Sunday, October 2, 2011

1,500 menyambut kehadiran Menteri Besar

Menteri Besar Terengganu Dato'Haji Ahmad Said bersalaman dengan orang ramai yang datang ke Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 dan Geran Tanah Dun Batu Rakit sambil diiringi oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur,Maras,Batu Rakit.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 3hb Oktober 2011- Pelbagai sambutan disediakan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit menyambut kehadiran Menteri Besar Terengganu Dato'Haji Ahmad Said ke Dun Batu Rakit. Majlis yang diadakan itu sempena Penyerahan e-Book untuk murid-murid tahun 4 sekolah Dun Batu Rakit dan juga Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada penduduk Batu Rakit.

Para pengerusi JKKK,Pegawai-pegawai Jabatan,Guru-guru sekolah,penerima-penerima geran tanah dan juga ibubapa para pelajar yang hadir menjayakan majlis penyampaian e-book dan geran tanah.

Hampir 50 orang para pemuda terlebih dahulu mengadakan perarakan motosikal memyambut ketibaan Menteri Besar di Balai Maras untuk dibawa ke Dewan Serbaguna Wakaf Chatur. Sebaik tiba di hadapan Dewan Serbaguna,kumpulan marhaban dari Kampung Bukit Wan dan pembawa bungga mangga Puteri Umno Batu Rakit mengiringi Menteri Besar ke dewan.

YB Haji Khazan menikmati jamuan tengahari bersama Menteri Besar.

Setiba Menteri Besar ke pentas,alunan ayat suci Al-Quran berkumandang diperdengarkan oleh pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Maras. Alunan suara yang merdu oleh pelajar tersebut mengheningkan seketika suasana didalam dewan tersebut. Selepas selesai bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,ucapan alu-aluan telah dimulakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Encik Razali Daud.

Pengerusi-pengerusi JKKK dan tetamu jemputan sedang mengambil juadah untuk dinikmati.

Selepas selesai ucapan yang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri,giliran Pegawai Daerah Kuala Terengganu Haji Nawawi Wan Sulaiman pula mengambil tempat untuk memberi ucapan. Giliran YB Haji Khazan Che Mat selaku tuan rumah kepada majlis,telah memberikan sedikit ucapan sebagai tanda terima kasih kepada seluruh yang terlibat menjayakan majlis yang gilang gemilang ini.

Menteri Besar mengadakan sidang akhbar bersama wartawan.

Selesai ucapan Menteri Besar Dato'Haji Ahmad Said,satu persembahan dikir barat oleh para pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting telah diadakan untuk memeriahkan majlis.Para pelajar tahun 4 Sekolah Rendah Dun Batu Rakit seramai 444 orang telah dipanggil bersama-sama penjaga (ibu atau bapa) untuk menaiki pentas dan menerima e-Book dari Menteri Besar. Bermula dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kemunting dan berakhir dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Pecah Rotan. Sebanyak 8 buah sekolah telah menerima e-book tersebut.

Menteri Besar menyampaikan geran tanah kepada pemilik.

Selesai pembahagian e-Book,majlis penyerahan geran tanah untuk penduduk Dun Batu Rakit telah disampaikan.Seramai 105 orang daripada 158 orang penerima geran tanah telah hadir untuk menerima geran tersebut. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dari YB Haji Khazan Che Mat kepada Menteri Besar dan juga Pegawai Daerah Kuala Terengganu.Satu sidang akhbar turut diadakan selepas itu dengan beberapa pertanyaan oleh wartawan dari pelbagai akhbar.

Kembar tahun 4 merakam kenangan bersama Menteri Besar.

Sebelum meneruskan majlis penyerahan e-Book di Dun Langkap,Menteri Besar bersama rombongan turut menikmati jamuan tengahari bersama seluruh warga yang terbabit menjayakan majlis tersebut.Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah berakhir pada jam 1.30 petang. Turut bersama hadir pada majlis ini YB Haji Razif Abd.Rahman Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Seberang Takir,Isteri YB Haji Khazan Puan Hajah Nik Aini Nik Soh,para pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD Setiu,Pengerusi-pengerusi JKKK Dun,Ketua-ketua Cawangan,Ketua Wanita Bahagian Setiu,Ketua Puteri Bahagian Setiu,APMT Dun,anggota-anggota Balai Polis Batu Rakit,anggota-anggota RELA,Puteri-puteri Cawangan dan juga Pemuda-pemuda Cawangan.

Persembahan dikir barat oleh S.R.K Padang Kemunting.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Maras memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran.

Ketibaan Menteri Besar disambut oleh YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit

Pasukan bermotor mengiringi ketibaan Menteri Besar Terengganu ke Dun Batu Rakit.

Puteri UMNO Dun Batu Rakit sebagai pembawa bunga mangga setia menunggu ketibaan Mentri Besar.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment