Thursday, October 13, 2011

Skuad Sayang Turun Padang (Ziarah Warga Emas).

Puan Hajah Nik Aini (bertudung oren) bersama Skuad Sayang yang diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong (tiga dari kanan) melihat keadaan Sulong Said yang terlantar tidak dapat bergerak lagi.

BATU RAKIT (GONG LINGAI) 13hb Oktober 2011- Aktiviti Skuad Sayang Dun Batu Rakit terus bergerak dengan lancar apabila program turun padang bersama isteri YB Adun diteruskan. Bertempat di Peti Undi Bukit Wan,Skuad Sayang terus menghulur bantuan didalam kerja-kerja kemasyarakatan.Dua orang warga emas yang tinggal di Kampung Gong Lingai,telah menjadi pilihan untuk diziarahi oleh Skuad Sayang pada kali ini.Encik Sulong Said yang berumur 73 tahun terlantar tidak dapat bergerak akibat sakit tua menjadi singgahan pertama Skuad Sayang takkala sampai di Kampung Gong Lingai.Beliau yang sudah kabur penglihatan,pendengaran yang tidak jelas hanya terlentang diatas tilam.Segala urusan makan dan pakai semuanya diuruskan oleh anak-anak yang tinggal dengan beliau.

Skuad Sayang melihat keadaan yang dialami oleh Minah Ibrahim yang tidak dapat bergerak dan menguruskan diri lagi.

Ziarah yang kedua pula ialah kerumah salah seorang wanita tertua diKampung Gong Lingai iaitu Minah binti Ibarahim berumur 92 tahun.Beliau yang masih boleh mendengar dan bertutur dengan baik juga tidak dapat menguruskan diri lagi kerana mengalami penyakit tua.Penglihatan beliau juga masih lagi elok.Namun dengan keuzuran akibat sakit tua,beliau turut terlentang diatas tilam.Pada program kali ini,Skuad Sayang turut melawat dua jenazah pada kali ini yang berlaku kematian pada hari ini.Kematian pertama yang melibatkan ibu kepada Pengerusi JKKK Gong Lingai Muhammad Mat Ali dan kematian kedua pula iaitu ibu kepada Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment