Monday, October 10, 2011

Pembangunan dalam kawasan JKKK

SAM_0606
ASTAKA - baru siap pembinaannya (2011)



Oleh : Mohamad Abdullah
image
Mohd Abd Zaman
BATU RAKIT, 09 Oktober 2011 – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wakaf Chagak telah ditubuh oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1997. Tapi pada 2000 – 2004 ia telah dibubar oleh pihak berkuasa disebabkan perubahan pentadbiran kerajaan. (sewaktu itu, sebahagian besar JKKK masih kekal dan diletak di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kecuali JKKK Wakaf Chagak telah ditiadakan.” terang Pengerusi JKKK Wakaf Chagak, Mohd Abd Zaman Ismail sebagai mukadimah perbicaraan.

SAM_0599
Projek 2011
      Beliau menyambung “bermula 2004 JKKK Wakaf Chagak telah diwujud kembali; tetapi pengerusi  yang dilantik (bekas pengerusi lantikan pertama) kurang berminat memegang jawatan sehingga pada bulan September 2005 hasil rundingan dan desakan masyarakat tempatan, beliau (Mohamad Abdullah) menerima lantikan sebagai pengerusi bagi kali kedua. Lanjutan itu, bagi penggal 2008 pula, beliau dengan rela hati menyerah kuasa kepada saya sebagai pengerusi baru melalui persetujuan jawatankuasa dan makluman kepada penduduk kampung” jelasnya lagi

image
Padangbola Wakaf Chagak
      Walaupun masih baru, pembangunan dalam kawasan JKKK, (Kg Wakaf Chagak dan Kg Pandu) pihak berkuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah memberi sokongan amat bermakna sekali.

SAM_0621
Pusat Futsal DUN Batu Rakit(2010)
      Dalamasa dua tahun terakhir, berbagai projek telah diluluskan oleh pihak berwajib. Bangunan Futsal bagi kemudahan remaja dalam DUN Batu Rakit. Selain itu 2 gelanggang takraw untuk remaja tempatan.
SAM_0597
Taman Permainan Kanak-kanak (2011)
SAM_0614
Wakaf (2011)
      Berhampiran Padangbola Kg Wakaf Chagak pula, selain sebuah wakaf, Taman Permainan Kanak-kanak dan sebuah bangunan Astaka telah terbina baru-baru ini. Ditambah lagi 2 buah wakaf bagi kemudahan penduduk kampung berehat dan sebuah wakaf tempat menunggu bas ataupun pengangkutan awam.
SAM_0648
Penurapan jalan kampung (2011)
      Begitu juga kemudahan jalan-jalan dalam kawasan bagi kedua-dua kampung, turapan tar telah disempurnakan lebih kurang 10 km panjang bagi Jalan Pandu, Jalan Bestari, Jalan Giat, Jalan Bukit Buchu, Jalan Kelubi, Jalan Angsana dan Jalan Senduduk. Sepanjang jalan-jalan tersebut lampu-lampu jalan telah dipasang selang sebatang tiang elektrik.
SAM_0631
Pusat Giat Mara Batu Rakit
SAM_0647
Pusat Verterinar Batu Rakit
      “Manakala bagi kemudahan orangramai berhimpun sebuah Dewan Bestari Wakaf Chagak serta Dataran Bestari Wakaf Chagak dan Surau di Jalan Bestari. Selain itu Pusat Pengembangan Verterinar Batu Rakit dan Pusat Giat Mara Batu Rakit adalah dua agensi kerajaan persekutuan bagi DUN Batu Rakit berpusat di kampung ini.” jelasnya buat akhir bicara semasa temubual bersamanya baru-baru ini.
image
Dewan Bestari Waka Chagak

No comments:

Post a Comment