Monday, October 3, 2011

158 orang warga Batu Rakit ceria...

Esah binti Sulong menerima geran tanah milik kekal daripada Menteri Besar Dato'Seri Haji Ahmad Said pada Majlis Pembahagian e-Book Sekolah-sekolah Dun Batu Rakit dan Penyerahan Geran Tanah Batu Rakit di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur,Maras Batu Rakit.

BATU RAKIT (WAKAF CHAGAK) 3hb Oktober 2011-Penantian selama dua tahun warga Batu Rakit dan juga penduduk sekitar berakhir dengan keceriaan apabila geran tanah yang diingini akhirnya menjadi kenyataan hari ini. Sempena kehadiran Menteri Besar YAB.Dato'Seri Haji Ahmad bin Said ke Majlis Pembahagiaan e-Book di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras Batu Rakit hari ini, satu majlis Penyerahan Geran Tanah Dun Batu Rakit turut diadakan bersama.

Dato'Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu menerima cenderahati daripada YB Haji Khazan Che Mat (tengah).

Dalam majlis ini Pegawai Daerah Kuala Terengganu Haji Nawawi Wan Sulaiman (gambar kecil) telah memaklumkan didalam ucapan beliau bahawa Pejabat Tanah telah menerima hampir 10,000 permohonan tanah pada setiap tahun. "Kerana terlalu banyak permohonan untuk memiliki tanah,ianya salah satu penyebab berlaku kelewatan bagi pihak pejabat tanah untuk mengeluarkan geran". Dalam pada itu juga beliau turut memohon agar sesetengah para penduduk tidak menyalahkan pihak YB Adun kerana tidak dapat tanah yang dihajati. Ini kerana menurut beliau lagi,pihak Pejabat YB hanyalah bertindak sebagai mencadangkan sahaja dan pihak yang meluluskan tanah untuk dimiliki adalah Pejabat Tanah. "Setiap permohonan perlulah disemak terlebih dahulu dan dipastikan agar tanah yang dipohon tidak akan digunakan oleh pihak kerajaan suatu hari nanti" kata beliau lagi.

Para penerima geran tanah asyik mendengar ucapan oleh YAB.Dato'Seri Haji Ahmad Said.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan sedaya upaya untuk memenuhi setiap permohonan yang dibuat agar setiap rakyat yang tidak memiliki tanah akan dapat merasainya."Bagi pihak pejabat,kita akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua dan ini juga bergantung pada tempat tanah itu dipohon.Jika ianya tiada kegunaan untuk kerajaan pada masa hadapan,insyaallah kami akan meluluskanya"ujur beliau lagi.Dalam ucapan beliau turut memaklumkan bahawa penerima di Dun Batu Rakit ini adalah seramai 158 orang dan 44 orang adalah pemilik tanah pertanian manakala seramai 114 orang pula adala pemilik tanah bangunan.
Dalam majlis ini seramai 105 orang penerima geran tanah telah hadir untuk menerima geran mereka daripada Menteri Besar Dato'Seri Haji Ahmad Said. Majlis yang diadakan selepas pelajar-pelajar tahun 4 menerima e-Book ini turut menyediakan cenderahati untuk Menteri Besar dan juga Pegawai Daerah Kuala Terengganu.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment