Friday, October 28, 2011

Majlis Graduasi Pertingkatkan Keazaman Pelajar Untuk Cemerlang.

Encik Hanif Abdullah selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat menyampaikan sijil kepada pelajar pada Majlis Graduasi kali ke 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot di Gem Beach Resort,Mengabang Lekor.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKOR) 27hb Oktober 2011- Seramai 79 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot telah berjaya memperolehi sijil pada Majlis Graduasi kali ke 4 sekolah tersebut. Majlis yang disempurnakan oleh Encik Hanif Abdullah selaku wakil dari YB Haji Khazan Che Mat Adun Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Dari kiri ke kanan: Haji Wan Zakaria,Haji Hassan Ali,Encik Hanif Abdullah dan Hajah Zaimah Ibrahim.

Seramai 35 orang calon SPM dari 277 orang telah berjaya terpilih menerima sijil graduasi yang terdiri dari 11 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan.Bagi calon STPM pula seramai 44 pelajar berjaya dipilih dari 54 pelajar yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan terdiri dari 37 pelajar perempuan dan 7 pelajar lelaki.Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Hajah Zaimah Ibrahim,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis graduasi kali ke 4 ini. Beliau berharap dengan penerimaan sijil graduasi ini,ianya akan menjadi pembakar semangat untuk para pelajar beroleh kejayaan pada peperiksaan yang sebenar nanti.Harapan yang disandarkan kepada para pelajar yang berjaya nanti akan dapat melahirkan pemimpin yang inovatif dan sentiasa berusaha untuk terus berjaya. "Majlis ini juga adalah sebagai perhargaan kepada para pelajar yang banyak memberikan sumbangan ke arah mereallisasikan impian sekolah untuk terus cemerlang" ucap beliau lagi.

Para pelajar yang akan menerima sijil graduasi 2011 SMKK Mengabang Telipot.

Dalam ucapan YB Haji Khazan Che Mat pula yang dibacakan oleh wakil beliau Encik Hanif Abdullah (gambar kecil bawah),beliau menyeru agar para pelajar sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. Tanpa usaha dan sikap disiplin yang diterap ke dalam diri,amat mustahil untuk seseorang pelajar akan berjaya,kata beliau.Kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi tanpa usaha yang gigih.Beliau turut berharap agar para pelajar akan sentiasa mengambil
setiap peluang yang ada untuk terus menuju kejayaan.Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak SMKKMT yang sentiasa berusaha untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang demi mengapai hasrat kerajaan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri Anjung Ilmu nanti.Kesungguhan yang dimainkan oleh pihak sekolah amat berbaloi apabila kejayaan yang diperolehi oleh pelajar dapat mengharumkan nama sekolah nanti.Beliau turut memberitahu bahawa kerajaan sentiasa menjadikan pendidikan sebagai satu wahana untuk melahirkan masyarakat yangbersatu padu.Dalam bidang pendidikan,gagasan ini bermakna semua golongan masyarakat akan menikmati taraf pendidikan yang sama tanpa mengira kawasan mana mereka berada,katanya lagi. Adalah menjadi harapan semua pihak,negara kita akan mempunyai rakyat yang memiliki minda kelas pertama,setanding dengan minda rakyat negara-negara maju yang lain.Diakhir ucapan beliau,beliau berharap agar para pelajar akan menjadi sebagai satu sumber tenaga kerja yang berkualiti bukan sekadar sektor swasta didalam dan diluar negara,menerajui syarikat-syarikat besar bertaraf multinasional,tetapi juga mampu menjadi pemimpin masyarakat dan kerajaan disemua peringkat nanti.


Cerita dan Gambar:
MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment