Thursday, October 27, 2011

Balai Polis Batu Rakit mencari 'kecemerlangan' di Peringakat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Barisan juri merakam kenangan bersama anggota Balai Polis Batu Rakit dan seluruh Pengerusi JKKK serta Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd dan wakil-wakil NGO sempena Lawatan Penghakiman Pertandingan Balai Polis Cemerlang Peringakat Daerah Kuala Terengganu.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 23hb Oktober 2011- "Walaupun Balai Polis Batu Rakit pertama kali terpilih untuk menyertai Pertandingan Balai Polis Cemerlang Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan,namun persiapan yang telah dilakukan cukup baikmeliputi semua keteria yang ditetapkan" demikian ulasan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Suliaman (gambar kecil bawah) Beliau berkata demikian sempena Lawatan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk Pertandingan Balai Polis Cemerlang.

Haji Kamaruddin Mohd menyampaikan cenderahati kepada Ketua Juri Pegawai Perpaduan Daerah Marang Puan Asmawati Chik.

Sebanyak 131 balai polis dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan sepenuhnya oleh MCPF. Balai Polis Batu Rakit merupakan antara 5 buah balai polis yang akan bertanding bagi ketegori B iaitu kawasan luar bandar.Sementara itu pula terdapat 5 buah balai polis lagi dari Terengganu yang bertanding ketegori A (dalam bandar).Menurut Tengku Mohd,sokongan yang diberikan oleh komuniti setempat juga amat baik bagi memastikan kejayaan berpihak kepada Balai Polis Batu Rakit."Setakat ini kita tidak mempunyai sebarang masaalah untuk turut serta dalam setiap program malah mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai lapisan masyarakat bermula daripada belia hingga ke warga emas."kata beliau. Beliau turut berharap agar hubungan ini akan dapat diteruskan sepanjang masa kerana ianya secara tidak langsung akan membantu pengurangan kadar jenayah di Dun Batu Rakit.
Majlis lawatan ini telah dianggotai oleh seramai 7 orang juri yang diketuai oleh Pengarah Perpaduan Daerah Marang iaitu Puan Asmawati Chik.(gambar kecil atas) Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd,sebilangan Pengerusi-pengerusi JKKK Dun Batu Rakit,Badan-badan NGO dan juga APMT DUN Batu Rakit.

Penerangan dan sesi dailog diadakan untuk mencari maklumat yang lebih yakin kepada para juri.

Para juri bersarapan pagi dahulu sebelum memulakan majlis penerangan dan sesi dailog Pertandingan Balai Polis Cemerlang.

Ketibaan para juri disambut oleh Pegawai Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd (berbaju petak biru) dan juga para Pengerusi JKKK.

Sementara itu dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Haji Kamaruddin Mohd,beliau berkata bahawa Balai Polis Batu Rakit sentiasa memberikan komitmen yang tinggi pada setiap program yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Adun Batu Rakit.Kerjasama yang baik antara Pusat Khidmat Dun dan Balai Polis Batu Rakit adalah salah satu faktor yang menunjukkan betapa rapatnya hubungan yang dijalinkan. Beliau turut memberitahu bahawa penduduk Dun Batu Rakit sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada Balai Polis Batu Rakit demi mengurangkan kadar jenayah didalam Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment