-Salam Pantai Batu Rakit

Pesuruhjaya JHEAT Haji Mohd Rodzali Salleh (bersongkok) bersalam dengan para pegawai JHEAT dan juga jemaah masjid.

Beliau berharap dengan adanya program turun padang seumpama ini,ianya akan terus mendekatkan lagi JHEAT dengan para penduduk.Menurut beliau lagi,Dun Batu Rakit adalah tempat yang kelima program turun padang JHEAT sejak ianya bermula di Daerah Besut untuk kali pertama.Selepas selesai solat asar dan juga ucapan,para pegawai JHEAT serta para jemaah yang hadir telah bersama-sama menikmati minum petang.Selepas itu semua Pegawai JHEAT bertolak ke Gem Beach Resort untuk mendaftar penginapan selama program ini berlangsung.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd (baju merah) bersalaman dengan para Pegawai JHEAT.

Haji Mohd Rodzali Salleh (berdiri) menyampaikan ucapan kepada pegawai dan jemaah yang hadir berkenaan Program Turun Padang JHEAT.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment