Saturday, October 8, 2011

PROGRAM JIRAN MUDA DAPAT SOKONGAN PADU

SAM_1458
PENGERUSI JIRAN MUDA - kanan sekali t-shirt hitam
oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 7 Oktober 2011 – Pengerusi Jiran Muda, KRT Wakaf Chagak, Muhammad Hilmi Mohamad, 17 berkata “program Bakar Ayam, pada malam ini amat berjaya, kerana telah mendapat kerjasama dan sokongan padu bukan sahaja di kalangan ahlijawatankuasanya bahkan Ajk Jiran Wanita bersama Ajk induk.” 
krt 28.4.11 010
Muhammmad Hilmi
     “Masing-masing bertungkus lumus seawal pagi lagi menyediakan persiapan.” tambah beliau ketika ditemubual pada majlis julungkali diadakan di Dataran Bestari Wakaf Chagak dekat sini. “Bermula jam 6.00 petang tadi, semuanya sepakat membantu bakar ayam dan ikan termenung (kembung) dan ikan lolong hingga jam 10.00 malam”. sambungnya lagi. Difahamkan mereka berehat solat maghrib seketika sebelum meneruskan kembali proses pembakaran berkenaan.
SAM_1465
Kanak-kanak bersama keluarga
      Tetamu undangan tiba sebaik selepas solat isyak bersilih ganti. Dari kanak-kanak kecil, peringkat sekolah rendah, menengah, remaja bersama rakan-rakan dan ditemani ibu bapa mereka dari kawasan KRT Wakaf Chagak termasuk Kg Pandu, Kg Kubur Timah, Kg Wakaf Chagak sendiri.
BBG Jiran Muda 022
Pengerusi-Pengerusi JKKK
      Selain itu, beberapa orang pengerusi JKKK berdekatan turut hadir bagi memeriahkan program kali ini. Mereka teridiri Pengerusi JKKK Rumah Awam Kos Rendah Mengabang Lekor, Haji Kamaruddin Hameed, Pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit, Mohamad Harun, Pengerusi JKKK Hilir Darat Batu Rakit, Zainal Awang Ngah, Pengerusi JKKK Darat Batu Rakit, Haji Mustaffa Mamat, Pengerusi JKKK Terap Pechah Rotan, Mohamad Majid, Pengerusi JKKK Pechah Rotan, Haji Mohd Puteh, Pengerusi JKKK Gong Lingai, Muhammad Mat Ali, Pengerusi JKKK Bukit Nenasi, Deraman Mohd dan Pengerusi JKKK Wakaf Chagak, Mohd Abd Zaman Ismail.
BBG Jiran Muda 030
TENGAH-En. Azilan Ariffin(kemeja putih)
      Pegawai Perpaduan di Pejabat Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu, Azilan Ariffin, Pengerusi KRT Darat Batu Rakit, Dato’ Haji Abd Rahman Mat Yasin, Ketua Penyelia APMT DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah, Setiausaha KRT Pechah Rotan, Mat Lazim Iman, Pemangku Ketua Polis Balai, Balai Polis Batu Rakit dan Timbalan Pengerusi JKKK Tanjong hadir sama menjamu hidangan.
SAM_1455
KIRI-Puan Faridah Abu(baju biru)
      Pengerusi Jiran Wanita Wakaf Chagak, Puan Faridah Abu yang bertindak sebagai ketua persiapan rempah, minuman bersama ahlijawatankuasanya melahirkan rasa gembira di atas sambutan ahli-ahli dan tetamu seramai 200 orang. Kejayaan ini amat bermakna kepada aktiviti Jiran Muda bagi merangsangkan semangat di kalangan mereka. “Harapannya agar program ini  dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk perpaduan setempat” tambahnya lagi.
SAM_1456SAM_1466

No comments:

Post a Comment